Sudah dua hari selepas aku boleh melihat semula namun janji yang jururawat Yeri pernah beri dulu masih belum dikotakan . Aku menunggu dalam bilik wad itu dengan muka yang masam mencuka .
Pintu wad dibuka dan aku mengangkat muka memandang wajah polos itu . Sungguh cantik orangnya . Tak semena-mena keinginanku ingin membuat protes dengan muka yang cemberut tidak menjadi .
"Masa untuk makan ubat .." sapanya ceria .
"Cik Yeri ..."
Dia mengangkat kening seraya meletakkan dulang ubat itu diatas meja kemudian memandangku .
"Hm?"
"Bila?"
"Bila? Bila apa?"soalnya masih berbahasa lembut denganku .
"Bila nak bagi jumpa saya dengan Dr.Min?"
Makin memekar senyuman cik Yeri .
"Nak bawa lah ni tapi lepas makan ubat ." Dia masih dengan senyumanya .
Ubat itu aku pandang kosong sebelum aku mengambil dan memakannya sendiri .
YOU ARE READING
[C]Eyes || myg
Short Story"Kahwini saya di syurga nanti..." [ start : 6 april 2k18 ] [End : 8 april 2k18] ©hakmilik Jeontaesty