Dalam Asif berlari-lari anak mendekati masjid berdekatan dek kerana terlalu terkejut, dia terlanggar sesusuk tubuh yang pada kekuatannya boleh dianggap sasa dan kuat.
"Eh bro, lu jalan itu tengok kiri kanan tak boleh ka? Ini baju gua sudah koyakkk. Baju mahai ni bro, ganti ahhh!" Asif mencuba nasib mana tahu dapat duit seminggu makan dek kerana baju koyak. Jimat duit John, alhamdulillahh...
"Eh lu tu lari entah kejar apa, nak marah gua pulakk. Lu tahu itu KL drift kan? Lu langsi, lu mati woo" gadis kenit itu dengan berani membidas kembali Asif. Tapi macam biasalah, bila perempuan tengok Asif yang hensem ni, semua macam terkejut 0.5 saat sebelum respon.
Asif bangun dengan muka berang. Dalam otaknya ligat memikirkan cara menjilat duit pemilik suara tersebut. "Eh, gegirl?" Asif mula memandang tepat muka gadis tersebut. Rambutnya yang diwarnakan kelabu kelihatan kusut dan dahinya berkerut dek kerana panas cahaya matahari. Idea nakal tercetus dimindanya.
"You know what? Yeah, it's entirely my fault. I shouldn't had done that to you. You okay?" Nampaknya dengan berani Asif mula mengayat gadis tersebut dengan suara ala-ala Zul Ariffin dia utarakan. Jarinya mula menunjuk ke arah tempat duduk berdekatan tanda ingin berbual panjang.
" Okay... apa-apa ajalah. Dah lambat ni, ada class. Bye", dengan tingkah laku tidak sopan dan dengan terang-terangan, Asif ditolak lalu mula berlalu pergi.
"Jap. Nama? kos? batch?", Asif tidak beralah walaupun ditolak mentah-mentag. Baginya, perempuan yang jual mahal lagi menaikkan keinginannya untuk memiliki gadis itu.
Dengan muka penuh rasa meluat, benci, tertekan, dia membalas, "Zee, I.M, batch Kilat". Dia berlalu pergi dan membetulkan tali kasutnya sebelum memecut laju mengejar masa yang tidak mungkin akan kembali. Eh terdeep pulak disini.
Asif tersenyum. Dia tahu siapa yang bakal jadi buruh kasarnya menyelidik latar belakang Zee, budak IM. Terus telefonnya diambil dan membuka aplikasi whatsapp dan menggerakkan jarinya ke atas dan kebawah. Lagaknya kelihatan seperti orang kurang siuman tetapi dia tidak peduli.
"Jumpa!", dia berbisik perlahan.
YOU ARE READING
tampak
Mystery / ThrillerApa yang kita nampak tak semestinya orang lain pun nampak dan apa yang orang lain nampak tak semestinya kita nampak . Kisah seram ni terkadang tak seram , terkadang seram . Bergantung pada imaginasi si pembaca menghidupkan watak-watak dan babak-bab...