*Keesokan harinya*
Aku terjaga lantas berlari ke tandas bagaikan lipas kudung.
"Aduh! Sakitnya perut aku, aku makan apa semalam ni?" omel aku di dalam hati.
Ketika sampai di tandas, nasib baik masih ada tandas yang kosong. Cepat-cepat aku masuk.
Ketika aku enak melepaskan hajat. Aku terdengar suara yang membuat mood aku kelaut. Haih suara geng diva.
"Eii busuk betul si gemok ni buang hajat" kata satu suara.
"Tahu takpe, tulah gemok. Makan pun macam-macam. Mana tak busuk. Uwekk nak muntah" balas seorang geng diva yang lain.
Proses melabur hajat aku terbantut. Kurang asam punya geng diva. Kau ingat muka kau lawa, hajat kau bau perfume ke?
"Haih" aku mengeluh. Aku terus keluar dari situ setelah membersihkan apa yang patut.
Aku menuju ke bilik untuk mengambil peralatan mandi dan aku bersiap untuk ke sekolah.
Aku berjalan ke kelas bersama Inna. Cuaca mendung dengan kabus pagi. Ada pelajar yang bising dan ada juga yang Qada' tidur di meja kelas.
Ketika aku menikmati pemandangan dari tingkat 4 blok Tingkatan 5, aku terlanggar seseorang.
Senyuman kerang busuk telah menyapa aku.
"Siapa pulak yang tersengih-sengih macam kerang busuk pagi ni? Haih" hati ku berbicara.
"Hi, Sarah Sofea"
"Aik, suara tu aku kenal" kata hati aku sambil mata aku melihat kepada gerangan yang telah melanggar aku. Oh, imran rupanya.
"Morning, sarah sofea. Senyum lah sikit. Pagi-pagi dah masam, apa ni?" Ujar Prince Charming di hadapan ku.
Mata Inna disebelahku melihat Imran atas bawah. Terkejut dan terkesima. Muka Inna penuh tanda tanya.
Aku hanya mampu tersengih dan membetulkan cermin mata tebalku.
Tiba-tiba tubuh Imran menghampiri aku, bibirnya dekat dengan telinga ku lalu dia berbisik "Okay lah sayang, saya pergi kelas dulu. Bye"
Aku terkesima. Rama-rama bagaikan menyerbu diriku dan memasuki perut ku. Mata aku terbuntang luas, bibir ku tersenyum lebar. Jantung aku berdegup kencang.
Prince Charming sekolah panggil aku sayang?!!!
Oh tidak. Aku gelabah. Buku di genggaman aku hampir terlepas. Aku terus menarik tangan Piya dan berlari ke kelas. Aku masih tidak dapat memproses sepenuhnya perkataan tadi.
Suara Imran yang dalam, wajahnya yang bersih, tubuhnya yang tinggi, semuanya terbayang dalam fikiran ku.
Rama-rama masih belum hilang walaupun Inna di sebelah menggoncang badan aku dengan kuat.
"Eh Piya, kau apahal? Apa Imran cakap kat kau sampai kau macam kena sampuk ni? WOI! KAU DENGAR AKU TAK GILA???" Inna beruasaha menyedarkan aku.
Aku pandang Inna dan aku senyum."Heee takde apa lah. Jom lah cepat. Masa pertama kan Bio. Nanti Miss Syuhada marah aku tak tahu." Kata aku untuk menyelindungkan malu aku.Mata Inna masih penuh dengan tanda tanya.
Aku terus mengambil buku dan menuju ke Makmal Biologi. Inna berjalan laju untuk mengejar aku.
*Kringggggg*
Loceng rehat telah berbunyi. Aku dan Inna menuju ke kelas setelah otak kami padat dengan ilmu Biologi yang diajar oleh Miss Syuhada sebagai persediaan untuk Peperiksaan Percubaan SPM.
"Jem otak aku dalam kelas Bio tadi. Dahlah Cikgu Aswad dan Uatazah Sarimah tak datang. Memang peluang Miss S lah nak amik masa untuk subject dia" rungut Inna.
"Itulah, macam kita amik Bio je kan. Boleh pulak miss S jadi cikgu relief untuk Chem dan PAI tadi, haih." balas aku tanpa fikir tentang keberkatan ilmu.
Rungutan bersambung sehingga kami sampai ke kelas. Kami baru dapat menjejakkan kaki di kelas setelah 5 jam berada di Makmal Biologi.
Aku duduk di meja dan terlihat sesuatu. Plastik bungkusan bewarna ungu. Aku mengambil dan terlihat nota di atas bungkusan ungu itu.
"Kepada Sarah Sofea yang comel, coklat ini untuk awak. Moga hari awak bahagia"
Daripada, Imran Mukhlis.
APA? IM-IM-IMRAN???? Imran kasi aku coklat. Cadbury pulak tu. Mata aku dan Inna membulat bagai bola ping pong. Kitorang tersengih-sengih tetapi masih tidak percaya. Oh ya, hadiah semalam aku belum buka. Apa lah agaknya di dalam.
Ketika kami bersuka ria, ada sepasang mata memerhati.
Aku masih tidak percaya. Imran Mukhlis, Prince Charming sekolah dari kelas 5 Pluto ni minat aku ke? Aku masih tidak percaya.
Tetapi sepasang mata itu masih tidak lekang menatap aku dan Inna.
Sedang ralit aku dan Inna membelek coklat Cadbury tadi.
BAMMMMMMMMM! Tepukan meja yang kuat mengejutkan kami.
"Haaa korang tengok apa tu? Uish sape kasi kau coklat tu Piya? Uwahh dah ada peminat lah" ujar Iqmal, satu-satunya kawan baik lelaki aku.
"Ohh coklat ni? Takde sape kasi. Aku beli hehe"
"Yelah tu kau, aku nak sikit boleh?" Minta Iqmal dengan muka tak malu.
"Ahh kau, muka tak malu. Sibuk je minta dari aku. Wekkk" aku menejelirkan lidah kepada Iqmal.
"Klah fine, bapak lah, sampai hati kau eh, takpelah aku merajuk lah camni" kata Iqmal seraya pulang ke tempatnya semula.
Aku ketawa dan aku lihat Iqmal juga ketawa. Kami telah berkawan dari tingkatan 1 dan gurauan kasar telah sebati antara kami.
Iqmal bertubuh tinggi lampai, kurus dan berkaca mata seperti aku. Berkulit cerah dan bermata sepet kerana ada darah kacukan Baba Nyonya. Dia tidaklah setampan Imran tetapi wajahnya masih tidak membuat orang lain muntah hehe.
Aku dan Inna hanya rehat di kelas kerana kami membawa bekal roti yang disapu dengan Nutella. Cuaca yang masih mendung, membuatkan suasana menjadi sejuk dan muram. Aku dan Inna berborak sehingga waktu rehat tamat. Kelas kami berjalan seperti biasa.
*Siapakah sepasang mata yang memerhati itu?*
Hi uolss 🤭 sudah bersarang novel saya ni ya ahahahah. Admin tinggal lama dunia penulisan ini kerana telah melalui fasa pembelajaran yang sangat busy. Admin belajar di Asasi UM selama setahun dan telah menjadi Mahasiswa tahun 2 di USM. Terlalu sibuk dengan dunia sehingga terlupa ada hobi hehe. Harap masih ada yang enjoy cerita ini. Terima kasih 🥰