Aku dan Imran menuju ke kelas.Imran di hadapan dan aku di belakang..Apabila Imran telah masuk ke kelas..Aku terus menuju ke tandas perempuan yang berdekatan.
Aku tolak pintu tandas dan menuju ke sinki yang disediakan..Aku membasuh muka aku..Aku kembali sebak..
"Argh!!",Jerit aku.
"Kenapa orang terlalu bencikan aku..Kenapa orang terlalu menyampah dengan aku..Sampaikan buku latihan aku pun jijik nak pegang..Apa Salah aku..Salah saiz aku ke?? Memang orang gemuk ni selalu kena benci ke?😭"kata aku dalam hati.Aku membasuh muka aku dengan rakus.
Selepas itu,aku mengatur langkah untuk menuju ke kelas.
*Kelas pada hari itu berjalan seperti biasa*
Petang itu.
Aku mendaki tangga ke bilik aku.Setelah sampai,aku merehatkan diri aku di atas katil yang tak berapa empuk ni.Aku pejamkan mata lalu tertidur.
Aku membuka mata..Aku masih di atas katil..Aku ambil tualaku dan berjalan ke tandas..
Aku pelik..Kenapa pintu tandas ni tertutup je?Tapi biarlah..Aku tolak pintu itu.Tapi aku gagal.
Aku tolak lagi dan aku berjaya.Beberapa saat selepas itu,aku terasa air yang amat busuk hinggap di muka ku..Aku di simbah air yang tidak dapat dikenal pasti.
Aku gelabah dan bergerak selangkah ke hadapan..Sudah jatuh ditimpa tangga.Aku terpijak sabun lalu jatuh terlentang..Aku dengar suara-suara sumbang yang memtertawakan aku..
Air jernih mula bertakung di tubir mata.Aku sedih.Aku malu.
Aku cuba untuk buka mata..Mata aku pedih..Aku cuba lagi..Aku pelik..Kenapa aku masih berada di atas katil lagi.
Baru aku perasan..Aku cuma bermimpi..Rintik-rintik jernih berada di dahi aku..
Sungguh Seram mimpi itu..Sampai berpeluh.