"Di KLIA,pesawat yang dinaiki oleh Tengku Syazrin Syafwan selamat tiba di tanah air ini...marilah kita tunggu kepulangan beliau dan kebenaran hubungan syazrin dengan model terkenal iaitu Qaisara Madhiyah,"kata seseorang wartawan wanita di hadapan kamera.
Semua wartawan yang ada di situ mengejar Syazrin yang sedang menolak troli yang mempunyai begnya itu.
Khairul di belakang cuba menghalang rempuhan wartawan yang sedang mengejar mereka berdua.
Syazrin mula tidak selesa dengan wartawan yang suka ambil tahu tentang dirinya malah jika tidak memberikan keterangan yang benar muncullah berita-berita liar di media sosial.
Berpeluh-peluh dahinya apabila berjaya melepaskan diri dari rempuhan wartawan-wartawan yang dapat menghidu jejaknya itu.Segera mereka masuk ke dalam kereta yang sengaja diparkir di belakang Mania hotel.
Syazrin dan Khairul saling berpandangan antara satu sama lain dan ketawa.Masing-masing mencapai tisu dan mengelap peluh di dahi.
Telefon bimbit yang berbunyi mematikan ketawa mereka.Suara halus dan manja milik seorang perempuan berada di dalam talian itu.
"Are you okay?"suara perempuan itu tergelak dalam talian.
"i okay aje."ujar Syazrin ketawa perlahan.
"Kesian you...kena hadap wartawan..cepat betul berita macam ni tersebar kan,"kata perempuan itu dengan suara serius.
"Nak buat macam mana...dah nasib,"
"Bila boleh jumpa dengan you lagi?"
Perempuan! Syazrin hanya tersenyum nipis.
"Not sure. Nanti i call you lagi,"
"okey,i tunggu tau,sayang.."kata perempuan itu merengek manja.
Punat off dipicit.Suara manja perempuan di talian diam serta merta.Syazrin dan Khairul menggeleng lalu mereka berdua ketawa lagi.
"Perempuan!"perkataan itu keluar dari bibir Syazrin.
"Kenapa dengan perempuan?"soal Khairul.
"Kadang kala menghiburkan,kadang kala merimaskan dan lagi satu kadang kala buat aku marah.."ujarnya tersenyum.
"Haha..tapi kau kena ingat Syaz,kalau tak ada perempuan hidup kita tak berseri.. kalau jumpa tangkai tapi tak ada bunganya,mana ada cantik weyh!"kata Khairul sedikit tawa.
"Hahaha...i know that..aku pun dah jumpa bidadari hidup aku,"kata Syazrin tersipul silu.
"Bunga yang dipetik sudah lama berkenan dihati,tidak lama lagi bersatu dengan tanah.Tanah menyuburkan bunga yang megah berdiri.Jika layu siramlah dengan air supaya cantiknya tidak akan pudar,"kata-kata Syazrin mempunyai makna yang tersendiri.Khairul hanya ketawa mendengar kata-kata syazrin.
"Sejak bila pulak kau jadi mat jiwang weiii...nak muntah aku dengar...Hahahhaahha..."ketawanya diikuti Syazrin.
'Tapi itulah kenyataannya'desis hatinya."Seorang jutawan termuda malaysia ada hubungan cinta dengan seorang model terkenal."ujar Khairul menyebut akhbar utama esok hari
"Then,ade pulak fakta mengarut mengatakan tentang perjumpaan aku 'dengan wanita misteri yang telah mendapat tempat di hati Syazrin Syafwan."sambung Syazrin pula.Mereka tersenyum manis.
Khairul dihantar pulak ke apartmentnya.Kemudian Syazrin meneruskan perjalanannya untuk singgah ke cafe kegemarannya.
Sampai di hadapan cafe ,Syazrin terus parkir di tempat vvip yang memang khas untuk dia sahaja.Sebelum keluar,dia mengenakan jaket berwarna hitam dan cermin mata berwarna hitam.Syazrin memandang cermin hadapan.
"Perfect"katanya ringkas.
Dia mula mengatur langkah keluar dari keretanya itu.Kakinya pantas untuk counter untuk membuat pesanan.
"Yes,Encik Syazrin,"sambut pelayan wanita itu dengan lembut.
"Hurmm...macam biasalah..."kata Syazrin membuat pesanan air kegemarannya iaitu ais coco coklat chip.
"Encik ni tak bosan ke asyik minum air yang sama?"soal Pelayan itu pelik. Dari dulu sehingga sekarang air yang sama syazrin akan order.
"tak.."hanya sepatah.Syazrin mula mengorak langkah ke meja.Dia memilih duduk di sebelah meja seorang remaja perempuan yang sedang bermain dengan telefon pintarnya.
Dia memerhatikan remaja itu,tarikannya auranya membuatkan syazrin tidak lekang untuk menilik remaja tersebut.
Tilikannya terhenti apabila pelayan lelaki itu menghantar pesanan air yang telah diorder sebentar tadi.
"Mana pulak diorang ni....tadi janji kul 3 sekarang dah pukul berapa dah...inilah janji orang melayu tak boleh pakai langsung..."kata remaja wanita itu. Mulutnya tidak henti membebel tentang rakannya yang lewat.Tidak lama kemudian rakan-rakannya,sudah pun tiba dah menuju ke arah remaja wanita tersebut.
"Babe sorry,kitaorang tau salah kitaorang...sorry tau,"kata-kata maaf dari salah seorang gadis disitu.Syazrin hanya mendengar perbualan remaja perempuan yang ade disitu.Dia mencapai cawan yang mempunyai air itu lalu menghirup sambil menikmati kesedapan coco itu.
"comel"puji Syazrin apabila remaja perempuan itu membuat suara.
"benci lah dengan korang nie.."rungut Tania dengan tangan disilangkan sambil membuat suara sedih.
"Alah kitaorang bukan sengaja lambat..sorry kay.."kata Damia mula memujuk.
"Eh! dah jom kita nk tengok wayang kan..Jom!!"kata Diyana lalu mengajak mereka dari berganjak dari tempat duduk masing-masing.
Semasa mereka berjalan menuju ke pintu keluar.Pada waktu yang sama,Syazrin bangun dari kedudukannya tanpa tidak sengaja dia berlanggar dengan Tania. Ais Coco milik Syazrin terkena di baju Tania.
"Woi kau buta ke tak nampak aku nak jalan? Kau tengok baju aku dah kotor sebab air kau!"marah Tania dengan kasar.
Pelanggan yang ade disitu semua melihat pertengkaran tersebut.
"Eh kau yang langgar aku...lepastu nk salahkan aku?"kata Syazrin menunduk sedikit memandangkan remaja perempuan itu pendek darinya.
"Kau yang salah sekarang nie!"
"Owh...sorry...tak sengaja...gitu?"kata Syazrin memandang tajam anak mata milik Tania tanpa berkedip.
"Perghhhh senangnya kau..."
"Abistu nak suruh aku buat macamana...macamnie?"sambil menuang air ke atas kepala tania sehingga air itu tiada setitispun di dalam cawan tersebut.
'takpelah korban untuk ais'desis hati syazrin dengan rela hati.
Sahabat-sahabat tania terkejut dengan tindakan Syazrin.Mereka seperti kelu dengan perbuatan Syazrin sebentar tadi.
"Wei malam pertaka weii,"kata Adriana menarik hujung baju Diyana.Muka nya agak takut.
"Eyyyyy!!kau nie memang biadap...adab kat mana? kalau rasa bersalah tu mintak maaf cara baik lah oii....dasar mamat kerek,berlagak,poyo..kau fikir kau orang mana london,australia,hah? BIADAP.""Aku dah mintak maaf tapi kau yang pekak. Minah nie kang...Biar muka cantik jangan pekak tulah simpan badak dalam telinga lagi."
"Dasar mamat kerek!"marahnya geram.
"Weyhh Tania jom bersihkan badan kau dulu...tak paya layan."kata Damia memeluk dan menarik Tania untuk pergi tertapi di tahan.
Syazrin mengeluarkan RM50 sekeping lalu diberikan kepada Tania.
"Nah beli baju baru...tak payah buat muka sangat." kata syazrin menghulurkan duit tu tapi dicapai oleh Adriana kalau tidak sampai luasa tak akan habis.
"thank you."kata Adriana lalu jalan beriringan bersama Tania.
Tania pergi dengan ketidakpuas hatian.Syazrin berpaling kebelakang lalu melihat gadis itu berlalu pergi sehingga hilang dari pandangan matanya.
"You will know me oneday,"katanya sambil mengukirkan senyuman.
YOU ARE READING
Cinta semanis gula
RomanceJika cinta itu benar ia akan membahagia kan diri. Jika aku mencari cinta tu ia akan pergi dengan sendirinya - syazrin syafwan kalau kau ditakdirkan untuk aku,aku terima. kalau bukan kau jodoh ku,aku akan pergi dari dirimu - Tania Hanani "Kau in...