Chapter 5

115 7 0
                                    

Kit always grumpy, shy and keep silent his feeling toward Ming. Hahaha comel sangat 😂
btw sis suka lagu ni even first time dengar tapi tak tahu siapa yang nyanyi lagu ni hahaha

Author POV

"OMG!! WHAT ARE YOU DOING?!! " terpana Kit dibuatnya sambil menutup mulutnya.

"Kenapa tak boleh ke? Bukannya salah . Lagipun P' kan buah hati saya 😘." Ming memeluk dan terus menyium lagi bibir mungil Kit berkali kali.
"Hei, janganlah! cukuplah tu kau nak cium aku berapa banyak lagi!" Kit menolak lembut badan Ming. Kit merasa amat malu dia tak pernah ada perasaan begini. Meskipun dalam hati Kit mahu saja membalas ciuman Ming tapi sebabkan ego dia cuba sedaya upaya untuk sembunyikannya.

"Why should i stop? You are my boyfriend right? Lagipun P'Kit tak bagi saya hadiah yang P' janji. Kenapa perlu saya berhenti?" Ming sengaja mahu menduga Kit. Kedua-dua belah telinga Kit makin memerah. Ming memegang kepala Kit dengannya dan menyium seluruh ke muka Kit sehingga Kit rasa lemas.
"Ahh he so cute, how can he become this cute " bisik hati Mingkwan.

"Ehh , sudah lah tu rimas lah. Lepaskan aku! Mingkwan enough!! " Kit menggunakan sedaya upaya dia untuk melepaskan dirinya. Tapi sayang pelukan Ming sangat kuat susah ubtuk lepaskan diri. Ada ketika Kit selalu berfikir kenapa lah dia di lahirkan dengan tubuh badan yang kecil. Kit masih ingat lagi semasa dia bersekolah rendah lagi, dia selalu dibuli oleh senior kerana bertubuh kecil. Pernah satu tahap Kit cuba membuat dirinya besar dan gemuk dengan niat mahu mengelak dari tidak dibuli lagi. Namun sangkaannya meleset kerana mereka masih mengejek mengunakan saiz badannya pula. Kalau tidak kerana Pha dan Beam menyelamatkan dia mesti sekarang pun masih ditindas dengan pembuli. Tapi sekarang dia dibuli lagi dengan "boyfriend"nya pulak. Pembuli yang buat dia selalu rasa tak tentu hala.

"Mingkwan enough okay enough saya dah lemas dah ni. Lepaskan sayaa~~ please lah sayang cukup~~ " Ming terkejut dengan apa yang dia dengar dari mulut Kit.
"P-P'Kit panggil saya apa tadi? Sayang? P' panggil saya sayang? Betul ke apa yang saya dengar ni P'Kit?" Serta merta Ming melongarkan pelukkannya dan pandang terus ke muka Kit.

Kit tak mampu berkata apa apa. Dia terdiam kaku dan tidak membalas pertanyaan Ming.
"Adui, macam mana boleh terlepas pulak ni. Habislah aku! " Kit berbisik halus. Telinga dan muka Kit semakin memerah. Dia mendiamkan dirinya lagi.

"Betul kah ni P'Kit? Saya tak silap dengarkan? Kan elok hari hari P' panggil dengan nama "sayang" tu. Sedap je saya dengar. Betul tak P' " Ming sangat gembira dengan perkataan yang dia dengar itu. Ming dapat rasakan Kit mulai membukakan hatinya untuk dia. Sudah lama dia menunggu saat ini.
"Kenapa P'Kit jadi kaku ni? P' malu ya?" Kit menutup mukanya dengan kedua-dua belah tangannya. Dia merasa sangat malu dengan apa yang dia kata sebentar tadi. Bak kata pepatah terlajak perahu boleh diundur terlajak kata badan binasa (halamak, terkeluar sudah pepatah melayu haha 😂).
Ming cuba menarik lembut tangan Kit yang menutupi mukanya. Ming tak dapat menutup lagi perasaan yang dia rasakan sekarang ini.

"P'Kit Kat~ kenapa tutup muka tu? Tunjuk muka comel P' tu untuk saya. Saya nak tengok siapa yang panggil saya "sayang" tadi. " Ming tergelak kecil dengan gelagat Kit.
"Eiyhhhhh~~~" Kit masih tidak mahu membuka tangannya itu. Bagi Kit maruahnya sudah jatuh kerana tanpa sengaja memanggil Ming sebegitu. Dia tak tahu mahu beri reaksi apa pada Ming. Ming tak habis habis mahu menyakat dia.

"P'Kit Kat~~~ " lembut sahaja Ming memanggil nama kit dengan nama yang dia tidak suka. Ming berjaya membuka tangan Kit dari mukanya. Kit cepat cepat memalingkan mukanya ke arah lain. Dia tidak berani mahu memandang muka Ming lagi.
"P' Kit pandang saya. Padang muka saya ni. Saya nak dengar P'kit panggil saya "sayang" lagi boleh? Boleh kan?" Ming menarik lembut wajah Kit untuk memandangnya. Kit masih mengeraskan mukanya tidak mahu memandang Ming.
"Tak nak. Aku taknak" kata Kit yang masih berpaling ke samping.

Kau Milik Aku, Kit Kat !Where stories live. Discover now