Chapter 8

104 9 16
                                    

Author POV

Mingkwan mengeleng-geleng kepalanya selepas melihat pesanan Whatsapp dari Kit. Dia terpaksa menahan diri dari berjumpa dengan Kit kerana mahu membuat kejutan sempena  hari lahir Kit. Ming hanya senyap senyap tengok dari jauh, dia mahu tengok sejauh mana Kit boleh menunggunya. Ming selalu mengeluh melihat Kit murung sejak dia tak mahu berjumpa dengannya tapi dia buat demi mahu Kit jujur dengan perasaannya.

"Maafkan saya P'Kit. Sabar sikit ja lagi ya. Seminggu ja lagi kejutan ni pasti akan kembalikan senyumanmu sayang." Ming menguling guling badannya diatas katil. Dia harap sangat dapat siapkan kejutan Kit dengan lancar. Tok Tok Tok pintu bilik Ming berbunyi. Dengan malas Ming pergi ke pintu dan melihat Forth dan Beam berada didepan biliknya. Mingkwan mula rasa gelisah.

"Mingkwan! buka pintu ni. Aku tahu kau ada kat dalam." Beam mula menjerit memanggil Ming, dia sudah mula hilang sabar kerana MIngkwan lambat membuka pintu.

" Sayang , jangan jerit-jerit terganggu orang bilik sebelah nanti." Forth cuba tenangkan Beam. Beam menepis tangan Forth dan mula mengetok pintu bilik Ming lagi. Forth telah dipaksa oleh Beam untuk bangun dari tidurnya. Beam memaksanya untuk membawa dia ke bilik Ming kerana Kit tidak mengangkat telefon setelah beberapa kali sehingga telefon Kit tidak dapat dihubungi lagi. Dengan perlahan Mingkwan mula membuka daun pintu.

"Err ahh Hi P'Forth, P'Beam ada apa ni?" kata Mingkwan dengan gugup sambil mengangkat 'wai' kepada seniornya.

"Hah ada pun kau kenapa lambat sangat bukak pintu ni. kau ada sorokkan sesuatu ke hah?" Tegur Beam terus memasuki bilik Ming tanpa dipelawa. Forth hanya sekadar mengelengkan kepala melihat sikap Beam.

"Apa P' merepek ni, mana ada sorok apa-apa" jawab Ming dengan pelik. Setahunya dia takda buat apa apa salah dengan Beam. Atau sebab dia selalu sangat kenakan Beam dengan Forth buat Beam marah padanya?.

"Aku nak tanya kau, apa kau dah buat dengan Kit?" Beam melontarkan soalan yang buat dia tertanya-tanya apa yang telah berlaku antara Mingkwan dan Kit. Kit adalah sahabat karibnya, dari sekolah rendah lagi mereka sudah rapat. Hubungan Beam dan Kit mahupun Pha boleh diibaratkan adik beradik. Mereka tak boleh dipisahkan, Seorang sedih semua juga akan ikut sedih dan cuba menolong satu sama lain.

"A-apa ni P'Beam, mana ada saya buat apa-apa. Kami okay ja lah macam biasa. Kenapa P'Beam tanya saya macam tu? P'Kit ada kata apa-apa ke?" Ming sudah mula risau, Mingkwan risau kalau ada apa-apa yang terjadi kepada Kit.

"Kalau Kit bagitahu aku, takda lah aku susah-susah nak datang jumpa kau tanya kau lagi benda yang sama. Senggal betul lah kau ni Mingkwan. Aku telefon Kit dari tadi tak dapat-dapat. Sudah lah pagi tadi call Forth bertanyakan pasal kau. Sekarang dia hilangkan diri pula." Beam sudah merengus kecil. Beam pun duduk disamping Forth dengan kesal. Forth memegang tangan Beam agar Beam dapat sejuk dari marahnya.

"Ada apa-apa yang jadi kat P'Kit Kat ke P'? Bila dia call P'Forth? Dia ada cakap apa-apa tak? Dia ada bagitahu dia kat mana? P'ada pergi bilik dia?" bertubi-tubi soalan keluar dari mulut Ming. "Alamak, aku over sangat ke eh? Macam mana ni?" Bisik hati kecil Mingkwan.

"Hah, yang kau ni kelam kabut sangat ni dah kenapa? Aku tanya kau mana dia kau tanya aku balik. Haih, stress lah aku dengan kauorang ni." Ming diam tak bersuara. Mingkwan segera mencari telefonnya dan cuba menghubungi Kit tapi tidak berangkat.

"Tak payah kau nak call dia sekarang, aku dah call dah dia dari tak berangkat langsung. Aku sudah tanya pada Pha. dia pun tak jumpa Kit kat mana mana" Beam bersuara dengan kesal. Dia tidak tahu apa yang terjadi pada mereka berdua tapi mesti ada sesuatu yang Ming rahsiakan dari mereka.

"Aduiii, macam mana ni P' saya cuma tak berjumpa dengan dia ja. Takkan itu pun P'Kit nak merajuk." Mingkwan masih cuba untuk menghubungi Kit.

"Hanya tu ja kau cakap? habistu yang kau mengelak dari berjumpa kami kalau ada Kit tu dah kenapa? kalau Wayo tak beritahu kami sampai bila bila kami tak tahu yang korang ni ada masalh tau. Sekarang aku nak kau jujur dengan aku Mingkwan. apa yang terjadi sebenarnya hah?" Marah Beam sudah tidak boleh dikawal lagi membuatkan dia ingin sahaja memukuli Ming. Namun, tidak berkesempatan kerana Forth masih setia memegang tangannya. Forth tahu jika Beam dalam keadaan marah dia tak sedar apa yang dia lakukan.

"Sayang, sudahlah~ kawal sikit perasaan marah tu. Kit tidak apa apa punya , jangan burukkan lagi keadaan. Ming, kau tahu kat mana Kit selalu akan pergi kalau hal macam ni jadi? baik kau cari cepat kalau tak nahas kau aku kerjakan nanti." Forth berinya amaran. Walaupun Forth tidak rapat dengan Kit tapi dia tak sanggup melihat kekasih hatinya sedih.

"Ya, saya tahu lah P' sekejap saya nak detect phone P'Kit." cepat Ming membuka system GPS yang dia sambungkan dengan telefon bimbit Kit.

"Wahhhh~ kau ni tak sangka kau sambungkan GPS tu kat phone Kit. Dasyat betul ehh, kenapa dari tadi kau tak buat , haish" Beam tidak sangka Mingkwan mengunakan system tu. Patutlah dia dapat jumpa kat mana mana sahaja Kit berada walaupun Kit selalu menyelinap keluar dari bilik untuk berjumpa dengan Beam dan Pha tanpa beritahunya.

"Alamak sekarang ni pulak lah apps ni nak lacks. Cepat lah" Mingkwan mula rasa bengang, moodnya tidak terkawal lagi. Sebelum sempat Mingkwan mengesan keberadaan Mingkwan, satu pesanan Whatsapp dari Kit muncul di screen.

-🍫Kit Kat💕-

"I want to broke up with you, Mingkwan"

Terpaku Mingkwan melihat pesanan Whatsapp dari Kit itu. Tak sangka akhirnya Kit mengambil keputusan mahu memutuskan hubungan mereka. Tanpa Mingkwan sedari air matanya mulai jatuh. Dengan segera Ming mempersiapkan dirinya setelah mendapat tahu lokasi Kit berada.

"P'Beam saya dah tahu kat mana P'Kit" belum sempat Beam menjawap Ming, MIng sudah keluar dari biliknya meninggalkan Beam dan Forth sendirian.

"Aiyoo, dia boleh keluar macam tu ja? habistu bilik ni macam mana takkan nak tinggal tak berkunci." Beam mengelengkan kepalanya.

"Nak buat macam mana sayang kang kalau lambat jumpa Kit dia jugak yang menyesal tak sudah. Takpalah kita balik bilik saya dulu nanti saya bagitahu N'Ming yang kita dah kunci biliknya lagipun bilik saya dengan dia tak jauh pun" Forth memberikan cadangan.

"Hrm, yelah" Beam hanya menurut kata-kata Forth.

Ming menghidupkan keretanya dan memecut laju ke lokasi Kit. Dia taknak Kit buat apa apa yang buruk kalau dia lambat berjumpa dengan Kit. 
"Ah, semua ni kerja bodoh ja, ingatkan nak uji P'Kit saja tak sangka pulak benda boleh jadi teruk macam ni. Ergh ! Please Kit jangan tinggalkan saya. Kau milik aku Kit, Sampai bila-bila pun kau tetap milik aku. Sekejap ya P'Kit saya datang." Mingkwan mengomel sendiri. Dia rasakan Kit mungkin nekat untuk tinggalkan dia dan Ming tak benarkan benda tu semua terjadi. Ming rasa agak bersyukur kerana Kit berada di tempat yang senang untuk dia cari. Tasik yang selalu menjadi tempat persinggahan buat mereka setelah kelas tamat.

Sesampai saja di tasik itu, Mingkwan mula mencari kelibat Kit dia kawasan sekitar. Dengan berdoa agar Kit masih ada dikawasan itu. Hampir seluruh bulan tasik Ming mencari Kit, Ming juga hampir putus asa kerana Tasik itu sangat besar menbuatkan dia kepenatan.

Akhirnya dia jumpa juga Kit yang masih menangkup wajahnya ke sebalik pelukan lututnya dan masih menangis. Setibanya disitu, Kit sudah mahu pergi dari kawasan itu dan ternampak Ming yang mahu menghampirinya. Dengan segera Kit membalikkan tubuhnya dan berlalu pergi.

"P'kit ! Tunggu kejap ! P' mahu pergi mana?" Sepantas kilat Mingkwan menarik lengan Kit daripada meninggalkannya disitu.

"LEPASKAN !"

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

*Ahah ! Geram tak? Hahaha rilex awak awak semua chapter akan bersambung......

*2 chapter dalam minggu ni? Why not kan? 😁 secara tiba-tiba otak sis berfungsi nak tulis story harini. Hehehe

*btw tak sangka ada yang watak sampingan ForthBeam hehehe mungkin sis akan buat fanfic pasal ForthBeam pulak lepas siap Story MingKit ni. Hehehe tunggu yaa.

*Sampai berjumpa lagi 😁 Selamat membaca 😘

Kau Milik Aku, Kit Kat !Where stories live. Discover now