"Ma, betul ke Sya kena pergi ni?" tanya Nasya untuk kesekian kalinya sambil memandang Puan Zana mengharapkan ibunya mengatakan tidak namun semuanya hanya sia sia saja
"Sya kena pergi, ini semua untuk masa depan Sya juga, kat sana nanti masa depan Sya akan lebih terjamin,percayalah sayang" pujuk Puan Zana sambil mengusap tapak tangan anak kelimanya hasil perkahwinannya bersama suaminya Encik Naufal
"Tapi ma.." tak sempat Nasya hendak menyambung bantahan, ibunya terlebih dahulu memintas percakapan "Dah dah dah tak perlu Nasya nak tapi tapi lagi, sekarang Nasya pergi solat, tak solat lagi kan," arah Puan Zana ,makin dilayan makin menjadi budak Nasya itu, baik dia senyap jee daripada bercakap dengan Nasya .Nasya tanya menurut saja apa yang dikatakan ibunya,perlahan lahan dia melangkah keluar dari bilik untuk ambil air sembahyang. 'Baik aku minta petunjuk jee dari Allah biar hati aku tenang sikit, ya Allah, aku tak bersedia lagi hendak berjauhan dengan keluarga' bisik kata hati Nasya sambil berjalan. Selesai sahaja sujud ke illahi, Nasya membuat keputusan sama ada dia perlu pergi atau tidak ke sekolah asrama penuh iaitu sekolah MRSM ,tempat yang amat amat diagung agungkan oleh orang ramai kerana sekolah itu amatlah susah untuk dimasuki namun entah bagaimana nama Nasya tercalon dalam sekolah MRSM ,mungkin memandangkan dia adalah pelajar terbaik di sekolahnya dulu.
........
Esoknya,,pagi pagi lagi Nasya bangun mencari ibunya
"Ma,,oo maaaa" laung Nasya sambil mencari kelibat ibunya, 'mungkin ma tengah buat sarapan kot'bisik kata hati Nasya sambil melangkah kaki ke dapur,tepat sekali firasatnya apabila dia melihat ibunya tengah menggoreng nasi, "ma,, sya dah buat keputusan " ujar Sya sambil melihat ibunya menggoreng nasi
"Keputusan apa?" Tanya Puan Zana sambil mengerut dahi, maklumlah pagi pagi ni otak tuanya sering keliru
"Yang nak sambung tingkatan 1 di MRSM, ke ma dah lupa, kalau dah lupa baguslah , tak perlu Sya pergi jauh jauh" kata Sya sambil tersenyum panjang kalau boleh sampai telinga namun bagi Nasya cukuplah senyum sampai menampakkan lesung pipitnya yang melembangkan dia sangat gembira,namun begitu senyumannya terus mati apabila dia merasa tangannya mendapat hadiah tamparan daripada ibunya di pagi hari yang sungguh nyaman,maklumlah duduk di kambung."iissyyy,, mana boleh ma lupa ,,Sya tetap juga akan pergi tak kira apapun jua berlaku" kata Puan Zana
"Tapi ma ,,Sya hanya akan pergi kalau Rina pergi juga" kata Nasya ,yaa itulah keputusannya ,kawannya Arina juga mendapat tawaran sambung belajar di MRSM tapi Arina lebih jauh darinya iaitu di selatan sana.
"Ikut Sya laaa,, ma tak tau dah nak cakap ape dengan kamu"mengalah sudah Puan Zana dengan Anak bongsu perempuannya itu
........
" weh Rina tunggu laa aku"laung Nasya sambil berlari anak untuk mendapatkan kawan baiknya sejak di darjah dua lagi, 'fun,semput gilerr habis terselak kain sekolah aku, aduh tudung pun,masa ni jugalah kau tak nak jadi, apalah nasib last day aku kat sini' Bebel Nasya seorang diri apabila langkahnya dapat disaingi kawannya
"Wehh,, kau bebel ape tu ,kau jangan,," marah Rina apabila dari tadi lagi dia melihat kawannya itu berkumat kamit sambil membetulkan pakaiannya seragam sekolahnya
"Engkaulah nie, habis selekeh aku harini" omel Nasya sambil memberi jelingan manja buat Rina,tiba Nasya tersedar something yang membuatkan wajahnya yang sentiasa ceria kepada mendung, Arina yang menyedari wajah Nasya berubah membuatkan kerutan di dahi kembali timbul "wehh,,kau kenapa? Tiba tiba jee mendung nak kata hujan tak ada pula pelangi timbul" nah itu dia Rina dah keluar entah apa yang dikatakan, mesti mengarut semuanya
"Aku bukan apa, engkau tau laa kita kan dapat tawaran pergi MRSM, kau nak pergi ke?" Tanya Nasya sambil memegang lengan tangan Rina menantikan jawapan yang amat ditunggunya dari semalam lagi
"Yelaa ,, aku mesti pergi,,peluang tu wehh, jomlah" tu dia siap ajak Nasya lagi 'ya Allah jika ini suratan takdir Ku aku terima ya Allah, yaaa aku harus pergi' kata kata semangat buat diri Nasya setelah mendengar jawapan dari kawannya
YOU ARE READING
Prinsip Cinta
RomanceBagiku cinta tidak harus dimiliki namun Cinta harus dibahagiakan dan mesti diperjuangkan agar nilai kecintaan itu ada untuk diingati dan dibuat kenangan Namun keegoan aku amatlah tinggal mungkin tinggi dari tubuhku Dapatkah Ku miliki cinta Ku tanya...