BAB 2

3 0 0
                                    

"Akhirnya aku menjejak jua kakiku di Maktab Rendah Sains Mara Padang Damai,Terengganu" bisik Nasya pada dirinya sendiri sambil termenung memerhatikan gelagat pelajar pelajar di situ tanpa ada perasaan.'mampu ke aku tinggal disini?'fikir Nasya sambil membawa fail peribadinya kearah seorang pengurus maktab tersebut
.........
"Perhatian kepada semua pelajar tingkatan satu dan ibubapa pelajar, sila berkumpul di dalam dewan dengan kadar segera kerana majlis akan bermula sebentar sahaja lagi" mengumuman yang amat jelas itu telah membuatkan kawasan pintu masuk dewan dibanjiri boleh perbagai jenis manusia termasuklah Nasya dan keluarga yang turut berpusu pusu untuk masuk kedalam dewan bagi memastikan mereka mendapat tempat yang selesa nanti.
'Fuhhh,, ramainya orang, ni nak hantar anak belajar ke nak pergi beli baju raya' omel hati Nasya setelah mendapat tempat duduk.
"Sya,engkau jangan nangis pula nanti" kata Nana kakak kepada Nasya yang turut serta menghantar Nasya ke asrama sambil tersenyum senyum memandang adiknya itu
"Kenapa pula Sya nak nangis?" Berkerut dahi Nasya mendengar kata kakaknya sebentar tadi,yela tiba tiba bercakap begitu semasa majlis pengucapan pengetua sedang berlangsung,orang lain semua sedang khusyuk mendengar ucapan Encik Omar selaku pengetua dimaktab itu, dia sibuk kata orang akan nangis,gila ke
"Yelaa mana tau nanti kitorang balik kau nangis nak ikut balik sama,,maklumlah kau kan tak pernah berpisah dengan ma,anak manja" ujar Nana sambil mengejek adiknya yang sememangnya dikenali sebagai seorang yang manja. Namun Nasya hanya diam sahaja setelah mendengar kata kata kakaknya,memang benar kemungkinan dia akan ikut balik namun semandangkan mereka datang bersama abangnya yang dikenali amat garang, mana mungkin dia sanggup membuat perangai.
...........
"Sya, duk sini baik baik yee, belajar elok elok jangan asyik nak nangis jee,,Sya kan dah besar" pesan Puan Zana sambil mengemas pakaian anaknya didalam almari yang disediakan
"Engkau jangan malas malas Sya" ujar Nana sambil membantu Nasya mengemas barang dan tempat tidur Nasya
"Sya, ada barang tertinggal ke, ke ada nak apa apa lagi,sempat lagi kalau nak keluar beli barang nie, tadi abang ada minta kat pengurus asrama nak bawa Nasya keluar jap" kata Zakil yang tadinya hanya memerhatikan adiknya. Zakil adalah satu satunya abang lelaki Nasya. Zakil amat tegas apabila berhadapan dengan adik adiknya, perwatakannya yang dulunya seorang budak nakal menjadi seorang yang tegas apabila ayahnya, Encik Naufal pergi menghadap ilahi buat selama lamanya ketika keluarga mereka masih terumbang ambing maka dia terpaksa mengorbankan masa depannya buat keluarga demi mencari sesuap nasi, Zakil telah menghenti belajar semasa di university dan terpaksa bekerja sebagai seorang pemandu lori untuk membantu ibunya Puan Zana yang ketika itu hanyalah seorang penyapu sampah
"Dahlah, jom Sya kita pergi supermarket, nak coklat tak?" tanya Nana sambil mengheret tangan adiknya yang sedari dari tadi mengelamun.
............
"Nak coklat ni tak" tanya Puan Zana sambil menunjukan coklat kegemaran Nasya, coklat Nips. Namun hanya mendapat gelengan sahaja dari Nasya.
"Sya,sini jap" panggil Nana sambil melambai lambai kearah Nasya
"Cantikkan selipar ni" puji Nana sambil membelek belek selipar untuk digunakan ke tandas. Seperti tadi juga namun hanya mendapat gelengan sahaja dari Nasya
"Sya"
"Yeee"
"Syyaaaaa"
"Yerrr kau nak apa Nana ?"
"Kau sedih erhhhh?"
"Errrmmmm" Nana memandang raut muka adiknya yang sedari dari tadi mendung cuma mampu menggosok lengan Nasya bagi menghilangkan kesedihan pada adiknya, siapa tak sedih bila terpaksa berjauhan dengan keluarga
..............
Sudan genap seminggu berlalu,Nasya telah pun dapat menghapuskan penyakit kroniknya iaitu homesick. Maka bermulanya perkenalan dengan kawan baru. Rupanya dimaktab mereka menggunakan sistem homeroom iaitu seperti keluarga angkat
"Assalamuaikum semua, saya cikgu Rosli, saya adalah penyelaras homeroom batutah iaitu homeroom kamu" kata cikgu Rosli yang mungkin berumur lingkungan 50tahun tetapi gayanya masih segak dan tubuhnya juga sasa,namun cikgu Rosli mempunyai sepasang mata yang cukup tajam membuatkan Nasya dan juga kawan kawan baharunya itu gerun akan cikgu itu.
"Okey sekarang saya nak kamu memperkenalkan diri kamu, bermula dengan kamu" kata cikgu Rosli sambil menunjuk kearah seorang gadis yang comel bertudung labuh
"Nama saya Siti nur suraya binti ramly, boleh panggil saya sue je, saya tinggal di dungun terengganu" kata perempuan bertudung labuh yang menggelarkan dirinya sebagai sue sambil tersimpul malu 'comelnya budak ni, boleh dijadikan kawan ni, nampak macam baik je' bisik hati Nasya sambil memerhati sue. Tiba tiba dia rasa macam sunyi 'aik dah habis dah ke suai kenal,tapi aku tak kenal kan diri lagi' fikir Nasya yang tadinya ralik memerhatikan 'kawan barunya' itu ,terus dia memandang kearah cikgu Rosli 'aikk kenapa semua orang pandang aku ni' bisik hati Nasya lagi membuatkan dia tidak senang duduk
"Nah kamu,tak nak kenalkan diri ke? Kamu menungkan apa tu, seram saya menengoknya" kata cikgu Rosli sambil membetulkan kedudukannya atas kerusi
"Ermmm,,hihiii nama saya Puteri Nasya Zalikha binti Naufal,korang boleh panggil saya ikha" kata Nasya dengan yakin walaupun pada awalnya dia gugup
"Tempat tinggal?"
"Saya tinggal di Pahang ,, area Kuantan" ujar Nasya sambil senyum sehingga menampakkan lesung pipitnya
"Next" arah cikgu Rosli yang sememangnya kelihatan seperti seorang yang tegas dengan adanya sepasang mata yang tajam. Nasya yang mula berasa bosan melakukan satu perkara dalam masa yang sama mula memerhati gelagak homeroom yang lain. Setelah bosan memerhati kawasan sekeliling,, dia memerhati pula satu persatu wajah wajah homeroomnya,, tiba tiba matanya tertumpu kearah seorang lelaki yang seiras iras cina "mungkin budak cina kot" fikir Nasya sambil tersenyum senyum
"Nama saya Muhammad Usyair Zafran bin Wathiq, boleh panggil saya Zaf ,dan saya tinggal di Pahang sama seperti ikha juga, di kuantan " kata budak macam cina itu,, opss Zaf namanya sambil menunjuk kearah Nasya "oh my god dia tau nama aku" perasaan Nasya sambil menunjuk malu manakala Zaf hanya kelihatan biasa sahaja
................
"Hello ma,, ma tak nak datang ke jenguk sya ?" Tanya Sya pada hujung minggu itu memandangkan sudah dua minggu dia tinggal di asrama namun ibunya belum pernah datang melawatnya. Sedih ? Sudan tentu sedih namun pada dua minggu itu tidaklah berasa sangat rindu akan rumah kerana cikgu cikgu dan senior senior pandai mengadakan pelbagai aktiviti sehingga membuatkan para pelajar tingkatan satu lupa akan rumahnya
"Ma rasa tak dapat pergi kot" balas Puan Zana di hujung talian sambil mengeluh
"Ermmm, tak apa laaa kalau ma tak dapat datang" ujar Nasya dalam nada yang perlahan sambil bangkit dari kerusi didalam kelas untuk pergi ke astaka yang berada berdekatan di kelasnya. Nasya sememangnya suka menghabiskan waktu hujung minggunya dengan pergi ke kelas untuk mengulangi  pelajaran memandangkan mereka mula belajar pada minggu lepas
"Sya, jangan sedih ,nanti ma datang laa jenguk sya,," pujuk Puan Zana yang sudah arif dengan perangai anaknya itu, terlalu manja
"Tak pe laa ma,, ma tak perlu datang laa,, sya tau Pahang dengan Terengganu bukannya dekat , lagipun dua minggu lagi Sya balik" kata Nasya untuk menyedap hati ibunya sambil sambil menyedapkan hatinya yang tengah rawang ketika ini..
"Tak pe laa ma,,sya nk sambung study, ma jaga diri baik baik,, sya rindu ma, ma kena ingat sya selalu sayang ma" putus Nasya setelah merasa dia hampir mengeluarkan esakkan kerana terlalu rindukan ibunya.
Selesai sahaja memutuskan panggilan telifon,, Nasya terus menghembuskan tangisannya di atas tapak tangannya sambil menutup mukanya
"Kalau rindu kan keluarga, berdoalah,, doa kepada Allah untuk sampaikan rindu kau kat keluarga kan" tiba tiba satu suara garau menyapa di pendengaran Nasya

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 17, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Prinsip CintaWhere stories live. Discover now