Bab 15

74.5K 1.4K 55
                                    

Zarif berjabat tangan dengan Haziq. Syed Haziq Bin Syed Amru. Sepupu yang paling rapat dengan dia. Dan kini sepupu dia ada depan mata dia. Dulu, sepupu dia tahu semua pasal dia, pasal kisah silam dia.. Tapi semenjak lelaki iti membawa diri ke NZ atas sebab yang tak dikenal pasti, hubungan mereka semakin renggang.

"What a suprise! You got more handsome than before!" Haziq menepuk bahu kanan Zarif sambil memuji lelaki itu. Zarif senyum senget. Sukalah tu orang puji dia.

Raysha di dapur menolong ibu mertuanya menghidang makan malam yang bakal dijamu nanti.

Sedang mereka seronok berbual, Raysha datang ke arah mereka dengan senyuman di bibir. Senyuman itu tampak ikhlas, manis dan pastinya bukan untuk Zarif tapi untuk sepupu suaminya, Syed Haziq.

"B—b... Er, awwwwak.. Er dinner dah siap. Jom makan. Er.. Encik.." Raysha mengajak Zarif kemudian matanya beralih pula pada Haziq. Haziq ketawa kecil. Comel aje gadis dihadapannya ini.

"Haziq." dia menghulurkan tangan untuk berjabat dengan Raysha, tapi hampa, manakan seorang gadis yang menjaga auratnya bersentuhan dengan bukan mahram. Haziq mengawal riak di wajahnya sambil memaniskan lagi senyuman. Lesung pipit di pipi membuatkan ketampanan lelaki itu semakin terserlah. Just.. So perfect!

"Oh.. Mari makan malam.." ujar Raysha sebelum beredar dari situ. Gerun dia dengan renungan Haziq itu. Sama aje dengan Zarif!

Haziq menyiku perut Zarif. "Bro! Siapa tu? Cantik.."

Zarif sudah membuat muka toya. Dia malas nak jawab, tapi dia terpaksa jawab jugak.

"My..wife?" Zarif menjawab mendatar sebelum meninggalkan Haziq terpinga-pinga disitu. Wife?

"Weh! Kau kahwin tak ajak!" Haziq mengejar langkah Zarif yang semakin jauh melangkah. Zarif memegang telinganya. Tak tahu nak buat tak dengar ke macam mana.

Sewaktu di meja makan, pelbagai soalan yang dilontarkan kepada Haziq. Maklumlah orang baru ingat tanah air.

"Mommy and daddy sihat?" soal Puan sri Luna lagi. Dari tadi mulutnya tak berhenti bercakap. Ada aje yang nak disoal. Haziq tersengih sambil mengangguk laju. Ekor matanya tidak lari dari memandang Raysha yang sedang tersipu-sipu makan. Comel!

Syed Haziq dan Syed Zarif Adha merupakan pewaris syarikat SZ ENTERPRISE yang mewakili waris turun-temurun dari moyang mereka. Hanya kerana mereka berdua sahaja waris lelaki, jadi adalah jugak persengketaan antara mereka. Tapi itu nanti lah cerita, biar jadi tertanya-tanya kenapa tiba-tiba sepupu Zarif muncul, kan?

"Dah lama Rif kahwin, maklong?" Puan sri Luna merupakan kakak kepada ibunya. Jadi dia ni kira sepupu sebelah ibulah. Dia ingin korek rahsia tentang Zarif. Kalau ditanya pada Zarif, memang sampai mati tak terjawanb soalan dia.

Wajah Puan sri Luna sudah berubah. Tak tahu nak jawab apa, nanti kan ditanya lebih dan lebih.

"Taklah lama sangat, dalam 2 minggu?" jawabnya dengan tenang. Walaupun dalam hati dah berdebar macam nak terkeluar jantung. Tan sri Ilham masih mendiamkan diri. Menjadi pemerhati saja pada malam itu.

Haziq mengangguk laju. "Kenapa tak jemput pun kitorang? Rasanya mommy and daddy tak bagitahu pun yang Rif nak kahwin."

"Ha.. Tu sebab Raysha ada masalah keluarga, pak long terhutang budi dengan keluarga dia, jadi pak long naklah balas jasa dia dengan kahwinkan Rif dengan anak dia.." Tan sri Ilham yang diam kini bersuara. Zarif diam tak berkutik. Dibiarkan sahaja mummy dan daddynya mereka cerita tentang dia dan Raysha.

"Pelik.. Kenapa tak buat majlis?" Raysha mengetap bibir. Banyak tanyalah lah dia ni! Ada aku ambik garfu cucuk bibir tu baru tahu!

"Atuk Raysha waktu tu sakit, jadi nikah dekat hospital je.. Tak sempat lagi buat majlis lagipun Raysha kata nak tunggu mengandung dulu baru nak naik pelamin, kan sayang?" Zarif yang diam dari tadi sudah bersuara. Raysha menelan liur. Sayang? Pandainya lelaki ni berlakon.. Boleh kalah Rosyam Nor!

Raysha hanya mengangguk teragak-agak apabila dipaksa oleh Zarif. Haziq ketawa kecil. Boleh pulak macam tu?

"Er.. Habistu kenapa—"

"Aduh! Awak! Sakitlah perut ni! Dari tadi lagi memulas!" akhirnya Raysha turut beraksi dalam drama ini. Dia sebagai pelakon tambahan ajelah.. Sebab dia nak lari. Mahu bunuh diri dia kalau dengan si Haziq ni menyoal macam dia dan Zarif sedang buat perkara yang tak elok. Tapi.. Bukan ke memang kahwin pun dengan keadaan tak elok?

Wajah Zarif berkerut. Dia menunjukkan muka risau. Dia tahu Raysha berlakon, acah je sakit. Dia mengukir senyum sinis dalam diam.

"Yeke? Jom naik bilik sa..saya. Saya letak ubat. Mummy,daddy, Ziq. Rif naik dulu. Kesian isteri Rif tak larat. Mungkin tersalah makan."

Puan sri Luna memandamg dengan wajah yang risau. Begitu juga Tan sri Ilham.

"Raysha rehat dulu ya, sayang? Nanti mummy suruh Mak Ton hantarkan ubat ke bilik. Rif, bawak isteri kamu elok-elok. Mana tahu ada isi dalam perut." bulat mata Raysha. Serta-merta teringat masa Zarif hilang kawalan haritu. Ahh!! Tak nak ingat! Aku jijik! Digelemgkan kepalanya laju.

Tibanya di bilik tidur Zarif, dia menarik tangannya yang dipegang Zarif dari tadi.

"Kenapa kau nak lari? Tak sanggup nak dengar soalan dari Haziq?" belum pun sempat dia nak baring, Zarif dah start cari pasal.

"Kalau saya jawab bukan-bukan, awak jugak yang malu." Zarif menjelingnya tajam. Ceh!

"Jangan nak panggil aku macam tulah! Itu hanya panggilan depan orang! Kau tak layak tau nak panggil aku macam tu? Kau ingat sikit, kau tu P.E.K.E.R.J.A aku je tau! Masih dibayar gaji oleh aku!

Jangan nak memandai nak panggil aku dengan panggilan gedik tu! Berbulu lah telinga aku!" Raysha benar-benar terpempan. Dirinya diherdik, dihina, dicaci, bukannya dia tak ada ijazah, bukannya dia ni anak kampung yang bodoh. Bukannya dia ni tak ada hati, tapi dia dituduh perangkap bos dia, sampai begitu sekali dirinya dibenci.

Dia kena kuat, tapi kepada siapa dia nak bergantung? Dia tak mampu? Air mata yang mahu mengalir pantas diseka. Ya Allah!! Kuatkan hati ini!

Zarif yang perasan Raysha sedang menunduk mengesat air mata itu, menjuihkan bibirnya.

"Tak payah nak nangis. Kau yang nak sangat rasa hidup dengan aku, kan? Aku tahu lah kau nak tumpang rasa harta aku, kan? Kononnya satu hari nanti kau mesti famous sebab aku! Haha! Kau boleh mimpi lah! Pergi tengok cermin! Cermin diri kau! Kau tu siapa? Aku ni siapa? Kau tak pernah layak untuk berada di sisi aku di khalayak ramai tahu tak? Aku malulah kalau orang tahu PA aku jadi isteri aku! Sepatutnya aku kahwin dengan orang yang setaraf dengan aku! Bukannya orang macam kau!"

Kalini Raysha sudah tak dapat tahan. Air matanya tumpah dengan deras. Terhinjut-hinjut bahu dia menahan dari menangis terlalu teruk. Dia sedar kedudukan dia, sebab itulah dia hanya biar dirinya dicaci, diherdik oleh suami sendiri. Tak sangka, CEO yang terkenal di dunia ini begitu buruk perangainya!

Kalau lah dia ada kuasa, dah lama dia mintak cerai. Dah lama dia tinggalkan lelaki ini. Dia pelik, kenapa Zarif tak ceraikan dia? Nak sehidup semati dengan dia, ke? Raysha mengeluh. Air mata yang tersisa dikesat laju.

Zarif sudah melangkah keluar meninggalkan dia. Ada lah tu alasan yang akan direka Zarif nanti. Dia biar. Dia hanya akur dan akan menurut semua perintah Zarif. Selagi dia bergelar isteri lelaki itu. Dia tak nak derhaka. Sebab..syurganya kini dibawah tapak suaminya. Walaupun kehidupannya bagaikan neraka..

I LOVE YOU MR. KEREKWhere stories live. Discover now