Bab 29

66.4K 1.4K 19
                                    

Pregnancy test yang baru dibeli tadi dipandang Raysha lama. Sudah di testkan alat itu. Dua garisan berwarna merah itu membuatkan dia benar-benar teruja. Ya Allah!! Zarif mesti excited!!

Semenjak pulang dari rumah mertuanya, Zarif terus terlelap di atas sofa. Penat sangat lah tu. Lepas dapat lauk yang diidam, muntah lagi. Siapa tak penat? Kesian suami dia, terpaksa gantikan dia untuk morning sickness.

Raysha menuruni anak tangga dengan berhati-hati. Zarif yang berbaring lesu itu didekatinya dengan perlahan-lahan. Kesian suami dia. Penat. Wajah sayu itu ditenung penuh kasih sayang lalu mengucup lembut dahi Zarif.

"Sayang?" Raysha terus terkejut bila Zarif tersedar selepas dia cium dahi suaminya. Dia tersenyum senget. Malu! Zarif bangun dari baringnya dengan perlahan-lahan. Badannya masih lemah dan tak larat.

"Abang pergilah mandi dulu.. Belum solat asar lagi, kan? Dah nak habis waktu dah ni.." tuturnya lembut. Walaupun Zarif sakit, perkara wajib harus ditunaikan. Sakit bukan alasan untuk meninggalkan solat.

Zarif menguntum senyum tawar. Tubuhnya yang semakin lemah membuatkan dia menjadi tidak semangat. Tetapi bila teringatkan dia masih belum menunaikan kewajipan, digagahkan juga dirinya untuk bangun. Raysha memerhati tingkah suaminya yang berjalan dengan amat perlahan. Memang kesian!

Perut yang masih kempis diusap perlahan. Nantilah nak bagitahu Zarif. Mesti dia happy gila! Yeay! Tak sabar!!

*****
"Bob."

"Ya bos."

"Kau ada tugas untuk esok."

"Apa dia bos?"

"Culik dia." sekeping gambar ditunjukkan kepada Bob. Bob mengangguk laju sebelum beredar dari situ. Dia harus mengaturkan strategi untuk menculik orang yang diarahkan oleh bosnya.

"Zarif.. Zarif.. Kau jangan harap kau dah bahagia, kau akan bahagia selamanya.."

"Selagi aku tak dapat kebahagiaan aku, jangan harap kau boleh bahagia! Hahahahahahahha!" dia mengilai dengan kuat. Pontianak versi lelaki. Dia ketawa puas. Tak sabar nak hancurkan hidup Syed Zarif Adha. 😈😈

*****
Zarif menuruni anak tangga dengan laju. Raysha yang melihat terus menjerit kecil.

"Ehhh abang!! Turun lah leklok! Nanti jatuh kan!!" Zarif tak endahkan bebelan Raysha malah terus melompat saat tinggal dua tangga saja lagi untuk dipijak. Yuhuu! Best!

Dia mendekati isterinya yang masam mencuka itu sambil memeluk pinggang Raysha dari belakang. Diselitkan rambut panjang Raysha yang dibiarkan lepas itu ke belakang telinga Raysha. Raysha mendiamkan diri. Geram dengan suaminya yang tak hiraukan langsung orang duk risaukan dia!

"Sayang masak apa? Abang lapar.." soalnya manja. Dia masih lagi memeluk pinggang Raysha walaupun Raysha sedang bergerak ke sana sini.

Raysha mengundur ke belakang dan melepaskan tautan tangan Zarif di pinggangnya. Dia rimas. Zarif ketawa kecil dengan tingkah isterinya itu. Comel!

Tapi setakat mengundur macam tu, masih boleh dipeluk, kan? Dia mendapatkan Raysha semula dan memeluk Raysha kembali. Dia menyerang kedua belah pipi gebu Raysha bekali-kali. Digomol dan dicium sepuas hatinya. Hahaha!

"Arghhh!!" Raysha menjerit. Terkejut Zarif lalu melepaskan Raysha. Risau juga kalau Raysha terkena pisau ke apa.

"Kenapa ni sayang? Kena pisau? Okey?" Raysha menjeling. Dia menyembunyikan tawanya. Kelakar la pulak! Tahu takut!

"Taklah. Ada haiwan serang saya tadi. Dia cium pipi saya! Geli tau!" Zarif mengangguk ohh. Panggil aku haiwan?

"Yeke sayang? Abang tak nampak pun. Haiwan apa?" soalnya lagi untuk melayan kerenah Raysha yang nakal itu.

"Hmmmm... Haiwan tu takdek nama! Tapi dia besar!! Ada misai sikit! Badan pun besar! Macam Zul Ariffin! Tapi kecik sikit! Tapi saya tak suka dia! Sebab dia selalu tak dengar cakap saya!" omel Raysha nakal. Sengaja mahu mengenakan suaminya sekali-sekala. Heheh.

Pipi kananya dicubit kuat oleh Zarif. Terjerit kecil dia. Ingatkan apalah isterinya ni! Rupanya sengaja nak kenakan dia!

"Auwhhh!!! Saakkiitt!!!" Terjerit-jerit Raysha mengaduh kesakitan. Zarif tidak melepaskan dia, dia memeluk Raysha dan menggeletek Raysha pula.

"Abangg!! Jangan!! Sakitlah!! Geli!! Kesian baby!! Dalam perut!! Abang!!" Zarif terdiam apabila Raysha tersebut baby. Terhenti semua tangannya dari terus menggeletek Raysha. Raysha terdiam dan menundukkan wajah. Ahh! Baru nak suprise! Tersasul pula!

Zarif mengangkat wajah Raysha untuk memandangnya. Dia mencari anak mata hazel Raysha dan merenungnya dengan pandangan yang penuh kasih. Sejurus itu mahu mencari kepastian. Betul kah apa yang didengarinya?

"Now.. Tell me. Baby? Dalam perut? Are you pregnant, darling?" soal nya bertalu-talu. Raysha masih diam. Tapi bila Zarif mula mendesaknya dia akhirnya terpaksa berterus-terang.

Raysha menghela nafasnya berat.

"No.. Saya tak pregnant.." bulat mata Zarif. Kecewa? Mungkin.

"Betul ke ni? Habistu? Benih abang tak melekat lagi ke?" soalnya dengan nada penuh kecewa. Hampir tergelak Raysha namun pantas dikawalnya.

"Tapi.. Saya mengandung!! Hehe!!" Zarif menarik Raysha kedalam pelukannya. Dia mendukung Raysha dan berpusing sambil meloncat gembira. Berita ini.. Yang hendak didengari oleh dia, sebagai seorang suami.. Setiap insan yang bergelar suami menanti berita yang gembira sebegini! Begitu juga Zarif! Tak terkata rasa bahagia di dalam hatinya! Dia bakal menjadi ayah! Soon!! Yeayyy!! Terima kasih Allah!!! Atas rezeki mu ini!!

Raysha turut ketawa gembira. Dia berasa amat bahagia apabila suaminya bahagia dengan kehadiran cahaya mataa sulung mereka ini. Sebuah anugerah yang sangat istimewa.

Zarif mencium pipi Raysha bertalu-talu. Beralih pula pada dahi, hidung bibir, dagu! Semua dia nak cium! Tak tahu macam mana nak ungkapkan rasa bahagia dalam hatinya! Daddy to be soon?? Oh my god!

"Sayang.. Terima kasih.. Terima kasih sebab mengandungkan anak abang.. Dah berapa bulan? Abang happy sangat.." ujar Zarif dalam nada yang gembira. Tak terkata rasa bahagia di dalam dirinya. Hampir menitis air mata lelakinya. Teruja sangat ni!

"Abang.. Ini rezeki abang.. walau apapun terjadi, saya memang akan kandungkan anak abang, anak kita.."

"Tak tahu lagi berapa bulan.. Ingatkan nak pergi cek nanti. Sebab abang dah sihat kan.. Abang nak masuk kerja, kan? Lepastu baru ingat nak suprisekan abang.. Tapi saya sendiri yang suprise bila tersasul tadi.. Hehe.." jelas gembira riak wajah Zarif. Bakal menjadi seorang ayah. Bakal mendapat anak pertama mereka.. Bukti cinta mereka berdua.. Anak itu..

"Haha.. Tak apa.. Abang dah cukup suprise dah.. Terima kasih sayang.. Abang janji abang akan jaga sayang sampai ke syurga.. Sampai bila-bila, sayang akan selamat di bawah jagaan abang.. Nak pergi cek ke? Abang ikut, okey?" Raysha tersenyum bahagia. Dia merasakan dirinya dihargai. Sangat dihargai.

"Tak payah lah abang.. Abang pergi kerja okey? Dah lama abang tinggal.. Nanti kerja berlambak abang jugak stres.. " Raysha memujuknya dengan lembut. Nanti kesian Zarif stres sebab kerja banyak.

"No! Abang nak teman sayang!" aduhai!! Dah keluar dah perangai kerek dia tu! Apalah suami aku ni!

"Abang!! Kenapa susah sangat abang nak dengar cakap saya??" Raysha menyentuh lembut dada Zarif. Kepala masih mendongak memandang wajah suaminya dengan lembut. Zarif menghela nafasnya berat.

"Awak tu tanggungjawab abang. Abang berhak nak teman awak ke mana sahaja.. Pasal kerja tu tak pe.. Ramai orang boleh urus. Tapi kalau terjadi sesuatu dekat isteri abang yang satu, ni? Takde yang boleh gantikan tempatmu, sayang.." awhh!! Romantiknya! Dalam kerek pun ada manisnya!

Raysha memeluk dada suaminya erat. Ini yang semakin hari semakin sayang.. Suami.. Suami.. Kenapalah perlu menjadi romantik? Walaupun kerek, tetap romantik.. Eee sukanya!!

Boleh tak kalau nak saya update chapter seterusnya, lepasni korang kena baca dulu novel terbaru saya, baru saya update, hehe.. Kalau tak saya tak mau update. Majuk! 😁😁😁

I LOVE YOU MR. KEREKWhere stories live. Discover now