BAB 10 : Lihat

112K 1.9K 41
                                    

Media : Outfit Keisha

Sinar mentari sudah menyinari bumi Malaysia. Deruan penghawa dingin terlebih dahulu menyapa telinganya sebelum mata dibuka luas.

Keisha pandang sekeliling. Seperti di dalam bilik. Tapi bukan malam tadi dia dekat ruang tamu ke ? Fikiran itu hilang apabila kejadian malam tadi menyinggah di kepalanya.

Keisha senyum bahagia. Lepas ni goda Aiden jelah biar dia terseksa.

Keisha mula bangun dan jam di dinding dipandang sekilas. 7:15 pagi. Masih awal untuk Aiden ke pejabat. Adakah dia masih di dalam biliknya ?

Keisha tolak selimut tebal yang menutupinya tadi. Dengan masih berbaju tidur dan rambut yang agak serabai Keisha menuju ke bilik Aiden yang terletak di hadapan biliknya.

Dengan selamba pintu bilik itu dibuka. Nasib baik tidak berkunci. Keisha melihat keadan bilik itu. Sangat kemas , padanlah dengan perwatakan Aiden yang agak cerewet dengan kebersihan.

Mendengarkan bunyi air pancuran di dalam bilik air , tahulah dia yang Aiden sedang mandi. Muncul satu idea nakal.

Paip air ditutup. Tuala yang tersangkut diambil lalu Aiden mengelap tubuh basahkan. Terasa segar. Tuala dililit pada pinggang sebelum Aiden meraup wajahnya dan membuka pintu bilik air dibuka.

Selangkah dia berjalan , masih tiada apa-apa. Langkah kedua dia sudah terkejut. Mahu luruh jantungnya melihat Keisha yang sedang enak baring di atas tilamnya.

"Keisha." Suara itu sedikit keras. Aiden menghampiri Keisha.

Niat mahu mengejutkan Keisha terbantut apabila dia melihat batang kaki panjang milik Keisha yang terdedah sepenuhnya di hadapan Aiden. Yang lagi membuatkan Aiden telan air liur lagi baju tidur paras peha itu terangkat sehingga nampak perut mulus Keisha.

Dalam masa itu Keisha sedang memeluk bantal peluk Aiden. Cuba bayangkan macam mana ? How sexy she is ?

Berkali-kali Aiden telan air liur. Bila masa Keisha masuk dan kenapa dia nampak seksi sangat ni. Dia kelihatan seperti lelaki gatal ketika ini.

Lama Aiden merenung kaki itu. Ditahan gelora nafsu yang datang. Memang Keisha sengaja.

"Keisha bangun." Ujar Aiden keras. Fikiran yang menerawang jauh dilupakan. Cukup sekali hati aku dipermainkan.

"Hm.." Mata dibuka perlahan lahan. Sengaja mahu dilihat seperti baru bangun tidur. "Eh awak dah habis mandi."

Keisha bangun dari perbaringan dan duduk. Bajunya yang memang dia sengaja angkat dibetulkan.

"Bila masa kau masuk ?" Aiden sudah berdiri sambil bertanya dingin. Dia menghampiri closet dan mencari kemeja putih bersama kotnya.

"Awak nak sarapan apa ?" Keisha abaikan soalan Aiden tadi. Dia menukar topik.

"Aku sarapan dekat pejabat. Hari ni aku balik lewat jumpa client , jangan tunggu." Tegas suaranya disitu. Entah kenapa hati Keisha dirundum kesakitan sedangkan dia tahu Aiden memang begitu ?

Malam tadi , Aiden melayannya. Nafsu cinta yang terbit malam semalam dirasakan sesuatu yang baru bersama Aiden. Teringat pelukan hangat Aiden pada tubuhnya.

Tapi kenapa pagi ini sikapnya begini ? Seperti tiada apa apa yang berlaku semalam ? Dia sudah lupakah sentuhan Keisha ? Banyak sebenarnya perkara yang bermain di fikiran gadis itu tapi dipendamkan sahaja.

Dalam hati Keisha semakin bertekad , tekad mahu goda Aiden habis habisan !

"Hei aku cakap ni dengar tak ?" Sergah Aiden apabila isterinya seperti berkhayal perkara lain.

Goda Mr. PhilophobiaWhere stories live. Discover now