#PROLOG .

11 1 0
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Enjin Kawasaki Ninja ZX-11 dimatikan. Pandangan dilemparkan ke arah pantai yang indah terbentang meluas melalui kaca helmet yang masih terpakai kemas di kepala. Dia mengambil langkah kecil untuk menikmati permandangan secara dekat. Dia memijak pasir pantai yang putih bersinar akibat pancaran suria petang. Dia mengambil tempat untuk duduk di atas sebuah batu besar yang kebetulan berada di situ. Helmet Skully ditanggalkan dan dipeluk erat di atas riba. Tanpa disedari , dia tersenyum sendirian.
                 ‎

Pantai.

Entah mengapa dia sendiri tidak tahu , tetapi dia sering datang ke pantai untuk menenangkan hati yang resah. Hampir setiap petang dia akan ke pantai. Baginya pantai adalah tempat yang tenang dan damai. Biarpun tidak seindah di negara luar tapi sebenarnya ianya sama. Tiada beza. Indahnya tiada tandingan kerana semuanya adalah ciptaan Tuhan yang Maha Besar.

           Helmet masih berada di riba, langsung tidak terfikir untuk ditinggalkan. Angin sepoi-sepoi bahasa bertiup lembut sungguh mendamaikan seakan menghembus segala kerisauan di hatinya tika itu.

Menarik.

          Matanya tertarik akan gelak tawa riang kanak-kanak yang sedang menikmati kegembiraan bersama keluarga mereka. Air laut yang sejuk langsung tidak dipedulikan. Pastinya mereka gembira dapat merasai keindahan berkeluarga. Dia menoleh ke arah pantai yang mula berubah warna tanda senja bakal tiba. Sekali lagi dia tersenyum.

Di sini dia mendapat tenang.

       Unik. Mungkin Tuhan menciptakan pantai bukan sekadar untuk mempamerkan kebesaran-Nya akan tetapi untuk sang hamba mendapatkan ketenangan dan menikmati alam ciptaan-Nya. Dia memejamkan mata sambil menikmati bunyi ombak membadai pantai ibarat muzik alam yang sedang dimainkan. Alunan segar yang damai.

          Mindanya mula memainkan semula segala mimpi yang sering dia alami. Seperti suatu petunjuk akan kisah silamnya. Mungkin lebih kepada memori-memori lampau.

Entah mengapa di setiap mimpinya pasti wajah seorang pemuda yang sama terpamer di ruang mindanya. Pemuda itu tersenyum  ke arahnya. Namun, mukanya masih kabur. Sungguh biarpun dia tidak mengenali individu misteri itu namun dia seakan rindu akan insan itu. Rindu yang hanya dia dan Tuhan sahaja yang tahu seksanya.


(Flashback!)

"Dah tahu dah. Mesti kau ada kat sini."

"Macam mana kau tahu aku ada kat sini?"

"Aku tahulah. Aku bukan baru kenal kau semalam. Tahu sangat, setiap kali kau ada masalah , mesti kau pergi pantai."

"...Poyo."

(End of flashback!)




            Sambil otaknya mengimbau kembali mimpi dia bersama insan tersebut, semakin lama, segalanya semakin jelas umpama kepingan jigsaws puzzle yang disusun untuk membentuk suatu gambaran. Mimpi yang dia dapati itu bukan sekadar mimpi biasa. Dia begitu pasti sekali.

Tiba-tiba dadanya terasa perit seperti ada sesuatu yang menekannya. Tapi rasanya seperti dari dalam.

Hati?

Rindu, bisik hatinya.

Rindu?

Kenapa aku rindu dia?

Siapa dia sebenarnya?

Beribu persoalan bermain di mindanya. Serabut.




"Adam?" tegur seseorang.

          Tersentak. Fikirannya kembali ke bumi. Pantang baginya apabila ada yang melihat dirinya yang sedang serabut. Tidak mahu egonya tercalar akibat dilihat melayani perasaan sendiri. Lagi-lagi sedang dia duduk menghadap pantai. Jiwang betul.
  
            Dia menoleh ke arah punca suara itu. Adam mengangkat kepala.

Terpana.

          Seorang wanita berkulit cerah , bertudung labuh , berpakaian jubah yang berwarna aqua blue sedang tersenyum ke arahnya. Sekali pandang hatinya mendapat ketenangan. Wanita itu masih tersenyum seakan mengenalinya.

"Ni Adam kan?" wanita itu menyapa lagi. Senyuman masih tidak pudar.

           Adam hanya memberikan pandangan dengan penuh hairan. Otaknya cuba mengecam wajah wanita yang sedang berdiri di hadapannya ketika itu. Adam bingkas bangun dan berdiri menghadap wanita itu.

"Macam mana kau tahu nama aku?" soalnya hairan.

"Saya Syarha. Fatimah Syarha." wanita itu memperkenalkan dirinya.

Adam hanya mengerut dahi dan hanya berdiam diri.

"Awak dah lupa ke? Kita kan kawan satu universiti dulu." 

". . . "





- end of prolog -

-------

Assalamualaikum dan hello!

Thanks sudi baca cerita saya yang tak seberapa ini. Kalau sudi, tinggalkanlah komen. Saya tak gigit jari awak pun. Hehe. Manalah tahu melalui komen anda semua, saya boleh edit cerita ini agar lebih menarik! Thx and have a nice day! :3

Jika Ini Takdirku.Where stories live. Discover now