#BAB 2.

4 1 0
                                    

"Biar betul ni wey

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Biar betul ni wey."

"Apa yang biar betul?"

        Mereka saling berpandangan. Adam menghela nafas sambil mengalih pandangan ke arah skateboard yang berada di tangannya. Kurang yakin dengan apa yang baru keluar dari mulut Khai.

Muka nampak macam suci, tapi boleh jadi jugak penipu besar dia ni.

"Manalah tahu dengan main skateboard ni, ingatan kau boleh kembali. Belum cuba belum tahu." kata Khai sambil keningnya sengaja digerakkan.

"Kalau kau nak tahu. Dulu kau champion tau." tambah Khai lagi.

         Adam hanya memandang sepi ayat Khai. Seperti kurang percaya. Tetapi mungkin ada kebenarannya.

        Melihat Khai yang sudah beria mahu memulakan gerakan dengan papan luncurnya, Adam bingkas bangun. Skateboard sudah terletak, hanya menunggu untuk diluncurkan. Dia hanya berdiri bagi mengumpul keberanian.

        Adam menarik nafas dalam-dalam sebelum dihembus perlahan.

"Cepatlah, Adam. Tercegat macam tiang tu dah kenapa?" laung Khai dari jauh.

        Adam mengerut dahi. Tangannya dilempar seluasnya ke sisi bagi mencari keseimbangan. Khai yang sedang khusyuk bermain dengan papan luncurnya terhenti apabila terlihat gelagat aneh Adam. Macam budak baru belajar berjalan tapi lagi pelik dari itu. Hampir saja Khai ketawa terbahak-bahak namun masih mampu dikawal. Untung saja port lepak mereka ini jauh daripada orang ramai biarpun berdekatan dengan taman rekreasi. Kalau tidak, buat malu orang saja.

"Dah macam penguin aku tengok kau ni

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Dah macam penguin aku tengok kau ni." tegur Khai.

"Diamlah." balas Adam. Mukanya serius.

"Jangan marah, bro. Pratice makes perfect. Takde siapa buat sekali terus expert." 

"Tadi sembang, katanya boleh kembalikan ingatan lah apa lah. Mengarut. Aku tak rasa benda ni membantu. Lagipun, aku rasa aku kena start belajar dari mula."

"No hal. Aku boleh ajar. Tapi kena bayar lah. Aku tak ajar free-free gitu je." Khai berseloroh.

"Maju lu sini, Khai."

       Khai ketawa dan diikuti dengan Adam. Biarpun sebenarnya dia baru kenal dengan Khai sewaktu di hospital namun dia sudah pun selesa untuk berinteraksi seperti sudah lama berkawan. Itu yang membuatkan Adam mempercayai Khai apabila dia mengaku sebagai rakan karibnya.

--------

"Aku nak pergi kedai jap. Beli air." kata Khai kepada Adam yang sedang duduk sambil matanya khusyuk memandang skrin telefon pintarnya.

"Belikan aku.."

"100plus?"

"Tak. Aku nak suruh kau belikan susu Dutch Lady yang ada gambar Ironman tu.. Haha."

"Kelakar."

          Adam hanya tersengih melihat Khai berlalu pergi sambil menggelengkan kepala. Adam bangun dari tempat duduknya. Dia memandang sekeliling. Dia baru tersedar yang taman rekreasi itu sudah pun dipenuhi orang ramai. Adam menjeling ke arah jam tangan miliknya. Ia menunjukkan hampir pukul 6 petang. Patutlah. 


"Abang, tunggulah adik!" Kedengaran seorang budak lelaki bersuara.

          Adam menoleh ke arah suara itu.

 
          Rupanya suara itu milik seorang budak lelaki yang berusia 5 ke 7 tahun mungkin kalau diikutkan faktor fizikalnya. Dia sedang mengejar seorang lagi budak yang berada dihadapannya. Mungkin itu yang dimaksudkan dengan 'abang' yang dijeritkan tadi.

"Kau ni lambatlah." kata abangnya.

          Sesuatu seperti menyambar dalam kepala Adam. Kepalanya perit. Dia mengerang kesakitan mengakibatkan skateboard yang dipegangnya tadi jatuh ke tanah.

"Adam."

"Jangan panggil aku Adam. Aku tak suka!"

        

            Adam seakan dapat mendengar suara seseorang memanggil namanya. Seorang lelaki. Namun wajahnya kabur.

Siapa kau, desis hati Adam.

           Adam cuba untuk mengingati wajah individu misteri itu mengakibatkan kepalanya bertambah sakit. Sakit yang teramat.

      
          Muka cerah Adam berubah merah. Kepalanya berpinar.

"Are you okay sir?" soal seorang gadis yang kebetulan lalu di situ. Risau melihat Adam yang kesakitan.

          Adam mengangkat wajah.

"Ah, yes. I'm okay." balasnya perlahan.

"Are you sure?"

"Yeah."

        Adam senyum.

      
        Gadis itu membalas senyumannya sebelum meninggalkan Adam.




"Amboi, baru tinggal sekejap. Dapat awek pulak dahh.." tegur Khai.

          Tersentak Adam dibuatnya. Dahinya berkerut memandang Khai.

"Apasal pandang aku macam tu?"

"Kau dah lama kan kawan dengan aku?"

          Khai mengangguk.

"Aku ada soalan nak tanya kat kau." 

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 16, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Jika Ini Takdirku.Where stories live. Discover now