cerpen-aduhai mijah

5.9K 140 10
                                    

Mijah atau amizah binti amin.umurku27 tahun,aku tinggal dikampong sungai ketil.kerana badanku sedikit berisi aku dipanggil mijah chubyy.aku tak marah tapi jangan silap panggil mijah b*b*,yang tu aku marah.aku ada kawan baik, namanya suhana, orangnya tak chubby tapi cantik berkulit hitam manis.kulit aku cerah sikit dari dia.tapi suhana dah bertunang dengan jiman, atau nama betul dia dia fauzi bin azman tapi depa panggil jiman.short cut kot.
  Kat kampong ni juga ada musuh ketat ku namanya fauzan abang pada jiman,digelar jizan...nasib baik bukan jozan,bukan apa, takut dia perasan.dah 3 tahun jizan sambung belajag kat maktab perguruan sultan idris,atau upsi. Aku dan suhana pulak jadi cikgu tadika kemas.murid-murid panggil aku cikgu chubby, suhana pula cikgu keding,tahan jer la telinga budak-budak kan.suhana nak kenduri dah bulan depan.kata suhana jiman gatai sungguh pi buat loan dengan koperasi tentera,eh..lupa nak cakap jiman ni tentera laut.kata suhana jizan balik time adik dia kahwin nanti.dengar kata nak bertunang dengan pilihan hati, orang kampong ni juga.rasa aku mungkin rosilawati kot,sebab depa belajag tempat sama.
Lepas suhana kahwin nanti confom mak aku mandrem aku suruh kahwin.aku ni bukan tak nak kahwin tapi takut.orang lelaki dok sebelah aku pun aku takut, macamana nak berlaki.aku fobia bersebab,dulu masa aku kecik ada orang lelaki kurang siuman kejar aku sampai aku kena demam panaih seminggu.tahu apa budak lelaki tak betul tu cakap,dia kata aku montel sangat nampak macam teddy bear rasa nak peluk jer sampai tidur.ada ka patut.
tapi hanya seorang lelaki jer aku tak tak takut nak bergaduh, jizan aka fauzan bin azman.aku pernah tumbuk jizan tapi dia tak balas balik pun, dia cuma cakap macam ni" tak pa my sweet chubby,nanti bila kau besag aku balas balik"ucapnya sinis.alahh aku tak takut pun walaupun badan dia tinggi macam galah,aku pendek cam bonsai kutuk dia kat aku haishhh.
Hari ditunggu dah tiba.suhana cantik sungguh walaupun kulit macam buah manggis,duduk sebelah jiman dah macam taik cicak.jiman kulit macam aku tapi jiman rendah dari jizan dan badan berisi sikit.jiman minat kat suhana dari kecik lagi.suhana ni lembut orangnya.allhamdulilah kahwin juga depa.
Masa aku duduk bawah khemah nak makan, aku nampak jizan dok makan dengan  wati, nampak macam loving couple.jizan berbual mesra dengan wati,tanpa diduga jizan mengangkat kepalanya dan melihat aku,dengan satu renungan yang tajam.takut punya pasal terus aku tunduk, cepat-cepat aku habiskan nasi.selesai makan aku bangun dan meletakkan pinggan dan cawan kat dalam besen.baru nak basuh tangan ada tangan lain pulak potong jalan hampehhh...
"hai sweet chubby rindu aku,makin chubby kau ye, dapat kat aku, aku gigit siang malam,geramm" bisiknya penuh kegatalan tahap gaban. Aku mengetap bibir"otak kau kotor, kahwin ler" jawabku sinis.dia makin dekat denganku "aku memang nak kahwin dah"bisiknya kemudian berlalu.
seminggu lepas kenduri suhana, mak aku cakap ada orang masuk meminang.mak aku dah terima, bertunang sebulan lepas tu kahwin.kata mak aku, tunang aku tak datang sebab dia dok jauh. Mak saudara dia ja mai bawa sirih pinang dengan cincin tanda.
Aku tak pernah jumpa lagi tunang aku, mak kata dia kenal dan berkenan pulak.aku cakap kat mak, mak berkenan mak kahwin la dengan dia, mak marah luku kepala 3 kali...adoii bodoh seminggu nih.
Semua persiapan mak aku dan mak sedara tunang aku buat,aku tak ambik port.cincin nikah aku tak nak,aku nak rantai leher jer, tu kami tak payah jumpa.aku redha ja la,lagipun aku masih fobia.
Hari yang ditunggu pun tiba,ramai sungguh,maklumlah mak aku ni janda anak sorang,bapak aku dah lama tak ada,kalau ada tak adalah aku jadi anak tunggal, berderet punya sebab mak aku mengandung kat aku bunting pelamin.
Suhana mai kat bilik aku,"mijah...kita akan jadi biras mijah"bisik suhana.belum habis suhana cakap kami disuruh keruang tamu untuk majlis akad nikah.aku tengok haji azman bapa jizan dan jiman, ada kak faridah kakak sulong depa, dan juga mak cik siti mak depa.aku pandang yang duduk berdepan dengan kadi,tak berapa clear.namun bila ku dengar suara serak-serak basah dan saksi mengatakan sah baru ku tahu siapa suamiku.
Bila dia datang padaku dengan tersenyum terasa bergegar jantung ku, bila dia mencium dahiku dan berbisik"selamat datang sayangku kesyurga dunia kita, dan abang akan kotakan tiap janji dulu,jizan hanya untuk mijah my sweet chubby" bisiknya penuh agenda.dan lepas tu aku dah tak dengar apa-apa...last yang ku dengar mak cakap aduhaiii mijahhh...awat pulak ni...yang kurasa jizan memelukku...

### ada part last....ni cerpen cuci otak..hahaha

Aduhai Mijah(tamat)Where stories live. Discover now