Mijah duduk termenung ditepi sungai.dah hampir sebulan juga dia jadi bini orang.Jizan dah balik perak uruskan hal pertukarannya.Jizan tak pernal cal mijah pun.cuma baru ni su balik cuti,su buka facebooknya ada gambar jizan dan watii berkelah kat ulu paip.mijah kecewa sangat...
Mijah ambil keputusan terima tawaran cikgu habsah pindah ke tabika kemas kat felda trolak. Sengaja dia terima,supaya hati dia tak sakit.dia tak pernah lagi buka fb ka,instagram ka,dia tak minat.emaknya tak tahu pasal tu semua.biarlah mijah malas nak fikir.mak bagitau mak siti mertua mijah,bagitau jizan dah dapat bertukar ke kampung asalnya.mijah cuma diam.dua hari lagi mijah akan berpindah kesana,barulah mijah bagitau ,apalagi mengamuk sakan emaknya.tapi apa daya surat hitam putih dah dapat.mertuanya datang kerumah,dihari mijah nak bertolak.mijah malas nak cakap banyak mijah buka fb tunjuk gambag jizan dok berkelah,siap pegang tangan derrr..apa cerita.terlopong mak siti aka mertuanya.tak tau nak cakap apa kot.semasa mijah nak start enjin kereta,tiba-tiba kereta jizan berhenti disebelahnya. Dengan muka ketat,jizan buka pintu kereta mijah dan menarik mijah keluar.mijah menjerkah jizan"kau apahal,nak tahan-tahan aku, berambus"jerit mijah. Jizan terkejut bila tiba mijah marah.kemudian mak siti datang pada jizan"apa yang jizan dah buat,sampai gambag ada dalam fb tu, siap pegang tangan bagai,tahu dak jizan halal haram" marah mertua mijah pada jizan.jizan mengeluh sakan,dia merenung isterinya.muka minta penampag,rasa macam nak sepak terjang pun ada, bisik hati mijah.
"Mak jizan tak pegang dia pun,dia pegang jizan,bukan jizan sorang pi berkelah,cikgu lain pun ada jugak"terang jizan kemudian buat muka tapai basi.jizan nak mendekat dengan mijah,cepat-cepat mijah lari masuk dalam rumah,jizan kejar..bammm!!! Mijah tutup pintu...siap kunci lagi.mak siti menggeleng kan kepala,"mijah tu kalau marah,hang hadiah kat dia duit juta-juta pun dia tak layan, hang nak tunggu dia sejuk...hmmm tak tau bila" ujar mak siti" hang tak caya pi tanya mertua hang nun"! Sambung mak siti lagi.
Jizan terduduk disofa depan rumah mertua dia.rasa macam nak tumbuk ja muka watii.ni semua cikgu salim punya pasal, nak ayat wati pun kena pakai posmen.jizan merenung pintu bilik, dalam tak sedar dia terlelap.
Bila dia sedar mertua dia panggil,bangun sembahyang manghrib.bilik mijah masih tertutup."jizan pi masuk bilik,mandi sembahyang,pastu mai makan nasi,mak dah hidang kat meja,mijah dah pi felda trolak tadi,dia bagitau hang dah tau...betui ka?jizan terkelip-kelip kemudian tergeleng-geleng,rasa macam nak menjerit ja...aduhaiii mijah bini aku,dapat aku gigit ja sampai aku puas..."bisik hati jizan.
"Hmm...tau mak"jawab jizan."baguih laa..dia habag dulu kat hang,takut,dia ikut kepala dia jaa..mijah tu kalau mai angin dia hang pun terbang jizan"sinis saja mertua dia berkata.errkk macam tahu ja..aku salah adoii..bisik hati jizan.
Rindu jizan pada mijah,cuti pun mijah tak balik.marah sungguh mijah kat jizan.apa nak buat salah jizan sendiri,yang gatai dok layan wati sapa suruh.
Su balik cuti,dia bagitau kat felda trolak ada cikgu sekolah rendah berkenan dekat mijah.dok minta nombor telefon.jizan tak senang duduk.cikgu habsah balik ambik anak bongsu dia,terus jizan serbu nak alamat mijah.sapa tak sayang bini oii..bukan senang nak dapat mijah.mijah chubby tapi putih gebu...belum rasmi lagi tau..kalau kena sapu dengan mamat trolak teriakk tak berlagu dia.mijahhhhhh...tunggu abang piii...
Jizan sampai depan rumah sewa mijah hampir jam satu petang.terkejut mijah tengok jizan dah macam benggali jual karpet.bulu penuh muka...hahaha..mula mijah ingat nak tempik tak mau beli karpet,tapi bila jizan terus peluk dia,kucup pipi dia...tang lain tak yah bagitau adegan sensor...bahaya..."abang rindu sayang,abang minta maaf,tak cal sayang,abang minta maaf biar wati pegang tangan abang,abang tak de feel pun dengan wati,salim yang suruh abang adjust wati untuk dia..kalau tak caya esok kita jumpa cikgu salim,sumpah demi allah abang tak curang"tegas jizan sambil berdiri angkat sumpah macam tiang bendera.
Mijah tersengeh nak gelak pun ada,teruk sungguh rupa jizan.tu lah pasai gatai lagi...
Malam tu jizan tunggu mijah kat bilik,mijah masuk saja jizan terus peluk.macam teddy bear daa..."hiss apa abang ni dah lah panaih, dok jauh skit" tolak mijah.jizan tersenggeh macam kerang busuk."sayang my sweet chubby,bila kita nak honeymoon,jom laa...sayang,abang belum lagi lalui first night kita,bolehkan sayang" bisik jizan dengan miangnya.mijah rasa macam nak pitam lagi,cepat-cepat jizan baringkan mijah kat kat katil...jizan dah tersenyum penuh makna, mijah pasrah saja...nak menolak berdosa...
12 tahun kemudian
"Sayangg..abang balik,nak makan nasi"jerit jizan.tiba-tiba berlari-lari anak-anaknya uwais,qais,dan umaira,yang kembar sulong masih disekolah.maklum sekolah petang.dua belas tahun kahwin jizan dan mijah dikurniakan 6 orang anak.yang sulong kembar lelaki muiz dan faiz,dan paling bongsu lelaki jugak hmm..umar namanya,baru dua bulan.
"Ehh...abang dah balik,maaf tadi dok susukan umar,"ujar mijah sambil mencium pipi jizan. "Tak pa sayang abang faham,sayang masak tak?tanya jizan sambil tersengeh."masak..tapi simple ja la,gulai, sayur dan ayam goreng"beritahu mijah."ok lah tu sayang,abang mandi dan kita solat,lepastu baru makan" ujar jizan dan terus mengucup dahi mijah.
Malam selepas anak-anak tidur,mijah dan jizan duduk dikerusi batu.jizan memeluk bahu mijah cinta hatinya."tak sangka dah 12 tahunkan, mak pun dah tak ada,tapi allhamdulilah kita sentiasa ingat pesan mak, supaya sentiasa berkasih sayang, moga rumahtangga kita kekal hingga kejannah"bisik jizan perlahan ketelinga mijah dan merenung mata mijah yang berkaca merindui emaknya dan eamak mertuanya yang meninggal dimekah masa pi umrah lima tahun dulu,selepas itu jizan suruh mijah berhenti kerja dan uruskan rumahtangga.
"Sayangggg...abang dah boleh buka puasa kan"tanya jizan macam minta penampag hahaha...mijah merenung jizan kemudian mijah bangun,"baru 60 puluh hari,abang sayanggg, kalau abang nak sayang beranak lagi,boleh buka posa malam ni,tapi kalau bulan depan abang muntah-muntah lagi, mijah tak larat nak jaga abang" ujar mijah sambil mengusap-usap pipi jizan kemudian dada jizan.bila mijah tengok mata jizan lain macam mijah terus blah sambil ketawa ..."aduhaii biniku mijah sayanggg jangan goda abang niii!!! Jerit jizan...jizan terus kejar mijah...hahaha...