28 : Baby shark doo doo doo💕

1.7K 93 26
                                    


First of all..
Araa nak promote satu cerita ni,, baru je pub,, jemputtt lah baca penpik ni~

Life saver • PJM
by
mochijungchim


****

" banyak-banyak penyejuk hati untuk seorang ibu. Semestinya terletak pada anaknya 💕"

••••

Monday
09/03/xx

Sanah Helwah untuk si pipi merah Ongi's Junior 😄👶🎉

Welcome to world si pipi merah 💕

Min Yoongi berjalan masuk kedalam wad diiringi seorang jururawat wanita yang menolak incubator bayi untuk bayi yang baru lahir- anak itu bukan bayi pramatang okay. Seketika matanya mencuri pandang bayinya itu. Memang iras betul akan wajahnya. Sejuk hati memandang. Sekarang dia sudah sah bergelar sebagai seorang bapa jadi dia perlu matang dalam semua hal. Rambut disebak kebelakang sedikit setelah sampai di wad vvip yang namanya tertera pada pintu. Perasaan teruja mula membuak-buak dalam dirinya. Mahu berjumpa dengan kesayangan semestinya gembira. Setelah menerobos masuk ke dalam wad vvip yang diminta khas oleh Min Yoongi sendiri. Udaranya nyaman kerana Ada pelembab dalam bilik wad ini.

Iyalahh, untuk bayi semestinya perlukan udara yang sihat. Choi Jieun yang melantarkan diri di katil mengalihkan pandangan kearah pintu dengan riak wajah yang teruja melihat bayi perempuan nya datang kepadanya walaupun wajahnya sedikit pucat, mungkin masih letih.

Kemudian anak matanya beralih
pada Min Yoongi yang berjalan
seiring dengan incubator bayi itu. Senyuman tipis dihadiahkan kepada Min Yoongi. Terasa segar bugar mata Choi Jieun apabila wajah-wajah kesayangan nya terpampang di hadapan mata.

Seakan-akan semua
penatnya hilang dengan
sekelip mata.

" Puan,, bayi puan perlukan haba daripada badan si ibunya. Jadi hanya buka selimut bayi ini dan diletakkan diatas dada Puan dalam beberapa puluh minit. " Ujar jururawat yang berbaju hijau yang mula mengambil bayi yang dibaluti dengan kain tebal. Makin dipejam mata makin mirip dengan wajah papanya Min Yoongi.

[✓][🍀]𝓢𝓾𝓪𝓶𝓲 𝓖𝓾𝓵𝓪 𝓑𝓪𝓽𝓾 + 𝓢𝓪𝓿𝓪𝓰𝓮  ※ ᴍʏɢWhere stories live. Discover now