5: Wedding Day

2.3K 179 39
                                    

Yoora Pov.

Lagi beberapa jam, majlis kami akan dimulakan. Aku memandang cermin dihadapanku. Terasa debaran yang sangat kuat didada aku. Aku mengaku yang aku dah mula sukakan Taehyung. Walaupun dia begitu...

Aku senyum kepada ahjumma yang sedang makeup aku cantik sangat! Ahjumma itu turut tersenyum, lalu menempekkan(?) sedikit blusher ke pipi aku.

"Aigoo, cantiknya kamu ni kalau senyum. Jadi kalau boleh, kamu senyumlah sentiasa ya? Sebab itu charm kamu" Aku tersengih kecil.

"Gomawo ahjumma cakap saya macam tu, ahjumma ni memang orang yang baik." Dia senyum lalu mengusap kepala aku seketika lalu menyambung makeupkan aku.

Setelah 1 jam, akhirnya bahagian makeup dah selesai. Sekarang, aku memakai gaun yang aku beli dengan Kookie oppa itu hari. Ahjumma itu membantu aku memakai gaun itu. Satu benda sahaja yang belum aku urus. Rambut.

Ahjumma itu mula mengikat rambut aku kepada ikat setengah lalu dia menghiaskan rambut aku dengan pelbagai perhiasan. Akhir sekali dia meletakkan vel diatas kepalaku.

Aku pandang diriku dicermin. Mataku berkaca, teremosi pula haha.

"Janganlah nangis, nanti hancur makeup tu. Penat ahjumma buatkan" Ahjumma itu cuba memujuk aku.

Aku mengangguk lalu memeluk ahjumma itu seperti ibu angkat aku. Ahjumma itu menepuk perlahan-lahan menepuk belakang badanku.

Tok tok

Aku dan ahjumma melepaskan pelukan dan memandang pintu.
Omma menjengukkan kepalanya dalam bilik persiapan aku. "Dah siap ke?" Aku mengangguk.

Omma masuk kedalam bilik dan memandang aku dari bawah ke atas. "Aigoo! Cantiknya anak perempuan omma ni! Tak sia-sia omma lahirkan" Aku mencebik. Ahjumma dan Omma ketawa.

"Hahahaha omma gurau je lah, janganlah monyok. Hodoh muka tu ha" Omma menyakat aku lagi. Sekali lagi ketawa mereka meletus.

Eii keluarga aku ni, bagus dapat gelaran 'Suka Menyakat Jeon Yoora'. Aku menjeling omma. Nak merajuk ni! Hmp! Nanak tite tawan omma! Aku memeluk tubuh dan memandang lain.

"Eleh, omma bukannya namchin kamu nak pujuk segala. Tunggulah lepas dah jadi Taehyung punya, kamu merajuklah banyak mana kamu mahu, biar Taehyung yang pujuk" Omma dahlah dengan sakat tu. Sakit hati lak! Dahlah nanti kita tak selalu jumpa dah! T^T.

"Dah siap ke semua?" Appa pula tiba-tiba membuka pintu tanpa ketukan.

Kami semua memandang kearah Appa. "Nae" Ahjumma menjawab bagi kami. Appa senyum melihat aku. "Anak appa dah ready?" Soal appa lembut. Aku memeluk appa kuat.

"Eung, appa ... bogosipda"

Appa membelai rambutku yang panjang. "Appa pun akan rindukan kamu. Jadi isteri yang baik kepada Taehyung okay? Jangan pernah sakitkan hati dia, sekadar gurauan kecil tu masih boleh diterima, tapi jangan lebih. Patuh arahan omma Kim dan Abeoji Kim nanti okay sayang? Sayang mereka macam mana kamu sayangkan keluarga kita ni" Appa masih lagi berlembut. Aku mula terasa hiba. Kelopak mata dah penuh dengan air yang ditakung.

"Eung, sayaaaaang appa!" Aku cium pipinya sekilas. "Dengan omma taknak bagi ke?" Aku melepaskan pelukan dan memandang omma. "Taknak omma jahat" Aku menjelirkan lidah. "Yooraaa!" Tegas suara appa melihat aku begitu. Aku menunduk.

"Mian"

Aku memeluk pula omma lalu mencium pipinya sekilas.

"Dah kaja, majlis dah nak mula ni" Tangan appa yang suam itu memegang tangan aku. Aku mengangguk dan kami keluar dari bilik persiapan.

SU || Byuntae Childish Husband || KTHWhere stories live. Discover now