14: Memoria | Yay!

1.6K 113 89
                                    

No one's Pov.

Sudah beberapa minggu berlalu sejak mereka berdu-- beramai-ramai honeymoon di Jepun, dan perangai Jeon-- Kim Yoora semakin menjadi-jadi.

Semua yang dia nak mesti dia dapatkan. Kalau dia tak dapat.. perangai dia mengalahkan Taehyung yang terencat ni, tapi seterencat Taehyung pun dia masih boleh berperangai baik walaupun sedikit annoying.

Hengkorang nak tahu tak macam mana perangai dia?

Amaghih aku cerita.

Tersebutlah kisah~ pada zaman dahulu kala~

okay ini semua poyo.

"Yoola.. tu Yonggigi unya" Yoongi cuba menarik barang permainannya daripada Yoora tetapi Yoora mengelak dan segera berlari kebelakang Taehyung.

Dah tahu badan tu besar masih nak sembunyi kat badan Taehyung yang kurus tu deyy -_

"Silheo! Yoora nak pinjam! Jap je, kejaaaaaap je. 0.5 saat! Yaksok!" Yoora mula duduk diatas lantai dan melunjurkan kakinya kehadapan. Roket yang dibina oleh Yoongi sendiri, Yoora perhatikan dengan teliti.

"Noona, apa tu?" Soal Taehyung melihat roket dipegangan Yoora.

"Benda"

Taehyung mencebik.

"Tae tahilah tu benda tapi apa tu?"
Taehyung sekali lagi mencuba nasib untuk bertanyakan hal yang sama.

"Roket"

Taehyung turut perhati roket binaan Yoongi tu. Kedua-dua lututnya dia peluk.

"Noona nak main~"

Yoora pandang Taehyung sambil mengjongketkan sebelah keningnya.

"Main apa?" Yoora berdiri lalu memberi Yoongi roketnya semula.

Taehyung mencebik, baru nak main roket tu.

Yoora bergerak ke arah Jimin pula, patung chimmy yang berada dalam pelukan Jimin, Yoora rampas tanpa belas kasihan.

"Yoo-ra, j-ang-anla-h am-bil t-tu pa-tung ke-sa-ya-ngan ch-im" Jimin memuncungkan mulutnya ataupun pouty.

Yoora menghiraukan Jimin lalu duduk berdekatan Taehyung semula.

Patung itu diperhatikan betul-betul, dari telinga dia, hoodie yang patung tu pakai dan kaki dia. Yoora memegang kedua-dua tangan patung itu lalu patung itu cuba dibuat dia berjalan, lagaknya patung itu hidup.

"Lalalala, hai! saya chimmy, nama awak siapa?"

Taehyung tersengih. "Hai chimmy! Saya Taehyung--"

"Saya bukan main dengan awaklah" Yoora menjeling Taehyung, dia membuat patung itu berjalan semula ke arah Jimin.

"Lalalala, huaa cuaca hari ni baiklah! Eo? Hai tuan chim!" Yoora membuat tangan patung itu melambai kearah Jimin.

Pout Jimin semakin panjang.

"Chim-my t-ak sa-yang ch-im" Jimin memeluk tubuh memandang lain.

"Eh, mana ada. Chimmy sayang tuan Chim!" Patung itu memeluk lengan Jimin.

Jimin tersengih lalu memeluk patungnya.

Yoora perhati sahaja patung itu dan Jimin berpelukan. Tiba-tiba perutnya rasa memulas. Tekak rasa loya.

Dia segera berlari kearah singki dapur dan memuntahkan segala yang dia makan tadi. Taehyung kelip matanya beberapa kali lalu mendekati Yoora.

Yoora mula menangis apabila tak tahan bau muntah tu serta rasa perit dekat tekaknya kuat.

SU || Byuntae Childish Husband || KTHWhere stories live. Discover now