Bab 1

88 1 0
                                    

Aku cuba datang ke hatinya
dengan 1001 usaha..
Tetapi..
Orang lain datang dengan satu benda
Yang dinamakan 'rupa'

'Aku tersingkir'

_

___________________
______________

"Ya Allah. Indahnya ciptaanMu" Nur Sauqinah Innirah tersenyum sendirian. Dia bersembunyi di sebalik dinding putih sambil kepalanya terjenguk-jenguk keluar mencuri pandang seseorang yang tidak jauh dari tempat dia sembunyi.

Seseorang itu sedang rancak berbual dengan dua sahabatnya, tanpa dia sendari yang dirinya diperhati dalam diam.

"Haih.. Kalaulah dia pun suka kat aku kan best" Irah mengeluh, dia menyandarkan tubuhnya di dinding putih itu dengan mata terpejam.

"Woit!!!."

"Oiii!! Mak kau kawin lari!!!" Terlompat tubuh Irah, dadanya yang berombak hebat digosok perlahan. Membulat matanya melihat Nisa yang sudah pun tersengeh di sebelah. Geramnya aku!

"Kau nikan, nak bagi aku gol ke apa?" ujar Irah geram. Tak sayang kawan betul minah ni.

"Hehe! Sorry lah beb, kau asal? Terjenguk-jenguk? Aku perati je kau dari tadi. Hah! Kau skodeng anak teruna orang eh?" tanya Nisa sambil keningnya ternaik sebelah dengan sengihan di bibir.

Irah mencebik, ingat cantik ke buat muka macam tu. Huhh! Kacau daun betul lah minah senget ni. Irah membetulkan tudung putih sekolahnya yang sedikit senget. Sebab Nisa lah ni, tak reti nak bagi salam. Nasib aku tak melompat keluar tadi. Kalau tak naya lah aku. Malu wei! Tak pasal² encik crush ternampak aku melatah. Huhh!

Nisa hanya diam, menunggu Irah menjawab pertanyaannya tadi. Tapi malang! Gadis itu berura-ura mahu pergi meninggalkannya. Membulat mata Nisa dengan perilaku selamba Irah itu. Amboi! Minah ni, dia tak jawab lagi soalan aku.

"Eh... Kejap!! Kejap!!" Nisa menghalang langkah Irah, dia mendepakan tangan di hadapan kawannya itu. Dengan muka tidak puas hatinya.

"Apa dia? Aku nak masuk kelas ni. Waktu rehat dah nak habis tahu tak?"

"Kau tak boleh pergi selagi kau tak jawab soalan aku" Nisa berpeluk tubuh. Dia senyum senget bila mendengar Irah mengeluh.

"Soalan mana pulak ni? Cepat lah, kang mengamuk pulak Cikgu Timah nanti, kalau kita lewat masuk kelas"

"Kau buat apa terjenguk-jenguk kat sini?" tanya Nisa

"Skodeng!!" balas Irah sepatah.

"Skodeng? Dah agak dah"

"Dah tahu, kenapa tanya lagi?. Ishh! Dah lah, masuk kelas jom. Layan kau ni, sampai besok tak habis" Irah melangkah meninggalkan Nisa, terkedek-kedek Nisa mengejar langkah Irah di hadapan.

___________________
_____________

Waktu persekolah tamat, berpusu-pusu pelajar keluar dari kelas masing-masing dengan wajah ceria. Bergitu juga dengan Irah dan Nisa, mereka berdua jalan beriringan keluar dari kelas.

"Beb, lepas ni kau tak singgah kemana-mana ke? Ke kau singgah cafe ibu kau dulu?" tanya Nisa

"Entah lah! Tapi aku rasa nak singgah cafe dulu lah. Balik rumah bukan ada apa pun. Alih-alih aku sorang je kat rumah tu. Kenapa kau tanya?"

Irah memandang Nisa di sebelah, sempat dia senyum ke arah pak cik guard sewaktu dia dan Nisa melintas pagar sekolah.

Nisa berhenti mendadak, bergitu juga Irah. Wajah Irah dipandang sambil bibirnya menguntum senyuman.

Dahi Irah berkerut. Dah kenapa pulak tersenyum macam kerang busuk ni?

"Aku ekot boleh" pinta Nisa.

"Cehh! Aku ingat apa lah tadi! Ekot je lah, macam tak biasa pulak" Irah melangkah semula.

"Yes" Nisa melompat girang, dia mengejar langkah Irah.

__________________
_____________

"Assalamualaikum Ibu"

Puan Raudah yang sedang menyusun beberapa cupcake di dalam almari kaca itu menoleh ke belakang. Bibirnya tersenyum sebaik saja melihat Irah dan Nisa.

"Waalaikumsalam" balas Puan Raudah lalu menyambut huluran tangan Irah dan selepas itu Nisa.

"Kak Nija mana ibu?" tanya Irah lalu duduk di sebuah kerusi yang berada di sebelah kaunter pembayaran. Nisa turut mengikut langkah Irah dan duduk berhadapan dengan Irah.

"Ada tu ha kat belakang. Tengah buat cupcake agaknya" Puan Raudah kembali menyambung aktivitnya menyusun cupcake. Bermacam-macam rupa dan berwarna-warni cupcake ada di dalam almari itu. Semuanya nampak mengancam!

"Ouh" Irah mengangguk.

"Sunyi je bakeri ni kan Irah?" tanya Nisa. Kepala ke kiri ke kanan, memerhati segenap ruang bakeri milik ibu Irah itu. Ada beberpa orang je disitu sedang menikmati pesanan masing-masing.

Tiba-tiba mata Nisa terpandang seseorang lelaki berbaju sekolah seperti mereka melalui dinding cermin cafe ibu Irah itu.

Senior Wafiy!

Lama dia perhati.. Sehinggalah......

Pap!!!!

"Adui! Apa ni Irah?" Nisa menggosok lengannya yang ditampar Irah, tak ada angin tak ada ribut. Tertiba je main tampar-tampar ni. Apasal?

"Huhh! Padan muka kau. Mengelamun lah lagi, ishh! Rasa macam bercakap dengan dinding je aku tadi?" Irah merungut.

"Err... Kau cakap dengan aku ke tadi?" tanya Nisa, dia kembali memandang ke tempat tadi. Eh? Hilang dah? Pergi mana eh mamat 'pemes' tu.

"Tengok! Dia buat lagi dah"

"Hehe... Sorry... Sorry! Kau cakap apa eh tadi?" Nisa tersengeh, kepalanya yang bertudung itu digaru. Padahal tidak gatal pun!

"Aku tanya kau. Kau nak minum apa? Nak makan apa? Haihh!" Irah menggeleng kepala. Kawan siapalah ni?

"He.. Macam biasa lah beb. Blackberry Smoothies satu" Nisa tersengeh

"Itu je? Yang lain tak nak?"

"Tu jelah, perut aku kenyang lagi ni"

"Ok" Irah bangkit, lalu menuju ke bahagian belakang cafe.

Beberapa minit kemudian, Irah tiba bersama dulang ditangan. Satu gelas diletakkan di hadapan Nisa dan satu lagi di hadapannya sendiri.

Irah duduk sambil menikmati minuman kegemarannya Chocolate Milkshake. Huishh! Dap eh! Irah memejamkan matanya. Menikmati keenakan dan kesejukan minuman itu. Nisa juga tidak ketinggalkan. Irah membuka matanya, bertembung mata dia dan Nisa. Selepas itu kedua mereka tergelak.. Geli hati dengan perangai masing-masing.

Puan Raudah yang berada di kaunter menggelengkan kepala. Macam-macam je perangai budak berdua ni.

_______________________
_____________

Bersambung....

#Cik_Stalker11

Dia CrushKuWhere stories live. Discover now