I jumpa kerang
I letak tepi longkang
I cakap terus terang
I love you sayang_______________________
______________"Baiklah kelas. Saya nak kamu semua siapkan kerja yang saya bagi" Kata Cikgu Shafiq.
Matanya memandang sekeliling kelas, dan tertacap pada satu wajah yang sedang asyik mengelamun ke arah tingkap.
"Nur Sauqinah Innirah, jauh mengelamun. Dah sampai mana tu?"
Teguran Cikgu Shafiq itu mengejutkan Irah, dia memandang kehadapan. Cikgu Shafiq sedang merenungnya. Aduhh! Satu sengehan diberi.
Satu kelas memandang ke arah Irah yang sudah tersengeh, Nisa di sebelah hanya menggeleng kepala. Mengelamun je kerja Mak nenek ni.
"Sauqinah, saya tanya awak ni? Awak dah sampai kat mana?" tanya Cikgu Shafiq lagi, kali ini nadanya agak tegas sedikit.
"Errr... Errr... Thailand! Eh.. Tak..tak!.. Err.." Irah menggaru kepala.
Beberapa orang pelajar sudah mula tergelak dengan jawaban Irah.
"Uishh! Jauh awak pergi ni. Buat apa situ? bercuti?"
Akhirnya satu kelas ketawa mendengar lawak tak berapa nak lawak Cikgu Shafiq. Cikgu Shafiq merupakan guru kelas mereka, mengajar mata pelajaran BM. Dia merupakan cikgu kesayangan pelajar kerana dia sporting dan pandai mengambil hati pelajar.
Irah hanya menayangkan sengihannya. Malu beb! Geram pun ada. Kena tangkap mengelamun dalam kelas. Nasib lah encik crush kelas lain. Adeh!
"Bertuahlah siapa dapat awak ni, dahlah rajin mengelamun, cantik dan suka travel sana sini pulak tu. Haihh! Untung badan"
Sekali lagi kelas itu riuh dengan gelak tawa. Irah menahan geram. Ishh! Aku lenyek juga Cikgu ni kang, macam orang lenyek pisang buat cekodok tu. Pastu goreng. Uishh! Sedap...
"Dah.. dah.. Berhenti gelak. Nangis Irah ni nanti, Susah saya nak pujuk" Kesian pulak dia melihat wajah Irah yang sudah berubah masam. Hah! Mengelamun lah lagi.
"Sauqinah, Saya minta maaf eh, sebab usik awak lebih-lebih. Jangan nangis eh. Lain kali jangan mengelamun lagi. Nasib baik masa kelas saya, dibuatnya masa Cikgu Timah. Naya awak!" pesan Cikgu Shafiq.
"Yess Boss!" Irah tabik. dia tersenyum. Tak jadi lah nak buat cekodok..hehe.. Ni yang buat dia senang dengan cikgu sorang ni. Sporting tahap terlebih gula... Auchh!
____________________
___________"Wafiy!!"
Langkah Wafiy terhenti, dia menoleh ke belakang.
"Adam?"
Wajah Adam yang keletihan setelah tiba didepannya dipandang. Haih! Lari lah lagi, nak buat marathon konon. Lari kejap je dah semput.
"Ada apa ni?" tanya Wafiy.
"Kau nak pergi mana ni?" soalan dibalas soalan.
"Kau rasa laluan ni ke mana?"
"Kantin"
"So... Aku pergi kantin lah. Dh jom"
YOU ARE READING
Dia CrushKu
Romansa"Aku hanya mampu mencintainya dalam diam, hanya mampu memandangnya dari kejauhan. Apalah dayaku ingin berdampingan dengannya, aku tidaklah secantik ratu sekolah. Yang selalu menjadi perhatian ramai. Aku hanya seorang gadis biasa.. Mencintai Crush ya...