chapter 1

2.1K 41 9
                                    


WARNING:
TYPO BERTERABURAN.
DAN PENULISAN MASIH BURUK🙇🙏
selamat membaca...

AKU hanya manusia biasa,yang lahir daripada keluarga miskin.Ayahku seorang nelayan yang bernama Kizashi Haruno.Manakala ibu hanya suri rumah.Nama ibuku,Mebuki Haruno.

Aku mempunyai seorang adik lelaki yang sangat nakal.Tetapi aku tahu,hati dia baik.Namanya Haruno Konohamaru.Aku juga mempunyai seorang abang bernama Haruno Sasori.Perangainya sebijik macam singa jantan.Are!aku lupa untuk memberitahu namaku..watashi no namae wa....HARUNO SAKURA..

SAKURA POV.

"SAKURA,Tolong kaa-san sekejap!"Nyaring suara ibuku memanggilku.
haiii...baru saja saku nak belajar buat diari.kacau lah kaa-san ni.Umur aku baru 19 tahun.Tetapi aku tidak dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi kerana kesempitan hidup.Bukan sebab aku tak pandai tau!RESULT aku semua flying colours tau!

"Tolong apa,kaa-san?sasori mana?"soalku.
"sasori tolong tou-san di laut.yang kamu itu,terperap dalam bilik buat apa?Ni,tolong kaa-san cuci pinggan yang berlonggok dalam singki tu.Jadi anak dara,kena lah rajin sikit.Ni,terperap saja dalam bilik."seloroh ibu.

"saku baru nak belajar tulis diari la."aku menarik muncung panjang.kakiku pantas bergerak menuju ke singki dan memulakan'OPERASI PINGGAN KOTOR'.

Ibu menggeleng kepala melihat gelagatku.Aku seorang yang ceria.Walaupun banyak musibah yang menimpa keluargaku,tetapi aku tetap ceria dan senyum sepanjang hari.Biarpun niat di hati ingin marah,tetapi aku tetap akan senyum.Mungkin sebab tu adik-adikku amat rapat dengan aku berbanding sasori.

Tiba-tiba aku mendengar dekahan ketawa yang keluar dari bibir Konohamaru.Aku tertanya-tanya,apa la yang kelakar sangat buat si budak itu ketawa.Ibu melihat konohamaru berlari masuk ke dapur.Sisa tawanya masih tidak habis.Aku menggeleng.
"Dah kenapa dengan konoha ni,ketawa macam setan"usikku

"sakura,macam mana aku tak ketawa...tengok,diara siapa entah?Ayat nak atur pun macam budak-budak!

kaa-san!Cuba kaa-san dengar ini,aku lupa nak memberitahu namaku...."Konoha membaca sedikit apa yang aku tulis sambil ketawa.

Ibu menggeleng-geleng kepala.

Lantas konoha menyuakan buku berwarna merah jambu di hadapanku.Mataku membutang.Walaupun tanganku tidak lagi dibilas dan depunuhi dengan sabun,aku cuba sedaya upaya untuk merampas diariku dari tangan adikku.Konohamaru no baka!
Konoha pantas belari mengelilingi meja makan di dapur.Aku cuba mengejar.Habis lantai dipenuhi dengan sabun.

"SAKURA!KONOHA!Sudah-sudahlah itu!Kamu berdua ini,macam budak-budak.Sekor dah umur sembilan belas...tapi macam budak sembilan tahun.Yang Sekor lagi dah tujuh belas tahun,nak masuk lapan belas.Tapi perangai macam budak tadika!"

Aku dan konoha berhenti berkejaran dan saling berpandangan.
Aku memerhatikan punggung konoha manakala konoha memerhatikan punggung ku.

"kaa-san,tak ada ekor pun di belakang kita orang!"Serentak aku dan konoha berkata-kata.Dari luar,aku mendengar dekahan suara tou-san dan suara sasori.

Ibu mengetap bibir dan terpancarlah cahaya merah menyala dari mata ibuku,dan api membara di belakang ibu(anggap je latar belakang,ala ala cerita anime😅)

"Shannarooo!!,konoha! lari cepat!magma dah nak meletus!SELAMATKAN DIRI!!!!"

Aku terus menarik lengan konohamaru dan berlari keluar dari rumah.Dengan hanya berkaki ayam,Aku dan konohamaru menjejak tanah.Ibu melontarkan beberapa shuriken pada kami.Dah macam beruk kita orang ni yang berusaha mengelak ke kiri dan kanan.

"sasori nii-chan!Tolong lah kita orang!"konohamaru memohon.

sasori masuk ke dalam rumah dengan selamba.Untuk seketika,dia keluar kembali sambil memegang 'cardigan'.

"Malam ini,korang tidur di luar saja!Nah,sakura....cardigan kau!pandai-pandai la korang buat unggun api di luar itu.JA-N-GAN MA-SUK!"Sasori terus menutup pintu dengan kuat.

LOVE CONTRACT {愛契約} Where stories live. Discover now