Chapter 18

121 13 2
                                    

Please vote before read this storie.
Arigatou gozaimasu🙏😘😭😭

Seperti yang telah dipersetujui,Sakura dan sasuke tidak perlu pergi berbulan madu sekarang.Sakura juga menarik nafas lega apabila Mikoto bersetuju dengan cadangan anak tunggalnya untuk membiarkan sakura berkerja di butik,sementara menunggu ke universiti.

Keadaan semakin bertambah baik setelah sakura dan sasori bernikah.Wang untuk kizashi dan mebuki tidak perlu lagi dirisaukan kerana sakura dan sasori mempunyai gaji masing-masing untuk diberikan kepada orang tua mereka.Sakura kurang pasti pekerjaan sasori kerana sasori makin sibuk dengan kerja-kerja di universiti.Mungkin ini takdir hidupnya.Dulu mungkin susah,sekarang sudah semakin baik.

Dalam pada masa yang sama,sakura dipaksa oleh sasuke untuk mengambil lesen kereta untuk memudahkan sakura pergi ke kerja.Katanya,kereta berlambak di rumah.Lebih baik digerakkan sebelum kereta-kereta itu masuk liang lahad.

Setiap kali hujung minggu jika sasuke tidak mempunyai kerja,ia pasti akan membawa sakura ke padang berhampiran dan mengajarkan sakura cara untuk memandu kereta.Dalam hati sakura bersyukur mempunyai suami yang baik.Tetapi malangnya,kenapa sasuke sering menyakitkan hati sakura?Kalau tak perli satu hari seakan boleh membawa maut.

Sakura sedang membetul-betulkan pakaian yang dibungkus dengan plastik untuk dielakkan daripada kotor yang tersangkut di almari kiri dan kanan butik.

Kringg!Kringg!

Telefon sakura berdering dengan kuat.

'Buntut ayam'

Sakura mengeluh perlahan.

"Moshi-moshi!"jawab sakura perlahan.

"Hn!..."

Sepi seketika...

"Tosta!?"soal sakura setelah tiga minit mendiamkan diri.

"Saja"sepatah yang ditanya,sepatah juga yang dijawab.

Sakura mengeluh buat kali kedua.Entah kenapa dengan saluran pernafasan sakura seperti tidak cukup oksigen untuk mengeluh banyak kali.

"Aku banyak kerja!"beritahu sakura.

"Hn..."Sasuke terus mematikan talian.

💕💖💕

"Teme!"sapa naruto sambil memasuki bilik pejabat sasuke tanpa mengetuk pintu dahulu.

Sasuke yang sedang sibuk memutar pen di tangannya terperanjat dengan sapaan naruto.

"Hn!..."Sasuke mendengus.Ia sudah bosan untuk menegur tingkah laku sahabat kuningnya yang suka memasuki bilik offisnya tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu.

"Kau kenapa..Seperti tidak bersemangat"naruto melangkah menuju sofa dan duduk di sofa yang tersedia di kantor sasuke.

"Ada apa?"tanya sasuke.

"Jumpa sahabat ravenku pun tak boleh?"soal naruto pelik.

"Hn...bukan tak boleh.Pagi-pagi datang jumpa aku,kau tidak kerja ke?"
Sasuke bangun dari kerusinya dan berjalan menuju tingkap kaca besar yang menampakkan bangunan-bangunan metropolitan,kenderaan dan orang yang berjalan kaki di Tokyo.Sasuke tidak senang.Hatinya masih teringatkan sakura.

"Aku nak makan ramen.Tapi kedainya tutup,Teme!!!"naruto merengek.

Sasuke tetap diam.Sasuke tahu sifat naruto.Kalau satu hari naruto tidak makan ramen seakan-akan boleh mati.Sasuke tidak tahu apa yang perlu dikatakan.Bibirnya terkunci untuk berkata-kata.

LOVE CONTRACT {愛契約} Where stories live. Discover now