USTAZKU ROMANTIK by Aimy Aqilah Azman

288 6 0
                                    

 “Erish, papa tunggu Erish dekat bawah. We need to talk.”

Terpisat pisat gadis itu apabila dikejutkan dengan deringan Samsung galaxy note3 nya. Dia mendengus kegeraman. Erish membaca sekilas whatsapp  yang dikirim oleh papanya, haish papa ni, ganggu orang tidur saja. Gadis itu bingkas bangun menuju ke bilik air.

“Pa, nak apa?” Tegur Erish selamba sambil  menepuk kuat bahu papanya daripada belakang. Tersedak Tan Sri Azir disergah oleh  anak perempuan tunggalnya itu. “Boleh gugur jantung aku, silap silap jalan terus.” Omel hati tuanya kegeraman.

“Erish! Boleh tak lain kali sebelum nak menyergah orang tengok dulu papa tengah buat apa! Perangai tak ubah daripada kecil sampai dah tua bangka!” Tan Sri Azir memulakan syarahannya. Sememangnya dia yang menghidap sakit jantung, terasa sakit apabila disergah begitu. Bukan Erish tidak tahu papanya menghidap penyakit kronik itu, sengaja berbuat demikian.

“Papa ni tak sporting ah.” Balas Erish sambil menayang sengih, dia yang hanya memakai t-shirt lengan pendek dan seluar pendek paras lutut, mengambil tempat duduk disebelah papanya.

“Banyaklah Erish punya sporting. Kalau penyakit papa datang tadi macam mana? Erish suka kan kalau papa mati?”

“Papa ni, sikit sikit nak ugut Erish. Bosanlah dengar benda sama je. Papa nak apa ni? Kacau je Erish nak tidur. Dengki orang je kan papa ni. Bencilah.” Balas Erish sambil menyilangkan kakinya.

“Erish cakap dengan papa elok elok boleh tak? Duduk tu molek molek sikit. Erish dah besar, perangai macam budak sekolah. Lain kali pakai baju sopan sikit. Awak tu dah boleh jadi isteri orang dah. Pening lah papa dengan Erish ni.” Tan Sri Azir memegang kepalanya yang berdenyut secara tiba tiba. Sungguh, dia pusing memikirkan kerenah anaknya yang satu ini. Perangai kasar, sekali imbas dia memandang Erish seperti lelaki. Kadangkala Erish juga hilang rasa hormat terhadap papanya sendiri. Sejak isterinya meninggal dunia 8tahun lepas, Erish berubah karakter. Bercakap dengannya bila perlu sahaja, sering memberontak dan sangat keras kepala. Sakit jiwa dibuatnya menghadap kerenah puteri yang seorang ini.

“Do I care? Papa nak cakap apa ni? Cepat boleh tak? Buang masa orang je.” Erish sudah mula meninggikan suaranya. Dia rimas apabila dibebel oleh papanya.

“Kenapa kurang ajar ni Erish?!” Tan Sri Azir mulai berang dengan bicara anaknya itu.

“Sebab papa tak ajar.” Balas gadis itu selamba sambil mengenyit matanya. Seronok menyakitkan hati papanya itu. Sememangnya Erish tidak rapat dengan papanya, semenjak mamanya meninggal dunia kerana menghidap barah otak, Erish menyalahkan papanya seratus peratus. Erish menganggap pemergian mamanya kerana kesilapan papanya yang selalu sibuk dengan kerja, mengabaikan kesihatan mamanya. Sewaktu mamanya sakit, jarang sekali papanya meluangkan masa memberi semangat kepada mamanya. Sehingga mamanya menghembuskan nafas terakhir, Erish dan Zarul Arman, adik lelakinya sahaja disisi mamanya. Papanya berada di London menguruskan syarikat. Erish benar-benar kesal dengan sikap sambil lewa papanya. Hatinya sakit mengenangkan peristiwa itu. Walaupun papanya sudah jauh berubah sejak mamanya tiada, Erish masih tidak dapat menerima papanya lagi. Hatinya sudah tawar.

“Erish jangan nak naikkan darah papa! Papa panggil Erish turun bukan nak ajak bertekak. Papa ada benda penting nak bincang.” Tan Sri Azir bangkit dari duduknya. Dia mengambil tempat dihadapan Erish. Dia merenung lama wajah anaknya yang mempunyai iras arwah isterinya. “Abang rindu Raudhah..” Bisik hatinya kekesalan. Dia berjanji tidak akan mensia siakan anak perempuannya yang satu ini. Dia mahu menebus segala dosa dosanya terhadap keluarganya selama ini.

“Yang papa pandang Erish macam tu dah kenapa? Papa ni lembab lah. Nak bincang apa? 10 mins only. Faster.” Balas Erish sambil menjeling papanya, dia meluat melihat papanya sendiri. Benci.

Cerpen 😍Where stories live. Discover now