[ Kai's House ]*** Di Halaman Rumah
Mereka duduk di atas kerusi batu yang sudah tersedia di sana
" awak masih belum jawab lagi pertanyaan saya . Kenapa awak cakap macam tu dekat harabeoji awak? " tanya jihyo sambil menatap serius mata kai
" saya stress ! Sebab awak asyik nak menjauhkan diri dari saya " balas kai selamba
Membuatkan jihyo tersengih sambil menundukkan mukanya seketika
" jadi... Awak jadi kurang ajar macam tu sebab saya? Semua masalah berpunca dari saya? Macam tu? "
" bukan macam tu maksud saya jihyo "
" habistu? ok.. Kalau awak ada masalah dengan saya sekalipun.. Lepas kan je dekat saya ! Jangan libatkan orang lain . Kan saya dah pernah cakap dengan awak? Tak ingat? "
" jihyo.. Saya tak boleh nak kawal perasaan saya waktu tu "
Jihyo sempat mengeluh akan kata-kata kai
" saya tak kira apa alasan awak nak bagi . Tapi saya nak awak minta maaf dekat harabeoji awak malam ni juga " tegas jihyo
" buat apa? Harabeoji confirm dah lupa semua tu "
" kai ! " tengking jihyo
" jangan jadi kurang ajar boleh tak? Kalau awak dah buat silap , pergi la minta maaf ! Jangan jadi biadab dengan orang tua . Awak lupa ke? Sewaktu eomma dan appa awak abaikan awak.. Siapa yang ada di saat tu? Siapa yang merawat awak ketika awak sakit? Siapa yang dah besarkan awak dan dapat jadikan awak seperti sekarang ni.. Itu semua berkat harabeoji awak.. Jangan jadi seperti kacang lupakan kulit kai ! "
" tapi adakah dengan cara tu boleh selesaikan masalah saya? " kai tetap berkeras
" masalah awak dengan saya ! Bukan dengan harabeoji.. Jadi... Kalau awak nak maki ke nak hina ke tuju je pada saya " sergah jihyo
" ok . Tapi awak kena ikut saya " kata kai
" kenapa saya? Kenapa bukan joy? Dia kan.. "
" jihyo cukup ! " sampuk kai bernada tinggi
" saya cakap saya nak awak ! Bukan joy " sambung kai sekali gus menarik tangan jihyo masuk ke dalam rumah untuk menemui harabeoji
• • • s k i p
# Next Day
[ Highschool Korean ]
- Kantin Sekolah
Meskipun sudah dihina dan dimaki kelmarin , jihyo masih tetap bekerja di sana . Sambil² ditemani daniel sementara jam masih awal untuk masuk kelas
Dalam pada mereka bergelak ketawa , tiba-tiba datang joy . Suasana lantas berubah menjadi sunyi sepi ! Mata daniel dan jihyo serentak memandang ke arah joy
" wah wah wah !! 👏🏻 " ungkap joy sambil bertepuk tangan
" memang tebal kan muka kau ! Walau dah dipermalukan kelmarin , kau masih berani tunjukkan muka kau yang kotor tu kat sini " katanya
Jihyo masih mampu menahan sabarnya
" sebab pelajar lain dah boleh terima kekurangan jihyo ! Diorang dah boleh terima yang jihyo tinggal sebumbung dengan aku ! Sebab apa? Sebab diorang dah tahu yang aku dan jihyo tidak berbuat sesuatu hal yang bodoh . Aku yang tumpangkan jihyo ! Lagipun dalam rumah tu , noona aku ada sekali . So tak salahkan? " ujar daniel
" what? "
" kesimpulannya.. Kau pun harus belajar terima takdir bahawa rezeki jihyo ada di sini "
YOU ARE READING
[C] Wαsted Girl
Fanfiction|| sᴏʀʀʏ ɪғ ɪ'ᴍ ɴᴏᴛ ᴘᴇʀғᴇᴄᴛ || •• ❝ ᴛɪᴀᴅᴀ ʀᴀsᴀ ʏᴀɴɢ ʟᴇʙɪʜ sᴀᴋɪᴛ ᴍᴇʟᴀɪɴᴋᴀɴ ʀᴀsᴀ ᴋᴇʜɪʟᴀɴɢᴀɴ ❞ START DATE : 6 FEBRUARY 2018 END DATE : 18 MAY 2019 STATUS : COMPLETE