#ep 26

595 70 0
                                    


[ Hospital ]

Di pagi yang hening , disinari cahaya matahari yang terik . Jalan raya semakin lama semakin sibuk . Begitu indah jika dilihat pemandangan tersebut . Tetapi tidak buat jihyo yang terlantar di atas katil

Kai sanggup mengorbankan pembelajarannya semata-mata untuk menjaga jihyo di hospital

Kerana terikan cahaya matahari terpancar di muka jihyo . Akhirnya jihyo sedar dari tidurnya

Jihyo mengerutkan mukanya sambil memegang kepalanya . Terasa denyutan yang kuat ! Dia cuba menahan sakit . Dia terlupa seketika tentang kejadian yang menimpanya

" jihyo? Awak dah sedar? " panggil kai yang berjalan mendekatinya

" kenapa... kenapa dengan saya? Ap-apa dah jadi? " soal jihyo dalam keadaan lemah

" awak rehat dulu.. Nanti kalau dah rasa baik , saya akan ceritakan peristiwa yang berlaku.. ok? "

Jihyo menggeleng kepalanya dengan perlahan . " s-saya nak tahu ! Kenapa.. macam mana saya boleh ada kat sini? " jihyo mendesak

" tapi jihyo... Saya tak nak awak stress fikirkan masalah tu nanti " kai tetap berkeras

Air mata jihyo mula berlinang di kelopak mata . " tapi... tapi saya...  "

Lantas kai menggenggam tangan jihyo . " jihyo please.. Saya dah tak nak tengok awak bersedih.. Tolong dengar cakap saya.. Kali ni je saya merayu "

" saya masih ingat kai.. saya masih ingat waktu awak datang selamatkan saya . Tapi.... saya tak ingat apa yang berlaku sebelum tu "

Kai mengeluh seketika . Dia sudah tidak dapat menahan kedegilan jihyo yang sama peratus dengan kedegilannya 😪

" betul awak nak tahu? "

" urm . tolong bagitahu saya.. "

Sebelumnya , kai menghapuskan dahulu air mata di pipi jihyo . " saya minta maaf . Saya hanya tahu separuh je dari peristiwa tu . saya hanya tahu yang awak ada dekat gudang lama belakang bangungan VJ's Holding ! Lepastu ada sekumpulan gangster yang kepung awak . Dan kemungkinan... Muka awak lebam² ni sebab dipukul oleh mereka "

Jihyo berfikir sejenak akan penjelasan kai walaupun hanya separuh . Ye . Dia ingat ! Dia ingat kejadian tu

" eomma.. " panggil jihyo yang lantas berhenti sambil memandang wajah kai dengan reaksinya yang sedikit terkejut

" eomma? " soal kai kebingungan

" urm.. aniya ! m-maksud saya.. saya pun tak tahu kenapa mereka culik saya " jihyo cuba untuk menyorok kembali rahsianya

" ouh begitu.. " mujurlah kai tidak menangkap apa yang cuba jihyo ungkapkan sebelum itu

S K I P

[ Highschool Korean ]

( kelas A-1 )

Sudah lama joy menunggu kehadiran kai . Tetapi ianya hanya sia-sia apabila kai sampai ke sudah tidak masuk ke dalam kelas tersebut

Dia cuba menelefon , tetapi tidak diangkat . Dia cuba menghantar pesanan , tetapi tidak dibalas ! Ianya menambahkan kemarahan buat joy . Lalu dia melangkah keluar dari kelas seorang diri

Joy berjalan mengikuti langkahnya . Dia tiada tujuan ! Kakinya berjalan perlahan-lahan sambil dibiarkan angin meniup tubuhnya

JOY POV

Yes . Aku tahu..

Aku tahu dia tak suka kan aku..

Aku tahu dia dah putuskan hubungan aku dengan dia

[C] Wαsted GirlWhere stories live. Discover now