Prolog

8 0 0
                                    

Bank Islam Kota Bharu, Kelantan- 15 Disember 2013

"Sekarang, siapa yang kau nak pilih untuk dijadikan tawanan?''. Tanya lelaki bertopeng hitam kepada rakannya. Pistol yang digenggamnya dihalakan kepada Maisara.

       Maisara terkedu. Kakinya menggeletar. Buat pertama kali di dalam hidupnya, dia berhadapan dengan senjata api.

       "Diantara budak perempuan ini, ataupun budak lelaki ini !!!". Kata-kata akhirnya dikeraskan. Kini muncung pistol dihalakan pada batang leher Zulkarnain yang duduk bersebelahan Maisarah.

       Beberapa manik peluh jatuh di atas lantai. Zulkarnain cuba untuk menenangkan diri walaupun sudah tahu bahawa dirinya bagaikan telur di hujung tanduk.

      Maisara duduk memeluk lutut. Kulitnya putih pucat kerana terpaksa menghadapi kejadian ini. Dia menangis teresak-esak kerana ketakutan. Namun, suara tangisannya tertahan-tahan. Dia menyekat air mata dengan menggunakan lengan bajunya.

       Zulkarnain menjeling wajah Maisara dan para tebusan di hadapannya. Dalam diam terdetik perasaan simpati kepada mereka walaupun tidak pernah mengenali mereka.

       Dengan perlahan-lahan Zulkarnain bangkit sambil menggangkat kedua-dua tangannya. Punggungnya seperti terkena renjatan elektrik. Semua mata berkalih ke arahnya.

       "Biar aku menjadi tebusan. Kau kenal aku siapa?". Soal Zulkarnain. Matanya melirik ke arah Maisara. Tidak sangggup melihat gadis itu dan tawanan lain menjadi tebusan.

       Biarlah kali ini dia menjadi tebusan. Reda. Dia tahu dengan cara ini, nyawa mereka yang tidak bersalah akan selamat walaupun dirinya menjadi galang gantinya.

BayangWhere stories live. Discover now