Nukilan 1

7 0 0
                                    


Balai Polis Kota Bharu, Kelantan- 10 Disember 2020

"Inspektor Azam...Ooooh Inspektor Azam". Panggil seorang wanita . Kulitnya kuning langsat. Mempunyai mata yang menawan. Rambutnya diikat ekor kuda.

"Inspektor Azaaaaaammmm". Panggil Inspektor Aina sekali lagi.

Lelaki berumur pertengahan 40-an itu masih tidak menjawab panggilan Aina. Dia berdiri menghadap tingkap menghadap jalan raya yang sibuk dengan pelbagai jenis kenderaan. Matanya tertutup rapat. Dahinya berkerut seribu.

"Are you hear meee?". Kata Inspektor Aina sambil menguatkan lagi suaranya.

"Yesss!!!". Jeritnya sambil mengangkat kedua-dua tangannya. Gayanya persis kanak-kanak riang. Inspektor Aina terkejut mendengar jeritan itu. Jelas ternampak wayar earphone pada telinga Inspektor Azam bersambung pada telefon bimbit.

'Cis! Rupa-rupanya dia tak dengar. Umur dah lebih 40 tahun tetapi perangai macam budak 14 tahun.' Umpatnya di dalam hati.

"Oh. Inspektor Aina. Saya mintak maaf sebab tak menyahut tadi." Kata Inspektor Azam sambil membetulkan bajunya. Dia baru terperasan tentang kehadiran perempuan berumur 25 tahun itu di dalam pejabatnya.

"Maaflah. Tadi saya menang peraduan teka lagu dan menang anjuran Kelantan F.M. Tak sangka menang pula" Terangnya

"Tak mengapa". Katanya ringkas sambil melabuhkan punggung di atas kerusi menghadap Inspektor Azam.

"Berbalik kepada soalan saya tadi. Kenapa Inspektor Azam memanggil saya masuk ke pejabat? Ada kes baruke?" Soal Insektor Aina kepada seniornya.

Inspektor Azam mencapai sebuah fail hitam di atas almari dan meletakkannya di atas meja. Dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi empuk beroda empat. Mukanya serius. Kedua-dua tangannya disilangkan.

"Bacalah". Arah Inspektor Azam

Inspektor Aina membelek fail perlahan-lahan. Dia membaca dengan peniuh teliti. Anak matanya berhenti pada sekeping gambarseorang lelaki. Berambut ikal, berbadan tegap dan berkulit sawo matang.

"Nama lelaki itu Tamson". Kata Inspektor Azam sejurus sahaja melihat Inspektor Aina berhenti pada muka surat itu.

"Berumur 35 tahun. Dia mahir dalam membuat bom. Ingat tak insiden letupan di sempadan Pattani- Kelantan?" . Soal Inspektor Azam.

"Ingat. Insiden yang berlaku pada awal tahun 2015 yang meragut lebih daripada 500 nyawa yang tidak bersalah. Jawab Inspektor muda itu.

"Tamsonlah yang bertanggungjawab mencipta bom tersebut. Pemberontak membeli bom tersebut dengan harga yang tinggi untuk mewujudkan ketegangan dan kacau-bilau di sempadan itu." Terang Inspektor Azam.

"Jadi apa kaitan Tamson dengan tugas kita? Bukankah itu tugas polis negara Thailand?".Soal Inspektor Aina tidak berpuas hati.

"Ibu pejabat mendapat maklumat yang Tamson melarikan diri memasuki Malaysia melalui jalan darat. Jadi, pihak polis negara Thailand meminta bantuan kita untuk memberkas dia hidup-hidup. Petang ini, saya akan memberikan taklimat kepada anggota yang terlibat. Malam ni, kita mulakan operasi penangkapan." Terangnya dengan panjang lebar.

Inspektor Aina mengangguk-angguk. Usai membaca fail tersebut, dia memulangkan kembali kepada Inspektor Azam. Selepas minta izin, dia keluar daripada pejabat itu kerana ingin membereskan beberapa kerja yang tertangguh.

Tinggal Inspektor Azam berseorangan. Matanya tertancap pada gambar di atas meja. Dia memegang dan merenung gambar itu dalam-dalam.

Kelihatan Inspektor Azam bersama seorang budak lelaki. Mereka berdua masing-masing memegang sebatang seruling. Inspektor Azam memegang seruling berwarna coklat muda . Manakala budak itu pula memegang seruling hitam yang diperbuat daripada buluh hitam. 

 Budak lelaki itu, salah seorang anak saudaranya. Ketika itu, Inspektor Azam muda, kurus dan tidaklah seboroi sekarang.

Dia menghela nafas. Satu keluhan berat dilepaskan. Hatinya diulit perasaan hiba. Hanya Tuhan Yang hanya Maha Mengetahui kesedihan yang berada di dalam hatinya.

Telah genap 7 tahun anak saudaranya hilang. Usaha-usaha mencari telah lama dihentikan. Kadang-kadang terimbau kenangan bersama anak saudaranya.

Sejak isteri dan anak lelakinya meninggal dunia, dunia ini terasa sunyi baginya.

Menjelang cuti panjang mujurlah anak saudaranya itu berkunjung ke rumahnya. Sesekali dia terhibur dengan ulah dan telatah anak saudaranya yang sorang tu.

Sehinggalah dia mendapat berita kematian anak saudaranya. Berita itu disambut dengan duka yang amat. Dia seperti tidak dapat menerima hakikat anak asaudaranya mati dibunuh.

Dia terus termenung melayan perasaan.

'Kematian pasti akan datang pada setiap hidupan. Yang hidup mesti meneruskan kehidupannya'. Bisik hatinya.

Tanpa berlengah dia membuka laptop dan menaip sesuatu.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 20, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

BayangWhere stories live. Discover now