Takdir menentukan perkenalan antara Kim Sohyun dan Jeon Jungkook.
"Saya nak berkawan dengan awak."
Online friends, tidak bersama di dunia nyata. Namun kewujudannya cukup menerbitkan sinar kegembiraan.
" Jungkook, terima kasih sebab sudi bersama sa...
❝ Don’t think of anything Don’t say anything, not even a word Just give me a smile ❞
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
•ೋೋ•
_______ TODAY
Hyung, hyung kat mana?
Kook dah bosan kat sini.
Hyungmarah Kook eh?
Hyung...
Tolonglahjawab...
😭😭😭😭😭
__________________________________
This sender is not in your contact list.
👎REPORT SPAM 🚫 BLOCK 👤 ADD TO CONTACTS
__________________________________
Siapa ni? Send √√
Jangankejamsangat kat Kook.
Buat2 tak kenalpulak 😤
Savage tubiarlahbertempathyung. 😾
Tak.. Saya serius ni. Awak ni siapa?😕 Send √√
Serius?? Yoongihyung dah tak kenalJungkook??
Tak lawak la hyung!
Hambar tau hambar?
Maaf saya bukanYoongi. Awak dah salah nombor ni. Send √
Sohyun meletakkan telefonnya di atas meja. Tumpuannya beralih ke arah tingkap biliknya. Langit cerah membiru di luar menandakan cuaca baik. Tetapi Sohyun tiada niat ingin keluar dari biliknya.
Sohyun mengambil salah satu diarynya yang tersusun kemas di dalam laci meja soleknya. Pen hitamnya dicapai berniat untuk menulis sesuatu dalam diary tersebut.
Knock knock!
Pennya diletakkan semula. Sohyun bangun dari kerusi. Kunci dimatikan dan pintu dibuka. Terpampang seorang lelaki sedang memeluk tubuh sebaik sahaja dia membuka pintu.
"Hyun. Berapa kali oppa cakap jangan kunci pintu ni? Kalau apa-apa jadi lagi kat Hyun macam mana? Oppa jugak yang susah nanti." ujar Seokjin dengan nada tak puas hati.
Sohyun diam sambil memainkan jarinya sendiri. Kepalanya hanya dianggukkan perlahan menandakan dia faham dengan apa yang dikatakan. Seokjin mengeluh berat sebelum menepuk perlahan bahu Sohyun.
"Pergi makan. Nanti makanan tu sejuk kau taknak makan pulak."
Sohyun mengikuti abangnya ke dapur. Dari jauh dia mampu menghidu bau masakan abangnya yang menyelerakan.
"Mari makan Hyun. Oppa boleh teman Hyun makan sekejap je. Oppa kena pergi kerja ni.".
Seokjin tergopoh-gapah makan tapi dia makan dengan berselera. Berlainan dengan Sohyun yang makan dengan perlahan dan sedikit.
"Hyun, kenapa makan sikit sangat? Tak sedap ke?" tanya Seokjin sebaik sahaja dia sedar adiknya hanya makan sedikit.
Sohyun menggelengkan kepalanya cepat dan buat thumbs up. Menandakan masakan Seokjin enak. Tetapi reaksi Sohyun tidak menyenangkan hati Seokjin.
Seokjin menyeduk sedikit makanan di sudu. Dihalakannya ke arah Sohyun.
"Nganga"
Sohyun mengeluh kecil takut didengari abangnya. Namun dia membiarkan sahaja Seokjin menyuapnya.
"Lain kali makan banyak macam ni. Baru cepat sikit membesar. Ni asyik kurus kering je. Dah la pendek." sindir Seokjin semasa menyuap Sohyun.
Sohyun merasakan tekaknya terasa pedih untuk menelan. Terasa loya. Jijik. Tetapi dia menahannya memandangkan abangnya ada bersama.
"Habiskan makanan Hyun. Nanti oppa akan balik cepat. Ada apa2 whatsapp oppa ok."
Sohyun hanya membuat tanda 👌 tanpa memandang Seokjin. Seokjin menyerabaikan rambut Sohyun sebelum melangkah keluar.
"Jaga diri Hyun."
Sebaik sahaja Seokjin keluar dari perkarangan rumah, Sohyun segera berlari ke tandas. Segala makanan yang baru dimakannya tadi dimuntahkan semula. Tekaknya terasa teramat pedih. Perutnya sakit. Kepalanya pening.
Air matanya mengalir semasa mengeluarkan isi perutnya. Kesakitan yang dirasainya tak mampu diucapkan dengan kata-kata.
"Jin oppa. MaafkanHyun. Hyunbukantaknakmakanmasakanoppa. TapiHyun tak bolehmakan."