❝ It’s my fate. Don’t smile to me ❞
•ೋೋ•
Hyung, hyung kat mana?
Kook dah bosan kat sini.
Hyung marah Kook eh?
Hyung...
Tolonglah jawab...
😭😭😭😭😭
Send √√Siapa ni?
Jangan kejam sangat kat Kook.
Buat2 tak kenal pulak 😤
Savage tu biar lah bertempat hyung. 😾
Send √√Tak.. Saya serius ni. Awak ni siapa?😕
Serius?? Yoongi hyung dah tak kenal Jungkook??
Tak lawak la hyung!
Hambar tau hambar?
0xx-xxx0906 is typing.....
Aku terus mengabaikan mesej 'hyung' dan silentkan phone. Macam mana dia boleh cakap dia tak kenal aku?
Ke sebab aku whatsapp hyung guna telefon lain? Telefon lama aku dah pecah berderai kot. Takkan nak guna lagi yang tu?
Aku mengeluh berat. Mata aku beralih ke arah kaki aku yang disimen. Aku cuba menggerakkannya tapi langsung tiada reaksi . Kaki aku masih tak boleh bergerak.
"Kalau hyung ada mesti dia akan bawak aku bersiar-siar sekeliling taman hospital."rungutku sambil memintalkan hujung selimut.
Telefon aku dicapai balik dan di'on'. WLAN dibuka untuk mencari WiFi berdekatan. Nasib baik hospital ni ada WiFi free. Tak payah susah-susah nak pergi reload untuk beli data.
"Jeon Jungkook."
Aku mengangkat wajah dan melihat nurse bertugas datang dengan troli. Satu dulang makanan dikeluarkan dan diletakkan di atas meja katil.
Aku membuka penutup dulang dan nampak nasi berlaukkan sup sayur dan ikan rebus. Huhuhu.. Tapi aku nak lamb skewer..
Nurse tu menghulurkan 2 biji pil dan sebiji tablet kepada aku. Part ni antara yang aku paling tak suka sepanjang aku berada kat hospital.
"Pil warna merah dan oren ni makan selepas makan nasi. Yang tablet ni sebelum makan. Makan. Jangan tak makan."
Suka hati aku lah nak makan ke tak tak. Apa kau ingat pil dan tablet ni sedap sangat ke? Kalau rasanya sesedap aiskrim vanila takpe la jugak makan setiap hari. Ni pahit. Mana sedap.
Tapi aku hanya mampu merungut dalam hati. Nurse ni boleh tahan gila jugak. Ada satu hari aku memberontak dia suntik aku guna ubat penenang. Apa dia ingat aku ni pesakit kat hospital sakit jiwa ke?
"Dan jangan main phone dalam wad." arahnya tegas sebelum berlalu keluar dengan trolinya. Kecik besar kecik besar aku tengok nurse ni. Geram.
Kalau taknak aku main phone buat la event apa-apa. Ni aku boring gila-gila kau tau tak?! Sesedap je mulut dia suruh aku jangan guna phone.
Ting! One Notification from WhatsApp.
01x-xxx0906??
Eh? Bukan ke nombor hyung 0903 kat belakang?
Maaf saya bukan Yoongi. Awak dah salah nombor ni.
Nampaknya aku betul-betul tersalah nombor. Jeon Jungkook kau patut rasa malu.
YOU ARE READING
LIFE HURTS SERIES : WhatsApp (Unknown Number)
FanfictionTakdir menentukan perkenalan antara Kim Sohyun dan Jeon Jungkook. "Saya nak berkawan dengan awak." Online friends, tidak bersama di dunia nyata. Namun kewujudannya cukup menerbitkan sinar kegembiraan. " Jungkook, terima kasih sebab sudi bersama sa...