Buk. Buk. Bedebukk. Suara tumbukan punching beg dari bilik latihan Ain. "Ain. Syafiq. dahlah tu jom turun makan. " -pelawa kak mimi kepada Ain yang sibuk dilatih Bang Syafiq untuk menguatkan lagi tumbukannya.
"Ermm baiklah." - jawapnya ringkas
Di meja makan
Seperti biasaa selepas kematian Encik Haikal iaitu ayah Ain, Ain berubah menjadi serius dan tidak banyak bercakap dengan orang sekelilingnya. Tidak seperti dulu Ain sentiasa mempunyai cerita untuk diceritakan kepada Ayahnya,Bang Syafiq dan Kak mimi, tidak kira sama ada waktu makan atau berehat. Dulu Ain adalah seorang anak yang selalu membuat suasana yang suram menjadi rianh kerana gelak tawa semua orang sekelilingnya. Tapi semua itu dulu dan hanya tinggal kenangan waktu kecil Ain. Selepas kejadian yang ngeri berlaku di depan matanya iaitu kematian ayahnya yang di tembak oleh rakan sekumpulan ayahnya sendiri dia berubahh sekelip mata.
" Ain? Esok kelas jam berapa?" - kak mimi bersuara selepas beberapa minit melihat Ain yang hanya tunduk tetapi tidak menjamah sedikit pun makanan yang disediakan.
"10." -Jawapnya sepatah
"Kalau begitu akak hantar Ain ke kelas esok ok? "- kak mimi mempelawa Ain untuk dihantar ke sekolah
"Tak apalah esok Ain naik bas saja larh. Lagipun Ain nak singgah ke sesuatu tempat." - jawap Ain dan cuba untuk merahsiakan tempat yang ingin dia tuju keesokan harinya
"oh. Baiklah kalau begitu." - kak mimi menjawap seolah-olah dia faham Ain hendak ke mana selepas diberi isyarat mata dari Bang Syafiq
Keesokan harinya
"Ain jalan dulu. "- kata Ain selepas bersalaman dengan bang syafiq dan kak mimi.
"Assalamuaikum jangan? " -sampuk Bang syafiq sebelum Ain ingin mengucapkannya dahulu
" Ya. Assalamualaikum. "- jawapnya sambil tersenyum mendengar kata-kata Bang Syafiq yang menjadikannya sentap seketika.
" Begitulah adik akak. Kan cantik kalau Ain senyum. Akak rindu adik yang dulu. " - Kata kak mimi selepas melihat Ain yang tersenyum untuk kali yang pertama selepas kematian ayahnya 10 tahun yang lalu. Tanpa berkata-kata Ain terus berjalan menuju ke pagar rumah untuk ke kelasnya.
"Walaikumsalam. " - serentak kak Mimi dan bang Syafiq memjawap salam Ain yang agak terbiar beberapa minit yang lalu.
Ain hanya berjalan kaki ke tempat yang ingin dia tuju iaitu taman bunga yang dihadiahkan ayahnya semasa genap umurnya 5 tahun. Dan dinamakannya Taman Triple A( Ain Anak Ayah). Taman itu berada di dalam hutan yang terletak tidak jauh dari kawasan perumahannya itu. Banyak kenangan bersama ayahnya di taman itu. Hampir setiap hari Ain akan singgah di Taman itu untuk mengenang memori waktu bersama ayahnya. Dan setiap kali Ain pergi ke taman itu dia pasti akan menjatuhkan air matanya di situ. Taman itu dijadikan tempatnya untuk meluah segala-gala yang dipendamnya.
Tanpa Ain sedar ada sosok tubuh yang sedang melihatnya dari jauh dan ingin mendekatinya tapi dihalang. " dit. Jangan" - kata seorang lelaki kepada sahabat baiknya
"Tapi kenapa? " - jawapnya dengan penuh sakit hati apabila ditahan oleh lelaki itu.
" Percuma lo dekatin dia kalau dia aja benci banget sama lo" - katanya
" Tapi gue nggak bisa biarin dia dengan keadaan kek gitu. Dia seperti ngak ada tempat untuk bersandar ketika dia sedang bersedih. - jawapnya dengan penuh tidak puas hati dengan tindakan itu.
" Lo bisa dekatin dia tapi bukan dengan cara seperti ini." - lelaki itu cuba menyakitkan dia
" Jadi gue harus gimana untuk dekatin dia tanpa dia harus membenci gue? - soalan penuh ingin tahu apa rancangan sahabatnya itu untuk dirinya.
" Ikutin Idea gue dengan baik dan lo bakal dekatin dia tanpa harus dia membenci lo" - jawapan boysambil menekan jari telunjuknya ke dada Anhar sambil tersenyum. Anhar hanya terdiam dan terus meninggalkan Ain bersendirian di taman itu.
Selepas hampir setengah jam Ain duduk termenung di taman itu dia mengambil keputusan untuk beredar dari taman itu. Lalu pergi ke University yang dia lanjutkan pelajaranya sekarang selepas mendapat keputusan SPMnya tiga bulan lalu. Untuk ke University Ain harus mendapatkan bas di luar kawasan perumahannya kerana bas tidak akan masuk ke kawasan perumahan tersebut untuk mengambil penumpang. Setelah hampir 5 minit menunggu bas Ain pun naik bas untuk ke kelas.
Tiba di stesen yang seterusnya naiklah seorang remaja lelaki yang berkaca mata, berkemeja hitam dan rambut lelaki itu disikat begitu kemas lalu duduk di sebelahnya. Seperti biasa Ain diam dan tidak ambik peduli akn kehadiran lelaki itu walaupun dia sedikit bingung mengapa lelaki itu duduk di sebelahnya sedangkan di hadapan bangku mereka duduk ada dua bangku yang kosong.
"Hye. Nama gue Anhar Ramadhan. Gue dari Indonesia"- sapa lelaki itu tetapi Ain hanya mendiamkan dirinya. " Kamu mau ke kelas ya? - sekali lagi Anhar cuba untuk mengajak Ain berbual tapi malangnya Ain tetap dengan posisi duduknya yang menghadap tingkap bas tersebut. Akhirnya Anhar mengambil keputusan untuk berdiam sahaja kerana merasa dirinya tidak dilayan oleh Ain.
Apabila bas hampir tiba di University yang dia belajar, Ain pun mencabut Earphone yang dia pakai sepanjang berada dalam bas. Dan memintak laluan untuk turun dari Anhar. " Pantesan dari tadi gue ajak ngobrol dia ngak layenin rupanya dia lagi pake benda nyebelin itu. Aduh beggo banget sik lo har" -bisik Anhar dalam hati sambil menepuk dahinya. Tanpa membuang masa dia terus bangun lalu turun dari bas tersebut.
YOU ARE READING
Hati Seorang Mafia
حركة (أكشن)Mengisahkan seorang remaja iaitu Nurul Ain Syazirah a.k.a kak Yong, yang kehilangan ibunyaa semasa berumur 3 tahun. Ain hanya tinggal seorang ayah Encik Haikal iaitu seorang ketua terbesar mafia Athensiens di Kuala Lumpur dan mempunyai rakan seperju...