Port Dickson

38 1 1
                                    

Ayah berasal dari Port Dickson, Negeri Sembilan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ayah berasal dari Port Dickson, Negeri Sembilan.

Yep. Dia berketurunan Minangkabau.

Lahir 10 April. Anak ketiga dari tujuh beradik.

Dan... Port Dickson bukan sekadar tempat lahirnya sahaja.

Di situ juga dia tempuhi cabaran zaman sekolahnya.

Di situ juga dia bertemu Ummi buat pertama kalinya. Di tepi pantai. Tidak jauh dari rumah api (bangunan apa ya yang ada seakan sfera di atas itu sebenarnya? Sesiapa yang memang tinggal di situ, tolong betulkan saya kalau saya silap).

Nampak foto pantai di atas? Ya, pantai itu. Pantai itu juga menjadi tempat kami sekeluarga bersantai sewaktu zaman kanak-kanak dulu.

Di situ juga berlaku sesuatu yang menyebabkan Ayah, sewaktu masih bujang, terpaksa guna lesen memandu 'A' untuk sementara waktu.

Dan di situ juga tempat Ayah disemadikan.

CeriteraWhere stories live. Discover now