Sulung

22 1 1
                                    

Saya anak sulung.

Literally sulung.

Ummi pernah cerita.

Kelahiran saya... Adalah yang paling lambat di antara kami semua. Degil tak mahu keluar walaupun sudah berjam-jam, katanya. Sampai terpaksa guna vakum untuk keluarkan saya, takut kalau-kalau saya kelemasan.

Dan, selepas saya lahir, Ayah sampai di hospital. Teruja tengok saya di katil sebelah Ummi. Dan, tak pandang langsung pun Ummi yang kepenatan.

Ummi cemburu. 😂

Kelahiran paling kecoh, Alang. Anak lelaki sulung.

Boleh pula tidak sabar-sabar nak keluar sewaktu menemani arwah Nenek ke lapangan terbang untuk menunaikan Umrah. Kot. Tidak berapa ingat apa sebabnya kami ke sana.

Sempat U-turn pergi hospital, dalam keadaan kelam kabut itu, dan akhirnya semuanya selamat. Nenek tunda perjalannya ke minggu hadapan.

Dan kami berdua saja yang lahir di Kuala Lumpur. Yang lain, di Johor Bahru. Lagipun, kami sekeluarga memang menetap di situ.

Sebab Ayah bekerja di situ.

Di lembah ilmu sanjungan bangsa. 😉

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 21, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

CeriteraWhere stories live. Discover now