Minggu Keenam | Part II

1.3K 127 18
                                    

Melihat Isabella yang hanya mengenakan baby t bewarna pink itu, sir Muiz pantas menanggalkan jaket di badan lalu dibalutnya ke tubuh Isabella. Tak mahu Isabella terdedah kepada dingin angin malam pada waktu itu.

"Masukkan dia di seat depan" arah sir Muiz sambil tangan memapah Isabella yang sedang berjalan terbongkok-bongkok itu.

Miss Dayana mengerutkan kening lantas matanya bergerak ke arah wajah serius lelaki itu.

"Better duduk belakang. Selesa sikit dia nak baring"

"Kat depan pun masih boleh baring. Just jatuhkan kerusi saja. I bukannya pervert nak check her out. Dia student I kot" sir Muiz membangkang.

Bukan apa, sekurang-kurangnya kalau Isabella duduk di depan bersamanya, dapatlah dia tengok-tengokkan gadis itu sepanjang perjalanan mereka nanti. Kuranglah sikit risau dia.

"No. I nak dia duduk di belakang"

Miss Dayana cepat-cepat menguak pintu belakang kereta, langsung tak pedulikan renungan tajam yang sir Muiz berikan kepadanya itu. Perhatiannya dialihkan kepada Isabella kembali. Dia tahu kawannya itu tidak berpuas hati dengan keputusannya itu.

"Hati-hati Isabella"

Esakkan Isabella dari tempat duduk belakang merisaukan sir Muiz yang sedang memandu. Tak senang duduk dia dibuatnya. Kejap-kejap kerling ke belakang. Kejap-kejap jenguk gadis itu melalui cermin tengah kereta. Dia ketap gigi. Bimbang.

Kalaulah tadi dia bertegas sedikit dengan Miss Dayana, pastinya Isabella ada di sisinya sekarang. Tak adalah hatinya terseksa sebegitu. Fokusnya kini terbahagi kepada dua; pada jalan raya di hadapan dan Isabella yang sedang menangis di belakang. Serabutnya tak dapat tenangkan Isabella!

"Janganlah nangis.. Tahan sikit okay? Kita nak sampai dah ni, I promise"

Tangan kirinya dihulur ke belakang, untuk memegang tangan Isabella. Namun huluran itu tidak disambut oleh pelajarnya itu.

"Hands on the wheel Muiz" ujar Miss Dayana, tegang.

"Dayana please? Jangan tambahkan serabut kat kepala I boleh tak?"

***

SIR Muiz kerling jam di pergelangan tangan. Hampir pukul 5 pagi. Bermaksud, sudah hampir 3 jam dia berkampung di ruangan menunggu hospital itu, bersama miss Dayana di sisi.

Miss Dayana pula sudah tersengguk-sengguk tidur. Tak lama lagi kepalanya bakal landing di lengan sasa lelaki itu. Ambil kesempatan lah tu!

Namun, sebelum kepala itu hinggap di lengannya, sir Muiz pantas bersuara,

"Dayana." gadis itu tersentak lalu terjaga. Terpingga-pingga dia seketika memandang wajah lelaki itu.

"I nak ke toilet kejap"

Miss Dayana hanya mengangguk sebelum berkira-kira untuk menutup mata kembali.

Sir Muiz berjalan masuk ke ruangan wad tempat Isabella ditempatkan pada malam itu. Kelihatan para jururawat sedang menggantung beg air di besi katil Isabella.

"Saya nak tengok dia kejap" katanya dalam nada berbisik kepada jururawat muda itu, memperolehi anggukan kecil saja tanda setuju.

Wajah Isabella yang sedang nyenyak tidur di katil pesakit itu dipandang seketika. Masih pucat wajah itu. Barangkali disebabkan oleh rasa sakit yang menyerangnya tadi.

Sir Muiz senyum sendirian. Tak sangka, gadis itu bisa buat dia jadi separuh gila hari ini dan tak sangka juga, kerana gadis itu jugalah dia sanggup bangun dari tidur dan memandu untuk pergi mendapatkan dia pada malam itu.

Kau memang dah gila Muiz!

Selimut Isabella dibetulkan sedikit. Tangannya maju ke depan untuk membelai rambut gadis itu namun niat itu cepat-cepat dimatikan.

"Rest well my baby"

14 Minggu Denganmu (E-book)Where stories live. Discover now