Minggu Kesembilan | VI

1.1K 134 25
                                    

Jam loceng berbunyi lambat pula pada pagi itu membuatkan Isabella dan Syafira terbabas tidur. Subuh pun bukan subuh gajah dah tapi subuh dinasor.

Mekap tak sempat dioles langsung pada muka. Memang naked habis muka Isabella ke kelas pada hari itu. Sudahlah kelas sir pula tu! Dengan muka memang nampak benar baru bangun tidurnya, mata sembap.. Memalukan sungguh!

Pintu lab diketuk dua kali, menanti jawapan orang yang di dalam menjemput mereka dua masuk.

"Macam mana kalau sir tak kasi kita masuk kelas?" soal Syafira cuak. Iyalah. Lama benar menanti diluar.. Tak disahut pula oleh sir Muiz di dalam.

Isabella buat muka selamba. Dia maju ke depan. Pintu diketuk tiga kali sebelum dibuka.

"Assalamualaikum"

dan, sir Muiz sedang berdiri tercegat beberapa langkah di hadapannya. Cekak pinggang pula tu.

"Bukan petanda baik Syafira. He's mad" gumam Isabella sambil sengih sumbing.

"Sir.. My alarm clock was acting up.. It was totally not my fault that I woke up late today. Salah jam loceng saya" jam loceng pula dipersalahkannya.

Sir Muiz angkat kening. Isabella tahu lelaki itu mahu gelak tapi ditahan.

"Pagi-pagi tak elok muka ketat sir. Rezeki tak masuk, kekasih pun lari"

"patutla you lari" lelaki itu menggumam kecil sebelum tersenyum.

Gumaman itu walau perlahan namun ia masih bisa didengari oleh Isabella dengan jelas, membuatkan mukanya terus membahang teruk.

"Duduk cepat. Kawan-kawan you dah nak mula buat cover majalah." arah sir Muiz menjuih bibir ke arah tempat duduk yang biasa diduduki oleh dua sahabat itu.

Tatkala Isabella sedang melabuhkan duduk, sir Muiz bersuara lagi

"Cari gambar model yang high resolution. I jawab siap-siap, kalau gambar you low resolution, nanti kualiti gambar akan jadi pecah-pecah. Tak cantik.. I bagi both of you lima minit untuk cari sekarang. Yang lain, nak cari gambar lain pun boleh. I pantau seorang demi seorang"

Isabella angguk faham. Komputer telah dihidupkan dan software Indesign juga sudah dibuka. Tak lama, dia angkat tangan pula, memanggil sir Muiz.

"Ya Isabella. Ada apa-apa masalah?"

semua mata di kelas itu tertumpu ke arahnya. Bukan apa. Mereka tahu kepala Isabella tu bukannya betul sangat. Mesti ada benda saja dia akan buat untuk mengusik tutor muda mereka itu.

"Gambar model apa-apa pun boleh ke? Kalau yang tak model tak boleh?"

"Boleh. Tak ada masalah" sir Muiz jawab dari meja belakang.

Isabella angguk faham. Dia mencapai telefon bimbit yang diletak di atas meja tadi. Aplikasi Instagram terus dibukanya.

Nama Muiz Iskandar ditaip di ruang carian.

"Aduh.. Private lah pula. Selalu public je.." dia jeling sekilas ke arah sir Muiz yang sedang sibuk kisahkan PC Amir di belakang.

"Private-private macam ni mesti ada rahsia.. Tah-tah dia upload gambar date dengan miss Dayana semalam tak?"

Butang follow bertukar menjadi requested apabila dia menekan butang itu tadi.

"Isabella.. No phone in my class"

oh. Tertangkap pula.

"Boleh pula request I kat IG dalam kelas I?" tiba-tiba saja lelaki itu berdiri di hadapannya.

"Accept please? Saya nak buat kerja ni"

"what kind?"

"ni.." dia juih bibir ke arah PC yang terpasang.

"Class.. If you all think by using my photo will make me add up your marks.. Lupakan sajalah okay? I tak bias"

Urgh! Boleh pula dia pergi cakap dekat satu kelas! Padahal yang nak buat begitu, aku sorang je!

Gambar model tak berbaju dimuat turun oleh Isabella. Tak lama, dia memuat naik gambar itu pada page di indesign pula. Dia tahu dia sedang diperhatikan oleh sir Muiz yang berada di meja belakangnya. tapi.. Kisah pula? Gambar model kan?

"Seksinya model you."

"Asal hensem. Saya ambil"

"Nope. tukar."

"Ala biarla.. Dia ada abs"

"Then?"

"You wont even accept me on IG?"

"CORRELATION?" Isabella cebir. Peluk tubuh macam tu, nak gaduh ke?

"Saya tukar."

Sir Muiz senyum kemenangan. "good."

14 Minggu Denganmu (E-book)Where stories live. Discover now