Epilogue : Kick

28 3 2
                                    

Sabtu pagi.Burung gagak gigih melintasi awan membiru langit Kuala Lumpur.Cuaca agak menyenangkan pada pagi itu.Boleh dibilang cuacanya agak sepoi sepoi bahasa anginnya.Sungguh,penuh kerahmatan.

Dalam terselit sebuah kerahmatan,ada manusia berjalan menghabiskan sisa waktunya memandangkan harinya itu harinya berehat.

Kick nama lelaki itu.

Seorang hippies yang berambut wavy dengan shoulder length menebal. 

Bersama dengan flannel kotak-kotaknya yang berwarna merah dengan baju Led Zeppelin yang bertajuk " Immigrant Song" dengan imej kartun membuat suara menjerit.Sama seperti lagunya " aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa".  

Digandingkan dengan seluar skinny cut berwarna hitam bersama sneakers Chuck Taylor pudar dibelinya murah di sebuah Bundle di Bukit Bintang. Persetankan orang,Bundle itu bukan berarti miskin.Yang penting original,gusar hatinya. 

Kick atau nama asalnya Hedzri merupakan seorang freelancer jurufoto di sekitar Lembah Klang.

Sekali diimbas pasti orang akan menganggap Kick seorang anak muda hipster yang cuma tahu menghabiskan duit mak ayah.

Tapi Kick bukanlah sebegitu rupa,dia merupakan anak muda lulusan Uitm Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang Fotografi dan Pengimejan Kreatif batch 2014/2017.

Walaupun siapa tahu,dia adalah anak kepada Jeneral Panglima dalam Angkatan Tentera Laut Malaysia,namun dia hanya menurut hatinya.

Bukan kemahuan ayahnya yang mahu dia turut serta seperti abang-abangnya yang kebanyakan menjadi pegawai kadet tentera darat dan udara.Abangnya,Angah,Helmy baru sahaja diangkat Kolonel setelah berkhidmat selama 3 tahun di perairan Somalia. 

Kick seorang jurufoto yang berbakat,buktinya dia antara graduan terbaik dalam batch tahunnya dan sering mendapat deanlist dalam hampir kesemua semester yang ditempuhi. 

Dek kerana minat yang mendalam dengan bakat yang ada,Kick pernah memenangi hadiah vacation - on- photography  ke Nepal untuk mengambil gambar di Kathmandu,Nepal bersama Alex Tsai,photographer landscape terbaik dunia meskipun dia sudah pun mencecah separuh abad.

Walau bagaimanapun,bakat fotografi serba sedikit merimaskan dirinya.Hal ini kerana permintaan yang tinggi dalam bidang modelling atau magazine photography di Malaysia adalah lebih banyak berbanding landscape view photography.

Perkara ini serba sedikit bertentangan dengan minat yang ada pada Kick. Namun begitu,Kick menggagahkan hatinya,untuk mencari rezeki,demi minatnya dalam landscape photography yang mendamaikan. 

Kuat dalam hatinya, Kick ingin terbang ke Mahameru,Indonesia dan  Niagara Falls,USA untuk pemandangan yang menakjubkan.

Sesuai akan kemahuan dirinya.  

Hari itu,Kick tidak bekerja.Tiada panggilan dari majalah yang dijual dengan isu membawang.Tiada sebarang Whatsapp daripada promosi instagram @vercuronium_photography miliknya.

Yang jelas hari itu adalah miliknya. 

Pagi itu Kick keluar awal,dengan bersiar-siar sekitar Kuala Lumpur , Pasar Seni dan Petaling Street. 

Selain daripada landscape photograpy,Kick turut meminati street photography yang begitu memuaskan hatinya.Ibarat melepaskan tekanan kerja daripada editor majalah yang cerewet majalah termuka Malaysia. 

Kick berjalan dari rumahnya di Subang Jaya menaiki LRT menuju ke KL Sentral.Awal pagi itu keluar,hari juga masih gelap tatkala Kick keluar dari rumah. Namun cuaca hari itu baik,moga saja mendamaikan,kata Kick. 

Sesampainya dia di KL Sentral,Kick segera menukar halauannya menaiki KTM untuk ke Stesen Kuala Lumpur. Stesen yang telah lama ada sejak zaman penjajahan lagi. Meskipun usang dan lama,Kick merasakan stesen itu mendamaikan. 

Pertama,kerana unsur aesthetic bangunan kolonial Inggeris yang menjajah sejak dahulu kala.

Kedua,kerana Umayra. Gadis comel berbaju kurung Pahang yang sering turun dari Batu Caves ke Stesen Kuala Lumpur.

Bahnof : Di Sini Cerita Kita BermulaWhere stories live. Discover now