Epilogue : Umayra

23 1 0
                                    

Tersibak helai nestapa menggulung lesu rambutmu

Di khayalan yang melada jantungku

Terasuk resah yang melimpuhkan rindu

Disanalah ku bersandar menunggu

Derapan lajumu yang menggontai pilu

Dan mengapa bunga di telinga jadi rajutan mimpi

Segenap cahaya yang mengalahkan gelap

Yang ada di penjuru batin yang risau

Kemanakah kau kan berpulang

Sematkan dirimu risalah ini

Dalam sentuhan yang menyatukan derita ini

Kamu lebih ayu dengan bunga di telinga

Kamu lebih ayu dengan bunga di telinga

Damai terpana bersada raya

Menunggu hadirmu yang santun

Ku terpaku

Kamu lebih ayu dengan bunga di telingamu

Kamu lebih ayu dengan bunga di telingamu

Damai terpana bersada raya

Menunggu hadirmu yang santun

Ku terpaku 

Siulan lagu daripada Noh Salleh keluar dari earphone menerusi Ipod milik Umayra. Dia segera membetulkan shawlnya yang senget sebelah gara-gara earphone tertarik apabila masuk ke dalam KTM Batu Caves menuju ke Kuala Lumpur,tempat Umayra bekerja. 

"Noh makin lama makin buat lagu sendu-sendu.Tak macam masa dia dengan Hujan zaman rambut helmet dulu.Tapi betul dia makin sweet." getus hati Umayra.

Umayra,seorang gadis peranakan Cina berketinggian sederhana itu bekerja sebagai sebuah petugas perpustakaan awam berdekatan dengan KTM Kuala Lumpur.Sejak habis belajar dalam Diploma Public Administration di UiTM Seremban 3, Umayra belum lagi melahirkan hasrat untuk menyambung pelajarannya.Nekadnya,satu. 

Hanya mahu menjaga ibunya yang sedang sarat dirumah.Ibu kesayangannya yang mempunyai diagnosis Breast Cancer Stage 4,dengan setiap hari memerlukan rawatan chemotherapy dan radiotherapy di hospital berdekatan rumahnya. 

Ibunya,Maryam berusia hampir 70 tahun,dan sedang meniti usia-usia tuanya bersama anak bongsunya,Umayra dan seorang pembantu rumah kelahiran Medan,Indonesia. 

 Anak-anaknya yang lain,meskipun bekerja,tiada yang boleh diharap.Yang pertama, Tahir,seorang engineer di salah sebuah perusahaan perminyakan di Australia.Walau bagaimanapun,biarpun gajinya mempunyai lima digit angka sepurnama,namun langsung tidak membalas jasa. 

Tahir cuma hanya memberikan duit setiap bulan tanpa menjenguk ibunya di Malaysia,setelah berkahwin dengan rakan sekerjanya,Pamela,seorang wanita Pan Asia berkelahiran Australia kacukan Burma.  

Anaknya yang kedua,Saleha,seorang pramugari syarikat penerbangan terkemuka Qatar Airways,sudah 5 tahun berkhidmat.Kerjanya ke sana ke mari bersama kru penerbangan sambil melayani penumpang-penumpang. Basenya berada di Dubai,Qatar dan hanya di hari raya baru terlihat akan bayangnya. Meskipun cuma 2 atau 3 hari bersua. Itupun Saleha tidak betah berkunjung ke teratak ibunya itu,Qatar lebih elit dan sosial katanya.

Maryam hanya mahukan anak-anaknya.Bukan wang semata-mata. Yang cuma boleh diharapkan adalah anak bongsunya,Umayra,gadis perawan lewat 20 an itu. Cuma dia.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 25, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Bahnof : Di Sini Cerita Kita BermulaWhere stories live. Discover now