BAB 2

40 4 0
                                    

Alunan lagu-lagu cinta dendangan Celine Dion membuai jiwanya.Bagai mengerti isi hatinya saat ini. Lagi seronok jika orang di sebelah sana juga mempunyai perasaan yang sama sepertinya. Tindaklah dia seperti bertepuk sebelah tangan sahaja..

Penat berbaring. Dareena menuju ke balkoni rumahnya mengambil angin malam. Tiupan lembut bayu malam menyegarkan dirinya. DZ masih lagi dingin terhadap dirinya. Walaupun sudah banyak kali dia cuba mendekati lelaki itu,tetapi masih menemui jalan buntu..

Kalau diajak makan,macam-macam alasan yang diberikan. Sama juga bila diajak ke tapak binaan. Banyak kerjalah,penatlah,ada temu janjilah. Macam-macam. Tidak tahu cara apa lagi yang dia perlu buat untuk menarik perhatian lelaki itu.

Riuh-rendah suara penghuni banglo sebelah menarik perhatiannya. Macam ada majlis keraian pula di sana. Beberapa buah kereta mewah kelihatan tersusun di bahu jalan. Lampu-lampu bercahaya terang menerangi laman hadapan. Seronok pula kalau ada majlis begitu. Rumahnya pun sudah agak lama tidak riuh seperti itu. Mindanya mencongak-congak sesuatu. Apa kata kalau....

Pantas kakinya berlari ke tingkat bawah. Pasti papanya masih di bawah menonton siaran Buletin Utama. Ada sesuatu yang perlu dibincangkan dengan segera. "Papa, bila kali terakhir syarikat buat party?"

Datuk Malik yang sedang khusyuk menonton televisyen agak terkejut dengan pertanyaan anak gadisnya yang tiba-tiba. Tidak ada angin, tidak ada ribut, tiba-tiba sahaja tanya pasal parti. "Akhir tahun lepas. Kenapa tiba-tiba tanya soalan macam tu?"

"Ha...apa kata kalau kita buat parti? Alah, saja-saja. Nak merapatkan hubungan pekerja dengan majikan. Bolehlah papa," rengek Dareena persis anak kecil yang mahu dibelikan anak patung. Memang mengada-ada!

"Tapi biasanya family day kita buat hujung tahun. Tunggu sajalah hujung tahun. Bukannya lama sangat pun. Beberapa bulan saja lagi." Papanya seakan tidak bersetuju.

Bibir Dareena sudah mula muncung sedepa.

"Family day is family day. Itu lain kira. Ini kita buat parti suka-suka saja. Hah, anggap saja parti menyambut kepulangan Reen. Papa janji nak buat, kan?" pujuk Dareena lagi. Selagi papanya tidak setuju, selagi itulah dia akan pujuk. Dia akan pastikan parti itu tetap diadakan.

"Macam-macamlah kamu ni, Reen. Nantilah papa bincang dengan mama dulu. Entah-entah mama kamu ada plan lain."

Malas betul dia hendak melayan kerenah anak manjanya itu. Macam-macam.

"Apa sebut-sebut nama mama ni? Ada apa, sayang?" Datin Salihah mengusap rambut anak perempuan tunggalnya. Ini sahajalah jantung hatinya.

"Hmmm...awak tanyalah anak kesayangan awak tu." Datuk Malik membiarkan kedua-dua wanita itu berbicara. Malas dia hendak masuk campur.

"Kenapa sayang?"

Dareena melentokkan kepalanya ke bahu mamanya. Tubuh itu dipeluk erat. Kalau dengan mama, pasti semuanya boleh. "Mama, apa kata kalau weekend ni kita buat parti kat rumah? Mamakan dah janji nak buat parti sempena menyambut kepulangan anak kesayangan mama ni."

Puas merengek dengan papanya, mamanya pula jadi mangsa untuk melunaskan impiannya. Kali ini pasti berjaya.

"Oh, pasal tu. Mama ingatkan pasal apalah tadi. Hmmm...parti? Boleh jugak. Lagipun, dah lama jugak kita tak buat parti kat rumah, kan?

Dareena seakan mahu melompat kegembiraan. Nampaknya rayuannya kali ini berjaya. "Jadi, bolehlah ya mama. Oh, thanks a lot my dear mama. I love you so much."

Pipi mama kesayangannya dikucup bertalu-talu. Nampaknya, usaha untuk mendekati DZ hampir menuju kejayaan.

"Isy, budak ini. Sudahlah. Nanti mama bimcang dengan catering."

Makin lebar senyumannya. Macam sudah tidak boleh hendak ditutup. Suka benar.

"Okey. Reen naik atas dulu ya mama. Hah, kalau mama perlukan bantuan, you can count on me, okay!

Dahi mamanya pula menjadi mangsa ciumannya. Dareena berlari-lari anak menuju ke tingkat atas. Bukan main gembira lagi dia. Apa taknya, rancangannya hampir berjaya. Mahunya tak suka. Sudah terbayang minggu ini. Pasti akan menjadi kenangan terindah di dalam hidupnya.

Hati Bila CintaWhere stories live. Discover now