Kad Jemputan disuakan kepada Fenn. Kad bersampul putih itu dibelek-belek. Pantas jari--jemarinya membuka sampul itu. Wangian segar semerbak menyapa hidung. Kad jemputan berwarna merah jambu lembut itu dibelek lagi. Cantik. Macam kad jemputan kahwin.
"Jemputan ke majlis apa ni?" Tidak tahu apa motif DZ memberinya kad itu. Rasanya tidak ada kena-mengena dengan dirinya. Atau hendak tunjuk contoh kad kahwin? Isy, gatal sungguh!
"Just a party. Bos I nak buat majlis sempena menyambut kepulangan anak dia. Dia jemput semua staf syarikat," terang DZ. Kentang goreng disuakan ke mulut.
"So?" Masih tidak faham. Dia bukanya warga syarikat itu pun. Buat apa hendak bagi tahu dia.
"Temankan I." Permintaan atau paksaan? Dia sendiri tidak pasti. Kalau boleh memang dia mahu Fenn menemaninya ke sana.
"Hah? Aku dengan kau pergi sana? Berdua?" Ragu-ragu. Biar betul mamat ni!
"Eh, taklah. Ajak satu restoran ni sekali."
Terbeliak mata Fenn.
Ketawa DZ berderai. Soalan jenis apa pun dia tidak tahu. Dah orang tengah bercakap dengan dia, mestilah ajak dia. Takkan nak ajak ayam dengan itik kut?
"Isy, tak naklah. Aku bukannya warga kerja syarikat tu. Malulah nak pergi. Lagipun inikan majlis syarikat kau. Kalau aku pergi nanti, buat menyibuk saja." tolak Fenn. Tidak kuasa dia hendak pergi. Nanti DZ sibuk dengan kawan-kawannya, tinggalkan dia sendiri terpinga-pinga.
"Kalau I kata you wajib pergi?" duga DZ. Tak kira, Fenn mesti jadi pasangannya di majlis itu nanti.
"Kau gila? Tak naklah aku. Seganlah. Bukannya reti sangat nak bermajlis-majlis ni. Kalau pergi majlis kahwin aku tahulah," tolak Fenn sekeras mungkin. Kalau pergi banyak yang kena fikir. Hendak pakai baju apalah, hendak kena bersoleklah, hendak kena itulah, inilah. Isy, bukan dia!
"Pergi makan saja. Siap makan, baliklah. Ah, tak kira. Keputusan muktamad. Malam Sabtu ni, tunggu I datang ambil." Diktator. Tidak kira. Selagi kemahuannya tidak dituruti, selagi itulah dia akan memaksa.
"Wei!"
Fenn tidak puas hati. Apa kes main paksa-paksa orang? Kalau orang tak nak pergi tu, tak naklah maknanya. Nak paksa-paksa bagai ni kenapa?
"Pergi atau tambah lagi sepuluh hari?" Memang diktator tahap dewa. Kalau berani lawanlah!
Fenn terdiam. Air mukanya jelas menunjukkan yang dia tidak puas hati. Makan malam ini tidak seceria malam-malam sebelumnya. Fenn diam seribu bahasa.
DZ juga sama. Walaupun terdetik juga rasa bersalah di hatinya, tetapi dia buat tidak tahu sahaja.
Lama tidak melihat Fenn marah begini padanya. Selama sebulan keluar bersama, jarang sekali wanita itu marah. Kalau marah pun, pasti dipujuknya. Marahnya jadi tidak lama. Tetapi kali ini, dia sengaja biarkan Fenn marah sebab dia rindu hendak tengok wajah marah wanita itu. Pasti muncungnya panjang sedepa. Kulit wajahnya yang putih mesti jadi merah. Comel.
Rasa menggelegak dada Fenn menahan rasa geram. Perangai lama DZ sudah datang balik. Kalau sebulan lepas, bukan main romantik lagi. Tetapi malam ini, perangai diktatornya menjelma kembali. Rasa hendak dilenyek-lenyek mamat di hadapannya ini biar jadi bergedel. Lagi sedap. Senyum sinis DZ buat dia rasa makin geram
YOU ARE READING
Hati Bila Cinta
RomanceDua-dua tak sebulu..Hari-hari kerja mereka bergaduh saja..Macam anjing dengan kucing..Bolehkah si dara dan si teruna ini hidup bersama?? Tetapi,dalam benci ada cinta..Mulut kata benci,hati kata cinta.. DZ tak mengalah walaupun berkali-kali dia ditol...