BAB 1

56 4 0
                                    

Muka DZ dipandang penuh kehairanan.Senyumannya lebar ke telinga.Entah hantu apa pula yang merasuk kawannya pagi-pagi begini..Bukan main ceria lagi..Sejak kebelakangan ini,memang nampak perubahan pada air muka sahabat baiknya itu..Senyum memanjang.Staf buat salah pun tidak marah macam dulu lagi..Dapat durian runtuh ke??

"Bro,aku nak tanya sikit boleh?"Mahu juga dia tahu durian apa yang sudah runtuh atas kepala kawannya itu.Kalau sedap,boleh dia tumpang makan sekali..

"Sejak bila pula kau kena mintak izin nak tanya soalan ni?? Tanya sajalah." Matanya tekun menghadap komputer riba.

"Aku tengokkan,sejak kebelakangan ni, kau asyik senyum saja. Dah tak marah-marah macam dulu. Kau kenapa?? Dapat durian runtuh ke?" soal Azhar sedikit berbisik..

DZ tidak segera menjawab. Masih lagi dengan senyumannya..

"Bro,aku tanya ni! Tengok,aku tanya kau tak jawab. Ni yang aku malas nak tanya ni. Dengan aku pun kau nak rahsia ke?"Dulu pun pernah dia cakap soalan ini,tetapi jawapanya dia kena fikir sendiri. Entah apalah yang rahsia sangat tu..

"Tak ada apa-apalah." Sebenarnya dia tidak tahu bagaimana hendak bercerita mengenai hal itu. Entah apa reaksi Azhar nanti bila dia tahu mengenai perkara itu. Pasti teruk dia diperli..

"Kali ini aku tak percaya kalau tak ada apa-apa.Ini mesti ada apa-apa. Baik kau cerita dekat aku. Kalau tak,aku canang satu ofis ni yang kau nak kahwin. Sebab tu kau happy semacam saja." Entah dari planet mana idea itu datang. Tiba-tiba terkeluar. Tetapi logik juga,kan? Bijak juga kepala otak dia..

"Kau ni beragaklah kalau nak balas dendam pun. Okey,aku ada sesuatu nak bagitahu kau. Tapi kau kena janji dengan aku yang kau takkan kata apa-apa dan tak akan bocorkan rahsia." Lagi elok rasanya kalau dia ceritakan sahaja. Kalau tidak,memang haru satu ofis. Mulut Azhar bukan boleh dikira sangat..

"Hah,aku dah agak dah.Mesti ada sesuatu nie. Okay,trust me bro,Don't worry." Azhar membetulkan duduk. Bersedia untuk mendengar cerita panas yang bakal dibocorkan oleh mulut DZ..

"Okey." DZ tarik nafas dalam. Wajahnya tambah ceria. "Aku keluar dengan Fenn."

Wajah Azhar yang tenang bertukar riak. Berkerut seribu. Macam dia pernah dengar nama itu..

"Fenn? Perempuan mat salih mana pula tu? Makwe baru?" Bunyi macam nama orang putih. Takkanlah DZ berkenan pada perempuan macam tu,kut? Setahunya,dari dulu lagi lelaki di hadapanya itu memanag anti dengan perempuan mat salih. Berubah hati?

"Mat salih apanya? Fenn,Fazreen. Perempuan yang mama aku carikan untuk aku tu. Kau ni, lain kali otak tu servis sikit. Orang dah pakai memory 4GB, kau masih lagi pakai yang lama. Slow betul."

"Ooo...perempuan tu. Perempuan yang kau anti gila tu ke?" Baru dia ingat. Bakal isteri tidak jadi DZ. Gadis manis bertudung yang ditunjukkan DZ beberapa bulan dulu..

"Kau keluar dengan dia? So?" Keluar sajalah. Apa yang gembira sangat? Atau...

"Memang sah pakai memory zaman tok kaduk kau ni. Dahlah,malas aku nak cerita panjang lebar. Kau bukannya faham pun. Buat penat aku saja."

"Kau keluar dengan dia maknanya kau bercinta dengan dia? Macam tu maksud kau?" Apa benda ni? Bulat matanya menanti jawapan daripada DZ. Kalau betul telahannya, memang patut pun kalau DZ berperangai macam oarang angau..

"Taklah bercinta. Tapi, entahlah. Aku rasa seronok pula bila dah kenal dia. Not badlah." Dz tersandar di kerusi. Terbayang keletah manja dan malu-malu Fenn setiap kali diusik. Wanita itu punyai sesuatu yang boleh membuatkan orang terpikat padanya..

"Wow! Hebat. Mantap." Memang tidak disangka. Patutlah ceria semacam. Sedang dilamun cinta rupanya. Akhirnya,ada juga seorang wanita yang boleh mencairkan hati batu kawannya itu. Paling tidak disangka, orang itu adalah musuhnya sendiri. Memang benarlag kata orang, jangan sesekali membenci orang, nanti kalau dah suka, merana. Inilah contohnya..

"Apa yang hebatnya?"

"Tak ada lah. Dulu,bukan main anti lagi kau dekat dia. Sekarang,dah angau. Tapi bagus juga. Tak ada lah staf kau tension sebab asyik kena marah kalau buat salah."

"Woi,aku bukannya bercinta betul-betul pun dengan dia. Kau ingat tak yang aku cakap kereta aku accident bulan lepas?"

Azhar angguk. Yang itu lagi dia pelik. Kalau orang lain, mesti sudah melenting bila kereta kesayangan kena langgar. Tetapi DZ siap boleh senyum..

"Fenn yang langgar aku. So, sebagai ganti rugi aku tetapkan yang dia akan jadi pasangan aku selama sembilan puluh hari," jelas DZ..

Azhar mengangguk laju tanda sangat faham. Baru dia mengerti kini rahsia sebenar si sebalik senyuman DZ.. Memang sah kawannya itu telah jatuh cinta. Tidak perlu diselindungkan..

"Jadi, dia setuju macam tu saja?" Takkanlah Fenn boleh setuju macam itu sahaja. Setahunya, Fenn juga anti dengan DZ,kan?

"Taklah. Aku gertak dia nak laporkan pada polis. Itu yang dia kecut tu. Terus setuju." Masih terbayang di matanya betapa pucat wajah Fenn bila disebut tentang polis. Jahat betul dia. Tetapi kalau tidak dibuat begitu,Fenn tidak akan setuju..

"Bergeliga betul otak kau ni kan? Otak penipu."
Ketawa DZ dab Azhar bersatu. Bergema ruang pejabatnya..

"Habis tu,kau serius ke?"

Pertanyaan Azhar membuatkan DZ terdiam. Dia sendiri tidak pasti apa jawapannya. Seriuskah dia atau sekadar mahau membalas dendam? Tetapi sanggupkan dia menghancurkan hati Fenn? Dia sendiri naik binggung bila difikirkan balik..

Fenn seakan tidak ada perasaan yang sama sepertinya. Nampak selamba sahaja. Agaknya wanita itu pun tidak sabar menanti tempoh berakhirnya denda. Iyalah,orang sudah ada pilihan hati. Cemburunya meletus bila teringatkan lelaki yang selalu mendampingi Fenn..

"Kenapa kau diam? Kau jangan DZ,nanti aku takut kau yang gigit jari. Bila dendam bertukar cinta, sakitnya lain tau!" Azhar cuba mengingatkan sahabatnya itu. Jangan nanti ada yang menyesal di kemudian hari.

Azhar berlalu ke pejabatnya. Membiarkan DZ sendiri memikirkan hal itu..

#nnti I sambung
#slow updated ok
#enjoy ye

Hati Bila CintaWhere stories live. Discover now