Zhariff
Zhariff iskandar kelihatan agak sibuk menghiaskan bunga yang ditempah oleh pelanggannya . Zhariff telah mengupah dua orang pekerja bagi membantunya untuk menguruskan kedai bunganya . Zhariff boleh dikatakan sangat rapat dengan perkerjanya . Zhariff amat berpengetahuan dalam bunga-bungaan seperti bunga mawar banyak maksudnya salah satunya bunga mawar digunakan untuk menyatakan rasa cinta sesorang kepada kekasihnya , manakala bunga calla lily pula ialah mencerminkan kecantikan yang sangat luar biasa ia akan menambahkan kecantikkan pada hari perkahwinan seseorang . Bunga garbera daisy pula bermaksud kegembiraan kerana warna cerahnya . Ia dapat mengangkat lagi semangat seseorang . Bunga-bunga telah sebati dalam dirinya . Dia juga selalu bercakap dengan bunga-bunga di kedainya seakan bunga itu bernyawa yang akan membalas kata-katanya bukannya dia gila atau obses kepada bunga tetapi dia telah menganggap bunga itu adalah sebahagian daripada hidupnya dan tempat ia meluahkan perasaanya . Oleh kerana itu dia banyak menghabiskan masanya di kedai bunga . Walaupun dia mempunyai masa lapang , dia juga masih menyibukkan dirinya dia kedai bunganya .
.
.
Kereta volkswagen passat milik zhariff telah mengambil ruang parkir di banglo keluarganya . Seluruh keluarga zhariff termasuk iparnya tinggal serimah dengannya . Dua daripada adik-beradik zhariff iaitu abang sulungnya zhaliff dan adik perempuannya zhara sudah mendirikan rumahtangga dan sudahpun mempunyai cahaya mata manakala zhariff dan adik bongsunya zhira masih belum berumahtangga . Seusai sahaja menaggalkan kasut zhariff terus melangkah memasuki ke dalam ruangan biliknya lalu dia merebahkan dirinya ke katil . Dia sangat letih akan kerjanya . Zhariff terbayang-bayangkan akan wajah seorang wanita yang pernah bertahkta di hatinya . Dua tahun yang lalu wanita itu pernah menjadi kekasih hatinya namun kedua orang tua wanita itu tidak merestui akan hubungan mereka dengan itu mereka telah memutuskan hubungan mereka . Sedang asyik teringatkan peristiwa silam itu zhariff terus terlena tanpa membersihkan diri .
.
.
Seluruh keluarga zhariff telah berada di ruang makan untuk menikmati sarapan pagi yang disediakan oleh kakak iparnya dan juga pembantu rumahnya . Sedang rancak mereka berbual-bual tiba-tiba tan sri huzair melemparkan soalan kepada zhariff "zhariff , daddy tengok kamu ni asyik habiskan masa kamu di kedai bunga je . Bila masanya kamu nak cari calon isteri ? "
Zhariff mengeluh sudah beberapa kali juga soalan itu dituju oleh daddynya . " daddy , zhariff rasa nanti dulu kot , sebab jadual zhariff memang full banyak tempahan daripada customer lagipun just waste my time la nak cari calon isteri . Zhariff lebih suka hidup bujang " jawab zhariff
"Hish , apa cakap macam tu . Kamu tengok zhaliff dengan zhara diorang dah kahwin ada anak lagi . Kamu tak teringin ke ? Lagipun daddy nak la terima cucu lagi "
" hish , daddy kalau nak cucu lagi suruhlah kak Ain beranak lagi takpun zhara " ketawa zhariff tanpa rasa bersalah
" daddy nak cucu dari kamu bukan diorang . Hish budak ni kalau cakap topik pasal kahwin ada je nak main-main "
"Okay-okay , sorry daddy janganlah marah , InshaaAllah nanti zhariff cari . Tapi bukan masa terdekat ni . Lagipun zhariff busy , banyak benda nak kena buat "
" it's up to you , tapi janganlah lama-lama sangat . Manalah tau nanti daddy tak sempat nak tengok anak kamu pulak "
" daddy ni janganlah cakap macam tu . InshaaAllah adalah jodoh zhariff nanti "
"Jodoh kena dicari , bukannya tunggu dia turun dari langit " balas tan sri huzair dengan muka yang sengaja dicukakan
Wah , sarkastik sungguh daddy nya .zhariff iskandar sebenarnya seorang lelaki yang mempunyai paras rupa yang kacak dan berbadan sasa . Ramai juga wanita diluar sana tergila-gilakan akan zhariff namun tidak ada seorang pun yang dapat melekat di hatinya . Zhariff lebih hidup membujang daripada hidup berumahtangga . Zhariff merupakan anak kedua daripada empat orang adik-beradik . Zhariff merupakan anak kedua kepada Tan sri Huzair dan Puan sri Aida . Malangnya puan sri Aida sudah meninggal dunia semasa melahirkan adik bongsu zhariff .
Zhariff membuka sebuah kedai bunga kerana dia lebih minat kepada bungaan . Walaupun keluarganya mempunya syarikat sendiri namun zhariff agak kurang berminat untuk berkerja di syarikat keluarganya . Syarikat keluarganya telahpun diuruskan oleh abang sulungnya iaitu Zhaliff .Hai semua sorry sis lambat update sebab sis sibuk . Klau ada part2 yg tk best tu sorry ye . Sis akan cuba perbaiki cara penceritaan sis .. adakah zhariff ni bakal mencuri hati aurora ? Just wait n see .. huhu .. sis harap korang enjoy ye baca story ni .. laff u all ❤️ ❤️