Episode 2

127 8 4
                                    

Hari yang dinanti- nantikan telah tiba . Aurora kelihatan agak anggun apabila mengenakan busana pengantin berwarna putih salju serta mengenakan solekan yang tidak terlalu tebal . Aurora berasa sangat gemuruh kerana pernikahannya bakal berlangsung sebentar lagi . Dia mengharapkan majlis pernikahannya berjalan dengan lancar .
Semua tetamu sedang menunggu ketibaan pihak pengantin lelaki yang masih lagi dalam perjalanan menuju ke masjid .
Dalam beberapa minit kemudian pihak pengantin lelaki telah tiba . Aurora terpegun akan kesegakkan Farith yang mengenakan baju melayu bersama kain samping . Untuk tidak melengahkan lagi masa Farith terus duduk menghadap tok kadi untuk menjalankan akad nikah .
" Mohd Farith Danial bin Mohd Fazhil"
" saya "
" aku nikah kan dikau dengan Nur Aurora Safiyya binti Mohd Amran dengan mas kahwin nya seribu ringgit tunai "
" aku terima nikah nya Nur Aurora Safiyya binti Mohd Amran dengan mas kahwin nya seribu ringgit tunai "
" sah ?" Tanya tok kadi kepada kedua-dua saksi .
" sah " jawab kedua-dua saksi .
Ke semua tetamu menadahkan tangan apabila tok kadi membacakan doa setelah akad yang dijalankan dengan sekali lafaz .
Setelah selesai semua upacara Aurora mencari farith yang dari tadi menghilangkan diri . Akhirnya Aurora terlihat Farith yang sedang berbual-bual bersama rakannya iaitu Badri . Farith kelihatan seperti sangat gelisah semasa berbual bersama Badri . Aurora datang menghampiri mereka , mereka terkejut akan kehadiran Aurora .
" haa sembang apa ni ?" Soal Aurora
" mana ada sembang apa- apa la , kitorang tengah sembang hal lelaki la . Kau apa tau " ujar Badri
" tak de la .. actually kitaorang tengah discuss pasal bisnes " ujar Farith .
" halah takkan la time2 macam ni nak sembang pasal bisnes . Apa kata awak lupakan dulu pasal bisnes , ini kan hari bahagia kita " ujar Aurora
" ok la sayang , saya discuss sikit je dengan Badri ni "
" ok la saya nak minta diri dulu , nak pegi bergambar . Kau Badri jangan lupa datang time reception esok tau " ujar aurora sambil meminta diri untuk pergi bergambar .
Selepas sahaja Aurora beredar dari situ , Farith dan Badri meneruskan perbualan mereka .
.
.
Keesokan harinya adalag hari persandingan mereka . Ramai tetamu telah hadir untuk memeriahkan lagi majlis persandingan mereka . Majlis persandingan mereka diadakan di kediaman pengantin perempuan . Aurora mengenakan busana pengantin berwarna merah jambu . Setelah selesai disolek oleh mak andam Aurora duduk di hadapan cermin sambil mengemaskan tudungnya . Amira pula menemaninya di dalam bilik sementara menunggu untuk menyambut ketibaan pihak pengantin lelaki . Tiba-tiba Amira bersuara " weh kau tak perasan ke dengan farith ?"
"Perasan pasal apa ?"
"Tak lah semalam aku tengok Farith tu macam pelik tau . Dia macam gelisah , aku rase macam ada something yang dia sorokkan "
" jangan mengarut lah , aku tengok biasa je dia semalam . Dia gelisah sebab dia kan yang kena akad dengan tok kadi , mestilah ada perasaan macam tu "
" ye la .. aku cakap je . Jangan la marah . Hee . Maybe betul jugak sebab kalau dia tak nak kahwin dengan kau , time nikah jugak dia lari " Amira ketawa .
"Kau ingat kelakar ke . Aku kenal dia la beb almost nine years kot aku kawan dia , then aku dengan dia tunang pon dah tiga tahun . Dia yang ajak aku kahwin "
" ye la puan Aurora . Ehh lambatnya pengantin lelaki sampai ? Patutnya dah sampai . Kau dah call dia ?"
" ye tak ye jugak . Jup aku try call "
Aurora cuba untuk menghubungi Farith namun panggilan nya tidak dijawab oleh Farith . Beberapa minit kemudian telefon bimbitnya berdering . Namun panggilan tersebut bukan daripada Farith tetapi Badri .
Aurora menjawab panggilan tersebut " hello Badri .. asal lambat ? Aku dah try call Farith tapi tak diangkat-angkat " soal Aurora
"Aurora actually ada something yang aku nak cakap ......
Belum sempat Badri ingin meneruskan kata-kata nya Farith terus merampas telefon itu dari Badri lalu dia bercakap dengan Aurora .
" hello awak , ni saya Farith , actually ada something saya nak bagitahu "
" hello Farith , kenapa lambat ada apa-apa yang berlaku ke ?" Soal Aurora
" saya rasa , saya tak boleh teruskan perkahwinan ni . Saya keliru dengan perasaan saya , saya tak ready nak jadi seorang suami . Saya rasa saya tak boleh . Maafkan saya Aurora "
Aurora seakan terkejut apbila mendengar pernyataan daripada Farith . Aurora seolah-olah tidak percaya lalu Aurora berkata "Farith tolonglah saya tak ada masa nak bergurau-gurau sekarang ni ramai tetamu dah datang better awak gerak sekarang " .
"Aurora i'm serious , i no have a time for joke ! Sekarang ni saya tak nak cakap banyak awak dengar apa yang saya cakap " Nur Aurora Safiyya binti Mohd Amran aku ceraikan kau dengan talak satu " . Aurora kita jumpa dekat makhamah je nanti " Farith terus mematikan perbualan tersebut .
Aurora terkejut lalu menangis , perkara ini berlaku secara tiba-tiba . Aurora rebah kerana tidak kuat untuk menerima kenyataan ini . Amira baru sahaja memasuki bilik terkejut melihat Aurora lalu Amira bertanya " Aurora kenapa ni ? Tell me what happen ? What happen Aurora ?" Soal Amira
" beb .... Farith dah ceraikan aku , dia cakap dia tak nak jadi suami aku "
"Whatt !!! Are you serious ? Jangan main-main " Amira seakan tidak percaya .
Datin Maria dan Dato Amran menuju ke bilik Aurora untuk menanyakan kepada Aurora tentang kelewatan Farith . Mereka memasuki bilik Aurora , mereka terkejut melihat Keadaan Aurora .
"Aurora kenapa menangis ni ? Kenapa ? Cakap kat mama and papa " soal Datin Maria dengan agak terkejut .
"Mama papa , Farith dah ceraikan Aurora dia tak nak teruskan perkahwinan dengan Aurora . Aurora sayangkan dia tapi kenapa dia buat Aurora macam ni ?"
" astagfirullahalhazim ! Kenapa tiba-tiba ? Masalahnya sekarang ni tetamu semua dah datang apa kita nak cakap kat mereka nanti " soal Dato Amran
"Aurora malu pa . Kenapa benda ni jadi kat Aurora , Aurora tak kuat nak terima semua ni " Aurora menangis teresak-esak .
Datin Maria dan Dato Amran turut sedih atas musibah yang ditimpa ke atas Aurora . Amira juga turut simpati atas nasib yang ditimpa oleh rakan baiknya .

Tiga tahun kemudian ....
Sudah tiga tahun Aurora hidup menjanda . Selepas kes penceraian mereka selesai Farith telah membawa diri ke London . Bukan tidak ada lelaki yang mahukan dia namun sudah 6 kali dia menolak lamaran lelaki-lelaki tersebut . Kerana dia tidak dapat melupakan di mana dirinya telah dipermainkan oleh seorang lelaki . Luka di hatinya sudah sembuh namun parut luka di hatinya masih belum hilang . Dia berasa lebih selesa hidup tanpa seorang lelaki .
Aurora kelihatan agak sibuk menyusun baju muslimah di dalam Almari butiknya . Sejak Aurora bercerai , perniagaan nya semakin maju . Amira rakan karibnya merupakan rakan perniagaan nya , dia juga banyak membantu Aurora menguruskan perniagaan . Amira memerhatikan Aurora yang sedang sibuk lalu Amira bertanya kepada Aurora " beb kau tak penat ke ?"
"Tak ada penat la . Aku dah biasa buat kerja ni . Lagipon aku tak ada sapa-sapa yang nak dijaga " jawab Aurora dengan selamba .
"Kau ni bukan tak laku , banyak lelaki yang nak kat kau . Tak silap aku dah 6 kali kau tolak lamaran mereka kan ?"
"Beb , aku trauma la dengan lelaki . Diaorang semua sama je , suka mainkan perasaan perempuan . Aku tak nak pisang berbuah 2 kali . Aku takut la beb . Sekarang ni hati aku dah tertutup untuk semua lelaki " Aurora mula berasa sebak .
"Aurora , tak semua lelaki sama tau . Kau kena ada peneman hidup umur kau pon nk dekat 30 tahun , kau tak teringin ke nak ada anak ? Aku tahu kau trauma tapi kau kena buka hati kau untuk lelaki lain . Maybe Farith bukan jodoh kau yang tetap . Farith tu jodoh kau sementara . Sekarang ni kau kena cari jodoh kau yang tetap untuk selama-lamanya " . Bebel Amira
"Dah la Amira mentang-mentang la kau kau dah kahwin ada hati nak nasihat kan orang . Nasib baik la kau kakak ipar aku . Ehh macam mana kau boleh bercinta dengan abang naufal ? Macam mana aku tak tahu langsung yang korang ni dah bercinta 2 tahun . Silent relay betul la korang ni sampai semua orang tak tahu " Aurora cuba untuk mengunah topik .
Amira dan naufal memang sudah 2 tahun mempunyai hubungan namun tidak diketahui semua orang . Mereka merahsiakan hubungan mereka . Selepas kes penceraian Aurora sahaja selesai mereka memberitahu perkara sebenar tentang hubungan mereka kepada semua orang . Selepas mendapat restu daripada kedua-dua belah pihak mereka merancang untuk berkahwin .
" kau ni ubah topik pulak . Biarlah kitaorang nak rahsia pon . Lagipon sekarang ni kitaorang dah selamat , kau je yang belum . Takkan la nak menjanda sampai tua " gurau Amira
Aurora ketawa selepas mendengar gurauan Amira . Dia sungguh terhibur apabila bersama Amira . Dia sangat bersyukur kerana mempunyai sahabat seperti Amira .

Sorry kalau ade part2 yang tak logik and tak menarik . Sis kekurangan ideal . Jenuh sis cari ideal untuk episode ni . Sampai ke pagi sis buat , mata sis pon dah ala2  mata panda . 🐼 sis harap korang enjoy . Klau ade typo tu maafla ye 😅 . Papeon sis akan cuba untuk perbaiki kan cara penulisan sis .. ❤️

Jadikan aku isteri untuk selamanya bukan untuk sehari . Where stories live. Discover now