1

161 2 0
                                    

  Aku sikat rapi rambut aku yang paras bahu. Dibahaginya 2 bahagian. Satu ke kanan dan satu lagi ke kiri. Cermin besar ditatap. Bukan muka yang aku lihat. Tapi tubuhku yang kembang. Hampa. Aku tutup mata lalu aku sikat lagi. Aku cuma raba seperti orang buta.
Oh, lupa nak bagitahu. Nama aku Aqila. Boleh panggil El. El? Aku baru balik dari rumah kawanku Sonia. Balik tu aku terus mandi dan solat isyak. Walaupun isyak ku pukul 1 pagi, solat tetap solat.

Lalu lembut aku hempaskan badan ke katil. Nahaslah kalau hempas seperti ahli tinju di tv. Mahu lebur berderai katil bujangku tu. Kasihan!

Samsung S7 yang sudah dicas penuh disambar!. Aku buka whatsApp.
Bertubi-tubi mesej menerjah. Aku tunggu dulu seminit dua sampai habis mesej. Kalau dibuka dulu, mahu hang telefon durjana ini. Bukan ori pun. Beli sahaja di pasar. Belambak!

Beribu jugak mesej masuk. Alah, bukan ada mesej dari dia pun. Kecewa. Ya, aku lupa. Mana ada nombor dia! Bodoh. Ketawa bagai nak gila. Pecah perut dibuatnya. Mujur masih ingat Allah. Bertubi-tubi istighfar keluar dari mulut cilaka.

Astaghfirullah. Astaghfirullah.

Baca jugalah aku mesej tah apa-apa tu. Kadang ada juga menghiburkan hati lara ini. Tangan kanan slide ke atas laju. Malas baca ah! ni politik semua.
Satu lagi grup aku buka. Semuanya gambar. Aku muat turun satu dan perkataan sial keluar dari mulutku tiba-tiba. Gambar wanita tiada seutas benang tertonjol di skrin. Ni baru satu! Beratus lagi nih ! Grup dosa ke apa ini? Aku left grup. Aku tahu, aku dahlah tak buat banyak pahala. Taknak lah aku tambah dosa.

Difikir balik, gambar wanita itu memang fuh! Ramping. Tolong jangan bandingkan dengan aku. Ah Siot!

3 jam aku hadap fon . Peminat tegar permainan mobile legends. Tapi kadang-kadang tu aku scroll instagram juga. Aku tak boleh tak tengok artis kegemaran aku walaupun sehari. Ya siapa lagi, Mario Maurer lah!. Kacak kan. Ah kau tak suka lantak kaulah.

Baru sahaja makan maggi di rumah Sonia, perut mula bising macam nak nasi. Aduhai! Laju je aku turun tingkat 1 rumah pangsa milik ayahku ini. Apalagi, ke dapur lah cari rezeki melantak pukul 4 pagi. Mujur masih ada nasi dan ayam goreng seketul. Alhamdulillah.

Kenyang-kenyang ni memang tak boleh tidur. Aku tunggu di hadapan tv ditemani Park Shin Hye. Cantik nya wanita ini, kalah anak dara Rasimah!. Fikir aku dalam hati. Posisi duduk tadi diubah menjadi posisi baring. Masya-Allah seperti paus terdampar. Penuh sofa!.

Sofa warna ungu yang aku duduk ini selesa betul tak seperti selalu. Lalu, perlahan mata aku tertutup dan lelap lah sampai pagi. Tv yang tengok aku bukan aku tengok tv. Dibiar terpasang sampai fajar pagi. Mahu kontang bapa aku bayar bil bulan ni. Aku sedar je dari sofa itu sebab azan subuh berkumandang lain macam. Sedapnya membuat aku ingin turut berjemaah. Tapi aku tak larat. Badan aku sakit sebab tidur di atas sofa kecil. Tak! Aku tipu. Aku yang besar, bukan sofa yang kecil. Hampa.

Aku kejutkan semua ahli keluarga ku untuk sembahyang menuju syurga. Alhamdulillah, semua senang bangun. Lepas subuh, lapar lagi. Aduhai. Aku buat air milo sejug untuk keluarga. Makan jelah dulu biskut tiger dengan air milo pagi tu. Hmm.

Aku memang tak cukup tidur malam tadi kan? Asyik main fon je. Ini semua salah mobile legends! Aku sambung balik tidur lepas melantak 5 keping biskut tiger cicah milo. Memang tak baik tidur lepas subuh ni. Orang tua-tua kata rezeki susah nak masuk. Aku memang ngantuk sangat. Serius aku tak tipu. Kali ni aku tidur dengan selesa di bilik dengan berlapikkan katil empuk.

Pukul 12 tengahari aku terjaga dari tidur. Itupun sebab aku mimpi pelik. Mimpi yang aku kurus macam Park Shin Hye . Lalu aku tengok badan aku.
Eh kau lagi kurus dari Park Shin Hye tu. Getus suara hati yang entah dari mana. Aku gelak persis orang gila.
Itulah akibat tidur disiang hari.

Lepas ngigau tu aku terus pergi mandi. Taknak dah tidur nanti parah mimpi benda lain pula. Sedang baju dipakai, sempat aku memikirkan mama aku masak apa erk harini.
Memang perut lapar lah dah  tengahari kut. Mama aku memang masak awal sebab dah masak sangat dengan anaknya yang kuat makan. Alhamdulillah, rezeki makan ayam lagi. Aku makan nasi lauk ayam berempah. Itu sahaja. Meskipun banyak lagi makanan yang terhidang di depan aku. Tapi itu semua sayur. Ewww. Ayam dah cukup bagi aku. Pergh memang tambahlah satu lagi pinggan.

Lepas makan, kunyah pula gula-gula getah sambil menonton tv. Tekak aku tetiba pula rasa loya. Aku pandang perut aku. Mustahil! Aku menggelengkan kepala aku laju dan gelak persis orang tiada akal. Tetiba ada suara angin masuk ke telinga aku. Itu lemak kau lah! Kemudian, aku kibas-kibas suara itu. Memang seperti orang gila. Tidak syak lagi! Haha.

Kusyuk aku baca sarikata yang terpampang di tv lakonan Mario Maurer tu. Emm Kacak!
Tapi aku tak nampak dengan jelas perkataan tu kerana kadang pandangan aku jadi kabur. Aku risau juga. Aku ada penyakit ke? Tidak mustahil aku akan dapat penyakit sebab badan aku yang sebesar ni memang berisiko untuk dapat semua tu. Aku takut sebenarnya bila difikirkan balik. Memang dah lama aku rancang nak jumpa doktor. Tapi tak tahu lah kenapa aku malas sangat. Allah sahaja yang tahu.

Aku tak pernah bagitahu sesiapa yang mata aku ni semakin kabur. Aku takut.

Memang aku nak jalankan gaya hidup sihat. Tapi perut ni sentiasa lapar. Macam mana?. Bersenam pun aku malu. Tu yang aku pilih untuk kurung diri dalam rumah. Aku fikir mahu bersenam di rumah sahaja, tapi satu pun tak jalan. Makan tetap makan. Tiada pantang larang langsung. Sungguh mama aku masak sangat sedap. Takkan nak tolak. Rugilah.

Badan aku semakin hari semakin mengembang. Berat pun dah cecah 100kg. Memang tak sesuai berat tu dengan umur aku 26 tahun ni. Kadang aku menangis seorang diri dalam bilik sebab terlalu memikirkannya.

Aku pun nak khawin, nak kehidupan bahagia seperti orang lain. Tak kan selamanya terperap di rumah mengharapkan ihsan dan belaian ibu bapa lagi . Aku dah besar. Mereka pun semakin berusia. Patutnya aku bagi kemewahan dan cucu kepada mereka. Ini kerja pun tiada.

Aku mengelamun panjang di sofa ungu sambil mata dipejam. Bukan untuk tidur lagi tapi untuk menenangkan fikiran yang dah mati. Kali ni tv yang terpasang tengok aku lagi.

"Ya, kau mesti ubah hidup kau ni, gemuk!"

Hah! aku terperanjat. Mata terbeliak. Aku fikirkan siapa. Rupanya suara di dalam tv yang dibiarkan terpasang tadi. Memang tepat kena batang hidung sendiri. Pandai juga tv ni bergurau pada waktunya. Geram! Lantas aku bangun dan ketak bunyi suis tv dioffkan.

Tiba-tiba kaki aku jadi kebas dan kepala aku pening. Aku duduk kembali di sofa itu lalu aku picit ubun-ubun kepala aku sendiri. Aku pandang siling rumah ianya seakan-akan berputar ligat. Kemudian, aku pejam mata kuat bagi hilangkan sakit yang dirasa dan berapa seketika aku lena.

Aku Nak KurusWhere stories live. Discover now