2

109 4 3
                                    

"Ma, El kat mana ni"

"Hospital. Kamu tak sedar diri tadi"

Aku celik je nampak siling. Padahal aku dah tahu aku kat hospital. Sengaja bertanya kepada mama ala-ala dalam drama melayu tv3.

Tapi, kenapa aku kat hospital? Aku sakit apa?. Aku tanya mama, mama kata tahap kolestrol aku tinggi. Itulah juga yang diberitahu oleh doktor. Patutlah selama ni mata aku kerap kabur.
Aku dah tekad, kali ni mesti kena buat sesuatu supaya lemak bodoh ni hilang dari aku.

Aku kat hospital tak lama. Petang tu aku dah balik rumah. Balik je aku buka peti ais. Ada aiskrim. Makan jelah dulu. Mama aku tak masak lagi sebab teman aku kat hospital. Sian mama. Nasib ayah aku dah makan kat luar tadi. Jadi, makanan ayah nanti jadi hak aku lah. Yes!

'Eh,kau kata nak buat sesuatu tadi'. Tiba-tiba suara angin datang ke telinga aku lagi. Aku kibas-kibas kencang sampai tak sedar aiskrim pada sudu aiskrim tu merecik ke serata ruang tamu. Aku pergi dapur ambil tuala buruk dan kembali semula ke ruang tamu. Fuh, mengah juga ek. Ada kelihatan tompok peluh di belakang baju aku. Biasalah orang gemuk ni kuat berpeluh.

Selesai sahaja mengelap, aku habiskan semua aiskrim yang masih tersisa. Sudahpun cair tapi masih sedap. Aku letak tepi bekas aiskrim tadi. Lalu, aku duduk disofa sambil lunjurkan kaki ku yang kebas tiba-tiba. Kepala aku terdongak keatas dan memikirkan semula kata-kata dari suara angin yang selalu menerjah ke telinga aku.

'Apa yang aku perlu buat ek. Aku nak hidup lama lagi. Aku taknak ada penyakit. Aku nak khawin'. Ligat otak aku memikirkan apa yang  perlu aku buat untuk jadi sihat.

Sihat. Sihat tak semestinya kurus. Yeke?

Tapi aku perlu kurus. Dengan keaadan aku sebegini, buat kerja sikit semua tak menjadi. Siapa yang suka orang gemuk ni. Tangan berlemak, jari macam twisties. Semua kerja yang aku buat, semua tak betul walaupun aku buat dah habis baik. Sian orang gemuk ni. Aku ada baca fakta daripada Jepun mengatakan orang yang gemuk ni paling ramai mendapat penyakit kemurungan.

Aku capai fon dan buka instagram. Aku tekan explore, ramai artis tempatan yang pergi melancong bersama keluarga. Aku scroll. Ada satu gambar yang menarik perhatian aku. Wanita bertubuh langsing sedang memegang botol berwarna putih hijau. Aku tekan gambar tu. Rupanya tuan instagram tu tengah mempromosikan jamu secara atas talian. Aku berminat nak beli sebab macam ramai testimoni yang berjaya. Sahih tak sahih belakang cerita. Tambahan pula tuan jamu itu sedang buat jualan habis stok dan diberi diskaun 25% kepada siapa yang beli secara borong. Wah memang menarik.

Aku memang ada simpan sikit duit. Aku memang perlu kurus cepat sebab nak nampak cantik. Nanti boleh khawin. Aku pun nekad nak beli jamu tu. Aku yakin jamu tu akan ubah hidup aku ni. Aku tak sabar betul. Aku dah pun WhatsApp tuan jamu tu bahawa aku nak beli jamu daripada dia. Dia kata esok dia pos. Dalam 2 hari lagi sampai lah.

Aku keluar rumah sekejap nak ambil angin. Dah lama tak tengok langit. Indah sungguh ciptaan Allah. Aku ronda di sekitar taman, nampak kanak-kanak sedang bermain gelongsor dan bola sepak. Punggung aku pula singgah di bangku sambil melihat kanak-kanak menyepak kesana kemari bola berwarna kuning coklat dek terkena lumpur. Teringat aku zaman kanak-kanak. Dulu aku sangat aktif. Setiap petang aku akan bermain bola sepak dengan kawan-kawan aku. Aku dianggap tomboi kerana aku seorang sahaja perempuan dikalangan mereka meminati bola sepak. Aku peduli apa. Asalkan apa yang aku nak aku dapat.

Sukan di sekolah mesti aku terlibat. Wajib. Tak pernah tak ada.
Naik je sekolah menengah, berubah seratus peratus. Asyik terlalu meminati sukan, pelajaran aku terabai dan mendapat keputusan teruk. Jadi aku terpaksa sekolah di sekolah menengah yang mempunyai pelajar perangai separa binatang.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 19, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Aku Nak KurusWhere stories live. Discover now