BAB 1

1.7K 109 25
                                    

" Elvin! "

" Ariefz! "

" Mama, papa, cubalah set satu nama untuk panggil Elvin atau Ariefz. Nanti peninglah kalau macam ni. " Elvin mengeluh perlahan. Aria dan Efzan memang suka panggil Elvin dengan panggilan yang berlainan. Susah nak agak. Sama juga dengan adiknya, Noah.

" Abang lah ni! Sayang dah cakapkan panggil Elvin. " Aria berpeluk tubuh. Masih lagi tidak mahu mengalah.

" Eh salahkan abang pula. Sayanglah. " Efzan juga tidak mahu mengalah. Elvin mengeleng kepala. Memang rutin setiap minggu mereka akan berbalah tentang panggilan nama anak-anak. Tetapi, itu hanya membawa kepada perbalahan manja. Hanya untuk mengeratkan silaturrahim saja .

" Mama, papa, hm along pergi dulu? " Entah kenapa itu saja panggilan yang sesuai. Rasanya itulah yang terbaik. Aria dan Efzan berpandangan sambil memegang dagu perlahan. Memikirkan apa yang diberitahu oleh Elvin sebentar tadi.

" Hm boleh lah boleh lah. Kan abang? " Efzan mengangguk. Akhirnya perbalahan mereka berakhir. Elvin menyalami Aria dan Efzan.

" Bye-bye Noah Elwin. Nanti along balik ya? " Kepala Noah digosok lembut. Memang itu kebiasaan Elvin untuk menggosok kepala Noah sebelum dia keluar untuk bertemu rakan-rakannya.

" Jangan sentuh kepala orang lah! "

Haih, dulu masa kecil-kecil okey je nak gosok rambut. Sekarang dah besar tak boleh pula. Cepat betul Noah besar .

Ariefz Elvin. Ya itu Elvin yang kini berusia 17 tahun. Walaupun Elvin unik, namun itu tidak menghalang Elvin untuk mengejar minatnya dalam sukan. Kulit yang memerah? Elvin dah biasa. Setakat rasa sakit yang sikit rasanya dia masih boleh tahan.

Noah Elwin merupakan adik Ariefz Elvin. Umurnya baru saja 12 tahun. Hanya berbeza 5 tahun saja. Noah normal seperti yang lain. Bukan macam Elvin yang mengalami mutasi gen. Tapi Elvin tetap menyayangi Noah seperti Aria dan Efzan. Apa yang dia boleh beritahu sekarang, Noah dingin. Tak padan dengan umur 12 tahun ada hati nak jadi beku.

.......

" Woi Elvin! " Jeritan dari Ze'o dia abaikan. Ze'o memang macam tu. Suka sangat melalak. Entah apa yang merasuknya pun dia tak tahulah. Tapi disebabkan kawan, Elvin try slow-slow untuk terima kekurangan Ze'o.

" Untuk kesekian kali Ze'o, jangan menjerit. Kau menjatuhkan maruah kaum Adam sebab suka menjerit macam perempuan. " Elvin tahu, walaupun dia cakap macam ni pun Ze'o takkan dengar. Dia akan buat ikut suka dia saja.

" Nah, kau punya air. Sorry sebab aku dah rasmi dulu. " Ze'o tersengih. Taguna punya kawan. Habis air liur dia ada dekat straw Elvin.

" Tukar. " Elvin beri Ze'o straw minuman yang dia sedut tadi. Kisah apa Elvin. Yang penting Elvin nak straw dia bersih. Mahu tak mahu Ze'o pergi dengan langkah pasrah.

Elvin memandang orang orang yang berada di situ. Hari ni dia dah janji dengan Ze'o nak teman beli hadiah untuk hari jadi nenek Ze'o. Matanya menangkap figura seseorang yang sedang masuk ke dalam kedai yang sama dia berada.

" Oit. Pandang apa tu sampai biji mata nak terkeluar? " Teguran Ze'o membuatkan Elvin tersentak. Hish dia ni! Tengok dah hilang! Ze'o punya pasal lah ni.

Elvin hanya mendiamkan diri. Dia cuba mencari figura itu tetapi tidak berhasil. Adakah ini kebetulan atau keajaiban dunia semata-mata?

Ah ! Pedulikan semua itu.

Mereka keluar dari kedai minuman itu. Dah tiba masanya untuk membeli hadiah nenek Ze'o . Tapikan, hadiah apa yang sesuai untuk nenek Ze'o? Rantai? Nenek Ze'o pasti mempunyai banyak koleksi rantai serta barang kemas yang lain.

Kasut? Pft. Takkan nenek dia nak pakai highheels atau sneakers? Flat shoes mungkin boleh. Atau Ze'o cuma perlu bawakan seorang cucu menantu? Eh takdelah, diaorangkan masih lagi remaja. Belum lagi nak genap 17 tahun. Kecuali Ze'o yang bakal menyambut hari jadinya beberapa bulan saja lagi.

" Kau nak beli apa untuk nenek kau ni? " Elvin menyoal. Mungkin penat asyik tawaf satu mall ni. Lagipun, Ze'o kalau bab memilih hadiah memang cerewet! Semuanya mesti kena perfect .

" I don't know. Lagipun nenek aku dah ada banyak barang. Jadi susah sikit lah nak pilih. Kau ada cadangan tak? " Eh dia ni. Tanya kita pulak.

Elvin berfikir. Barang apa ya yang sesuai untuk wanita yang berusia 60 tahun? Barang kemas? Diaorang masih kecil lagi nak beli semua tu. Lagipun lelaki kan? Mana pandai pilih ikut cita rasa perempuan.

" Pengurut? Kerusi urut? Sofa urut? "

" It's same dude" Ze'o menjeling. Mungkin kah hari ini akan jadi lebih panjang?





............




" Rein, let's go. "

" Okey but wait. I wanna go there. Can I? " Lelaki itu hanya mengangguk. Mungkin kasihan kerana gadis itu kelihatan bosan. Cuti sekolah pun hampir tamat.

Gadis itu melangkah ke dalam kedai itu. Dilihatnya banyak novel yang menarik! Dr. Alpha Male! Novel yang dicari-carinya . Alhamdulillah! Jumpa juga. Tangannya cuba mencapai buku novel itu. Tetapi ada tangan lain pula yang mengambilnya secara serentak.

" Eh maaf! "

" No, no. It's okey. You can take it if you want. "

" But what about you? "

" Nah it's okey ." Gadis itu tersenyum. Senyuman itu di balas dengan senyuman manis. Kedua gadis itu memandang ke arah satu sama lain.

" Can I know your name? If you don't mind lah. "

" Ya sure . Aishah. Call me Aishah . And yours? "

" Me? Oh I- "

" Rein! Hurry up! " Gadis itu menoleh.

" I'm so sorry. I've to go. See you again Aishah! " Gadis itu pergi sebelum melambai. Aishah pula membalas.

" Rein? Minah salleh rupanya. Eh! Mana buku tadi? Hish! Taguna betul . " Monyok saja mukanya. Takkan gadis tadi yang ambil? Tak mungkin lah.

Aishah pergi dengan kecewa. Dia mula berjalan keluar dari kedai buku itu. Pasrah. Itu saja perkataan yang sesuai.

" Eh cik! " Aishah menoleh. Dilihatnya penjaga kaunter tadi berlari ke arahnya.

" Saya ke? Kenapa? " Pelik. Takkan lah akak kaunter ni nak minta nombor dia. Tak logik! Tapi kalau akak ni lesbian macam mana? Naya!

" Ini buku novel. Ada orang tadi bayarkan. " Buku novel bertukar tangan. Terkejut!

Aishah cuba mencari gadis yang dijumpanya tadi. Tak terungkap kata-kata terima kasih. Buku novel yang diminatinya akhirnya berada di dalam tangan! Satu kad kecil ditilik. Wah! Ada notalah!

I don't know what to say but here! Saya belikan buku novel ni untuk awak. Mungkin tanda sebagai kisah persahabatan kita? I hope you like it. I'm sorry because I can't tell you my name. I even don't have a name, I think lah. But hey, can we be friends?

" I've wonder who you are. "

Musuh Jadi Partner In Crime 2.0Where stories live. Discover now