Bab 2

4 0 0
                                    

"Terkenangkan kekasih lama ke?"

Aku terkejut apabila disapa begitu. Mama hanya tersenyum. Apa mama cakap tadi? Kekasih lama?

"Kekasih lama mana pula ni mama?"

"Biasa termenung seorang diri ni sebab terkenangkan kekasih lama yang dikebas orang."

Dikebas orang? Simpang malaikat 44. Tak sanggup aku kalau Haikal dikebas orang.

"Anak mama ni bila nak berpunya?"

Sekali lagi mama membuat pertanyaan maut kepada aku. Bila ye?

"Siapa nama kawan lelaki kamu yang selalu datang sini tu? Aiman? Irwan? Kamal?"

Aik! Siapa pula yang mama  sebutkan ni. Setahun aku hanya ada seorang lelaki yang selalu datang sini. Itupun namanya Haikal. Aiman, Irwan dan Kamal ni siapa ye?

"Haikal ke ma?"

"Ha! Itulah yang cuba mama cakapkan tadi. Haikal."

"Kenapa pula dengan dia ma?"

"Haikal tu solo lagi ke?"

Aku memandang mama lalu mama menyiku lenganku. Pandangan misteri diajukan kepada aku. Solo? Lain aja bunyi pertanyaan mama ni. Tadi tanya tentang kekasih lama. Sekarang tanya tentang Haikal pula.

"Solo lagi ma. Kenapa? Mama berkenan ker?"

Sebelum mama cakap berkenan ke tidak, lebih baik aku melangkah lima langkah ke depan.

"Itulah. Nampak gayanya mama berkenan. Baik budaknya. Selalu teman mama berbual. Taklah mama rasa sunyi."

Berkenan? Cun. Mama dah bagi green light.  Tapi, teman mama berbual... Haikal selalu ke datang rumah mama tanpa pengetahuan aku?

"Haikal selalu datang ke sini ke ma?"

Mama mengangguk. Adakah Haikal ingin mengotakan kata-katanya tiga tahun lepas?

"Kenapa? Anak mama berkenan ker?"

Berkenan? Semestinya ye. Kalau mama nak tahu yang Haikal tu kekasih Fira. Dari zaman universiti lagi ma. Hish! Takkan nak cakap macam tu pula. Jatuhlah saham aku kalau aku cakap aku suka dia sedangkan dia sendiri tak memberi tahu rasa hatinya. Jangan Fira. Jangan. Biar dia yang memulakan bicara dulu.
                        ...

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 27, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Pilihan HatiWhere stories live. Discover now