Part 1

25 5 0
                                    

Dalam kepayahan Jeonja memanggil orang yang dia cintai iaitu Hwang Minhyun

   Jeonja berkenalan dengan Hwang Minhyun ketika usianya 19 tahun. Ketita itu, dia merupakan pelajar baru di University Chung Ah.  Dia merupakan pelajar Sarjana Muda Teknologi Maklumat dan Hwang Minhyun pula merupakam pelajar tahun kedua dalam Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan.
 
    Hwang Minhyun adalah anak kedua kepada Datin Suji dan Dato' Hwang. Hwang Minhyun mempunyai dua orang adik-beradik. Yang pertama Sun ae, kakaknya yang telah berkahwin dengan Park Woojin. Dan kini menetap di Abu Dhabi. Manakala Hwang Minhyun merupakan anak kedua dan anak lelaki tunggal dalam keluarganya.

    Dato' Hwang merupakan ahli perniagaan yang cukup dikenali di Kuala Lumpur. H&S Holding merupakan syarikat milik keluarga Minhyun. Perniagaan yang beransurkan kontraktor dalam pembinaan bangunan² dan lebuh raya.
   

     "Minhyun you janji dengan I, yang you akan tunaikan apa yang I pinta  ni.'' Jeonja seakan-akan merayu kepada Minhyun.

     ''insyaAllah Jeon,'' kata Hwang Minhyun pula.

      Dia mendekatkan lagi wajanya kepada Jeonja ingin mendengar apa yang Jeonja ingin sampaikan

     ''I mohon sangat you tolong jaga Jeonghye, mama dan papa I dengan penuh kasih sayang, seikhlas hati you. Dan I harap sangat you tolong tunaikan hasrat I ni'.' Jeonja dengan susah payahnya membisikkan hasratnya itu kepada Minhyun.  Dengan suara yang tersekat-sekat

     ''Minhyun kalau ditakdirkan I pergi dulu, you tolong jagakan adik I...you tolong jaga Jeonghye ya.. please?''

      ''InsyaAllah I akan jaga family you dan Jeonghye. Yaksokhae!'' Balas Minhyun dengan senyuman yang terukir manis di bibirnya. Bibir yang merah menyala tanda tidak merokok.

      Hwang Minhyun lelaki yang amat dikenalinya, yang amat dikasihinya kerana Minhyun  merupakan kekasih hatinya. Sudah 7 tahun mereka besama dan menyulam kasih.

    ''You tak faham apa yang I maksud kan... I nak you ada selalu dengan Jeonghye. Hidup dengan Jeonghye. Tolong Jeonghye apa yang sepatutnya.'' Jeonja berhenti seketika dan sambung kembali.

    ''Minhyun you faham kan apa yang I maksudkan ni? Im worried about Jeonghye the  most. I nak you ambil Jeonghye yang halal untuk you. You khawin dengan Jeonghye ya? Please..... I berharap sangat,'' ujar Jeonje panjang.

     Sambil matanya tepat memandang ke anak mata Minhyun. Memandang redup meminta simpati, agar Hwang Minhyun bersetuju mengahwini adiknya itu. Jeonja merasakan ajalnya tidak lama lagi, sebab itulah dia mengutarakan pandangannya itu.

   Dia banyak berhutang budi dengan adiknya, kerana Jeonghye pernah menyelamatkan nyawanya ketika mereka berdua di sekolah menengah dulu. Jeonghye adalah insan yang pernah menyelamatkannya daripada dirempuh lori gas ketika umurnya 15 tahun suatu ketika dahulu. Jeonghye telah menolak dirinya ke tepi, tetapi nasib tidak menyebelahi adiknya kerana Jeonghye telah mengalami kecelakaan. Pemandu lori tersebut tidak sempat menekan brek lalu merempuh adiknya itu.

   Selain itu, yang paling membimbangkan hatinya kerana Jeonghye seorang yang manja dan sering bergantung harap kepadanya.

   Jeonja takut jika dia pergi buat selamanya, adiknya itu tidak dapat menerima hakikat, tidak boleh hidup tanpanya. Jeonja merupakan tulang belakang bagi Jeonghye. Jika bengkok. bengkoklah Jeonghye. Jika lurus, luruslah ia.

   Jeonja tahu Minhyun terkejut dengan keputusannya itu. Tapi dia berharap sangat Minhyun akan terima dengan hati yang terbuka, kerana dia tahu adiknya menyayangi lelaki itu. Ya.. dia tahu akan itu!

   ''Mama papa maafkan Jeonja. Jeonja harap mama papa halalkan makan minum Jeonghye dan terima kasih kerana sudi membesarkan Jeonja. Eomma....'' Jeonja memanggil mamanya yang amat dikasihi, Puan Jina.

  Puan Jina yang mendengar anaknya memanggil, terus melangkah merapati anak sulungnya itu. Dia memegang erat tangan Jeonja, mencium lembut.

   ''Ya sayang,'' jawab Puan Jina sambil meramas perlahan tangan Jeonja.

   ''Mama halalkan setiap titik air susu yang mengalir dalam diri Jeonja, halalkan segalanya. Maafkan Jeonja. Ma, pa, Jeonje sayang eomma. Jeonja sayang appa.''

  ''Sayang, jangan cakap macam tu. Eomma mana yang tak halalkan susunya pada anaknya,hah? Mama halakan sayang. InsyaAllah, semuanya akan selamat jangan fikir bukan-bukan ya?'' Puan Jina menjawab dengan tenang walaupun sedih melihat si anak menanggung derita sedemikian rupa.

    Menanggung kesakitan yang teramatlah sakit.

   ''Ma, pa, cakap dekat adik, Jeonja sayang sangat kat adik. Cakap kat adik apa pun yang terjadi itu semua suratan takdir untuk kita. Kita kena redha dan pasrah ya? Tolongt cakap kat adik ya ma, Jeonje sayang sangat kat adik. Apa yang Jeonja buat ni semua sebab Jeonja sayangkan adik.'' Dengan susah payah Jeonghye mengungkapkan kata katanya  itu.

   Kerana dia sudah tidak berupaya untuk bercakap lagi. Tidak berupaya lagi.

++++++++++++++++++++++++++++++++



























   so   ni lah fanfic yang kedua dah hahaha sbb yg satu tu dah unpub hue hue  so aku harap para readers jangan senyap sangat yew hohoho apa apa pun dont forget to vote and keep sporting  me :').....

Ku Peluk Hatimu [Slow Update]Where stories live. Discover now