Week 7 dan kita masih bertahan,
Semuanya baik-baik sahaja,
Kau baik-baik (harapnya),
Aku pun baik-baik,Bangun pagi,
Lewat ke kelas,
Pukul 3 pagi masih beryoutube,
Semuanya tentang perkara sama yang diulang-ulang,Aku tak pasti tentang orang jauh,
Aku tak pandai meneka,
Tambah-tambah tentang perasaan,
Tentang kau,
Ya tentang kau,Jangan cerita tentang dulu,
Tentang masih dekat,
Cerita kita mula-mula kenal,
Berbalas bahasa senyum,Kemudian ada hal perlu mengadu,
Kita boleh lekas bertukar pendapat,Meja hujung dan tengah,
Hujung dan tengah seperti yang aku selalu pesan,
Tempat biasa kau menghabiskan waktu gap sekejap,
Tempat biasa untuk kau bercerita,
Tempat aku jadi pendengar,
Tempat aku iyakan semuanya,
Tempat kau takkan pernah salah,
Tempat aku fully behave,
Tempat dilarang merokok,Uniknya kau pada cakap,
Aku segera tahu kalau itu engkau,
Dialek lembut jelas,
Manis senyum,Apa lagi yang aku boleh ceritakan,
Untuk tujuan apa lagi,
Kan lebih baik kalau kita diam,
Diam tak cerita,Sekarang kita masing-masing jangan berjanji,
Jangan beri harapan,
Jangan cuba meyakinkan,
Kita perlu berterus terang,
*Kita ini kecil berbanding jarak yang luas..Bukan ke aku dah pesan dulu?? "Jangan jauh bah, jangan....."
Sekarang kita sama-sama tanggung.
YOU ARE READING
Tulis biafranya
Ficción históricaKelmarin masa rancak bersembang tentang tulisan-tulisan underground, tiba-tiba ada desas desus mencadangkan apa salahnya menulis Diana dan Carmila. Ahh sejujurnya makalah begini yang aku mahukan,idea ini jarang mendatang.Tapi hmmmm beberapa tahun le...