Kita bukan menjadi budak pada sesuatu parti.
Membela bermatian, kutuk dan bunuh parti yang satu lagi.Kita marah kerana mereka telah berjanji, kemudian memperolokkan kita sebagai tiada maruah.
Kalau sekadar janji,kita pun boleh berjanji,anak kecil di keranjang sampah pun boleh berjanji.
Guru sekalipun kalau berjanji tidak tunaikan kita panggil munafiq,
Hatta ulama' sekalipun kalau berjanji kemudian tidak amanah kita panggil munafiq.Turunlah parti dari langit sekalipun kalau berjanji tapi tiada tunai kita tetap panggil munafiq!!!
Mereka menggelar si fulan penyamun dan pencuri.Mereka berlagak tidak cinta pada harta dan dunia.
Dalam diam,marilah kita bangunkan syarikat keldai dan unta,jual beli kenderaan.Anak-anak kita billionaire sekali lagi.
YOU ARE READING
Tulis biafranya
Historical FictionKelmarin masa rancak bersembang tentang tulisan-tulisan underground, tiba-tiba ada desas desus mencadangkan apa salahnya menulis Diana dan Carmila. Ahh sejujurnya makalah begini yang aku mahukan,idea ini jarang mendatang.Tapi hmmmm beberapa tahun le...