Diculik

6.6K 355 14
                                    

     Bergegar War Hall Fairy Academy apabila mendengar gauman kuat seekor naga.

      Melody memandang ke atas dan terkejut memandang seekor naga hitam berserta dengan puak kegelapan.

War Hall menjadi ribut dan riuh kerana kedatangan Kegelapan secara tiba².

"Mereka datang lagi?!" soal Andrew dengan geram.

"Selamatkan semua orang! Cepat!" arah Ray kepada Fairy Academy.

     Andrew memandang Star dan mengarahkannya untuk pergi berlindung.

"Awak kena janji jangan cedera. Saya taknak awak sakit." ujar Star dengan risau.

"Saya janji. Cepat pergi." Star terus meninggalkan Andrew.

     Fairy Academy menggunakan sihir mereka untuk melindungi Werewolf Academy dan Diamond Academy dari bahaya. Setelah itu, hanya tinggal The Legendary, The Fighter, The Protect dan para dewa sahaja.

      Melody memandang abangnya, Andrew berserta dengan The Fighter yang baru sahaja masuk dalam gelanggang.

     Melody menunduk untuk seketika. Serta merta dia menjadi takut. Entah kenapa. Melody memandang naga White yang memandang tajam ke arah Naga Kegelapan a.k.a musuh abadi.

"Berani tunjukkan diri lagi hah?!" marah Achille lantas mengeluarkan pedang halilintar.

Perempuan itu tersenyum sinis.

"Kan aku dah kata. Urusan kita belum selesai Rainbow dan Golden!" ujarnya entah kepada siapa.

     Yang lain pelik dan tertanya tanya siapa gerangan terpilih itu. Melody dan Andrew menjadi resah.

"Dekat sini tak ada orang yang terpilih! Jangan nak berlagak bijak!" marah Nill.

      Perempuan itu ketawa jahat mendengar kata² Nill.

"Bodohnya korang ni! Mereka selalu ada bersama dengan korang semua! Korang je tak sedar!" balasnya dengan sinis.

"Cukup!" marah Andrew.

     Andrew mengeluarkan Nou,naganya dan mengarahkan Nou untuk menyerang Naga Kegelapan.

     Naga Kegelapan mengelak dari serangan Nou dan membalas serangan dengan kuasa kegelapan 2 kali ganda lebih kuat.

      Nou terjatuh kerana tidak sempat mengelak serangan dekat Naga Kegelapan.

      Yang lain terkejut dengan serangan Naga Kegelapan. The Fighter dan yang lain mengeluarkan naga mereka dan menyerang naga kegelapan kecuali Melody dan Naga White.

"Lebih kuat Sherik!!" jerit Achille.

      Sherik terus mengeluarkan api besarnya dan menyerang Naga Kegelapan. Tetapi langsung tak berjaya.

"Tsk!!" marah Achille. Melody memandang sayu ke arah kekasihnya berserta dengan yang lain.

"Serang mereka.." arah Melody kepada Naga White.

     Walaupun perlahan, tetapi didengari oleh White. Tanpa membuang masa, White terus terbang menuju ke arah naga² yang sedang berlawan.

     Naga White telah sampai di belakang Naga Kegelapan untuk menyerang tetapi tidak berjaya kerana dihalang oleh Perempuan itu.

     Melody terus mngeluarkan sayapnya dan terbang ke arah perempuan itu yang mencuba menghalang White.

"Kau berurusan dengan aku." ujar Melody setelah sampai di belakang perempuan itu.

Diamond Academy : A Rainbow Girl & Golden Protect @wattys2018Where stories live. Discover now